📀 50 🌡

1.3K 141 120
                                    

Ahli Hooligans Sq sedang 'mengisar bawang' di penjuru kelas. Mulai dari kes ular pokok hinggalah kes junior mereka, Kang Seolha yang digantung mandatori.

"Padanlah dengan muka. Siapa suruh cari pasal dengan kau? Duduklah rumah sampai mereput bontot kau" getus Sunny.

"Tapi aku paling suka tengok Hwayoung menjerit. Tak ubah macam siamang tercekik kasut" perumpamaan Rain membuatkan empat gadis itu tertawa lepas. Perhatian mereka beralih kepada Hana yang sibuk termenung. Adakalanya dia tersengih sumbing membuatkan ahli skuad berasa aneh.

"Woi, senyum-senyum!" Hara menepuk kuat bahu Hana sehingga tersentak gadis itu dibuatnya.

"Mana ada apa-apa pun" perbualan mereka terhenti apabila kelibat Puan Jang menapak masuk ke dalam kelas. Masing-masing memeriksa jadual mereka untuk melihat adakah jam 12 tengah hari merupakan waktu matapelajaran Kimia.

"Tak perlu periksa jadual kamu. Saya bukan masuk untuk mengajar melainkan nak minta bantuan kamu semua" seisi kelas menarik nafas lega.

"Pengetua mahu kamu semua ikut serta dalam membantu guru-guru menyediakan persiapan temasya sukan tahunan kita. Sila tukar seragam kamu kepada pakaian sukan dan berkumpul di padang untuk taklimat" sebaik wanita itu beredar, mereka mula merancang strategi supaya tidak perlu bekerja keras.

"Pastikan kita berada dalam pasukan yang sama dan pilih kerja yang paling ringan, kalau boleh" empat gadis itu mengangguk setuju dengan rancangan Hara sebelum mereka bergegas ke bilik persalinan.

S

K

I

P

"Yeay! Kita akan tolong Sir Park sediakan alatan untuk acara besbol" ujar Sunny gembira.

"Ish, jenuhlah kita nak angkat kayu besbol. Berat tahu tak?" rungut Hana kesal.

"Eh kau ni. Bersyukur sikit. Kau nak tukar dengan kumpulan Yeji? Diorang kena kutip sampah" gadis itu lantas menggeleng laju. Mengutip sampah bukanlah tugas mudah. Tugas mengutip sampah datang dengan pakej mengasingkan dan meletakkan sampah-sampah mengikut kategori di bilik kitar semula berhampiran pintu pagar belakang. Lebih renyah dari mengangkut kayu besbol.

Lima gadis itu berjalan laju ke kubikel milik Jimin di bilik staf. Kelibat lelaki berambut coklat gelap itu jelas kelihatan kerana dia saja yang berada di bilik staf. Hawa dingin bilik itu membuatkan gadis-gadis seperti mereka menggosok lengan sendiri kerana kesejukan. Ditambah pula dengan baju sukan berlengan pendek, ah, pasti bulu roma akan berdiri tegak.

"Sir Park" lelaki itu menurunkan cermin mata bulatnya dan tersenyum ke arah mereka.

"Puan Jang dah beritahu saya yang kamu semua akan jadi pembantu peribadi saya" lelaki itu mengekeh kecil sebelum menyerahkan kunci stor kepada Hara.

"Ini kunci stor. Tadi, Jungkook dan Hwayoung berada di sana untuk memeriksa alatan. Tapi, saya sengaja bekalkan kunci pendua. Mungkin saja mereka sudah keluar dari bilik itu" pernyataan Jimin membuatkan mereka terkedu lebih-lebih lagi Jeon Hara.

Berdua-duaan di stor sukan yang sempit dan terlindung dari pandangan orang lain. Pasti banyak kekacauan boleh berlaku di situ. Mereka semua bergegas ke ruangan tersebut walaupun belum mengambil lembaran tugasan dari Jimin.

Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•Where stories live. Discover now