Aku melangkah turun ke ruangan bawah tanah untuk memeriksa peti surat dan mendapatkan surat khabar harian untuk Jungkook. Sepucuk surat dari Sekolah Tinggi Starlite terselit di dalam peti surat unit kondominium kami.
Senaskhah surat khabar dan juga surat itu aku capai lalu mendaki tangga ke tingkat lima. Sekali-sekala menggunakan tangga untuk bersenam. Lagipun, beratku sudah mencapai 49 kilogram. Fuh, dah gemuk aku rupanya.
Terkuak saja dedaun pintu, kelibat Jungkook sedang melahap bibimbap air tanganku terlihat dengan jelas. Terima kasih kepada Encik Google kerana membantu.
"Amboi, sedap ke isteri awak masak?" ujarku sebelum melabuhkan punggung di kerusi yang bertentangan dengannya.
"Tak sedap sangat pun. Saya lapar, sebab tu lahap sikit" aku menggulingkan bebola mataku jengkel.
"Mestilah sedap, isteri saya yang masakkan" aku tersenyum simpul sambil menuangkan air berais ke dalam gelasnya.
"Kalau dipuji, baru dia nak tuangkan air untuk kita"
"Ah, saya ada jumpa surat dari sekolah. Mungkin itu surat untuk awak" aku menghulurkan surat itu kepadanya. Sampul surat dirobek kasar sebelum isinya dikeluarkan dengan cepat. Senyuman tertampal di bibirnya membuatkan aku curiga dengan isi kandungan surat itu.
"Ini surat awaklah, sayang" aku mengerutkan dahi sebelum menyambut hulurannya. Aku berdehem untuk membetulkan pita suaraku sebelum mula membacanya baris demi baris.
"Selamat sejahtera kepada ibu bapa atau penjaga bagi murid dari kelas 5 Galaksi, Kim Hara. Pihak sekolah memohon maaf di atas tindakan melulu badan disiplin terhadap jagaan tuan atau puan iaitu dengan menggantung persekolahan jagaan tuan atau puan. Kami telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa pelajar di atas tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Disiplin Sekolah 2001 dan boleh memulakan persekolahan pada tarikh berikut serta menyertai aktiviti tahunan sekolah"
Aku memandang surat itu lama. Tanda tangan yang diturunkan di hujung surat itu adalah tandatangan Cikgu Min, ketua guru disiplin.
"Yeaaaayy! Aku dah cakap, aku tak salah" aku mengibas rambutku sebelum kembali melabuhkan punggungku. Jungkook hanya melihatku dengan tatapan aneh sebelum menyuapkan bibimbap ke dalam mulutnya.
"Sekarang awak percayakan saya tak?" soalku untuk menguji Jungkook.
"Yalah, saya salah" aku tersenyum kemenangan melihat wajahnya yang masam mencuka.
🌭🌭🌭
Jungkook menyilangkan tangan ke dada dan bersandar di bingkai pintu. Matanya tertumpu pada beg galas besar yang sedang diisi dengan pakaian dan kelengkapan peribadi yang lain. Kakinya menderap masuk ke dalam bilikku perlahan. Kepalanya dilentokkan di atas bahuku.
"Kenapa ni? Awak dah kemas barang-barang awak?" hanya anggukan yang aku terima.
"Awak tak payahlah pergi. Aktiviti di sana semuanya lasak-lasak. Kalau awak dan anak saya cedera macam mana?" perutku diusap lembut yang mengundang tumbukan padu dariku.
"Jangan nak mengarut sangat, Jeon Jungkook. Saya tak rasa apa-apa pun. Tak ada maknanya nak mengandung" Jungkook mencebik dan memelukku erat.
"Saya nak peluk awak sekejap. Kalau dah sampai di tapak kem nanti, saya sibuk. Nak berjumpa pun macam mustahil saja" aku mengangguk dan membiarkan saja dia berbuat demikian. Setelah hampir 5 minit, aku meleraikan pelukan tersebut.
"Jomlah hantar saya ke sekolah. Awak pun perlu ambil kelengkapan berkhemah kan?" dia mengangguk dan mencapai beg galasku. Tiba saja di garaj kereta, beg-beg kami dimasukkan ke dalam but kereta.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Jugendliteratur🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...