Aku menghempaskan badan ke atas katil. Ah, nikmatnya dapat rebahkan badan di atas katil yang fluffy-muffy ni. Lagi penat bila kena melayan budak-budak tak cukup sifat tu. Siapa lagi kalau bukan Sunny, Nara dengan Rain. Untunglah si Hana tak turut serta.
Macam mana diorang tahu? Baiklah, pertama kali dalam sejarah Korea Selatan, aku mengaku ianya salah aku.
Flashback
"Kau kenapa minta cuti sampai dua minggu dari pihak sekolah?" soal Sunny sambil menggigit kutlet pedas yang dibeli dari kantin sekolah.
"Betul juga tu. Kau tak rasa macam lama sangat ke dua minggu tu? Kau sakit ke?" ujar Rain pula.
"Kau ada sorokkan apa-apa ke dari kami?" soalan dari Hana mengundang pandangan mencurigakan dari semua ahli skuad.
"Ha, jawab-jawab!"
"Ish, aku nak kahwin!" tanpa aku sedari, aku telah membuka rahsiaku sendiri. Mereka bertiga melopong luas. Mata masing-masing pun terkebil-kebil memandang aku.
"Woi, kenapa tak bagitahu awal-awal?"
"Jahat betul kau ni. Abaikan kami"
"Siapa lelaki malang tu?" aku mengeluh kasar dengan soalan bijak dari Rain. Mujur saja aku tidak melastik mulut nipisnya itu. Akhirnya, aku terpaksa menceritakan setiap kisah dengan terperinci kepada mereka.
End flashback
"Habislah kau malam ni, Hara~ Aku tak nak tolong~" aku teringat akan kata-kata Rain sebentar tadi. Suaranya sengaja dileretkan membuatkan aku terasa geram dengannya. Aku hanya menggulingkan mata. Malas hendak melayan sepupu aku yang tak berapa nak putih ni.
Kulit dia eksotik atau lebih sawo matang berbanding keluargaku. Genetiknya lebih dipengaruhi ibunya, seorang wanita berasal dari Okinawa, Jepun. Itulah satu-satunya bahan untuk aku menyakatnya.
Klek!
Pintu bilik air dibuka. Sir Jungkook keluar dengan tuala separas pinggang. Seluar pendek dan singlet hitam dicapai dari beg pakaiannya.
"Hai, sayang kenapa tak mandi lagi ni? Saya dah tak sabar ni" katanya dengan nada mengerikan. Sengaja dia ingin menyakatku di malam pertama kami bergelar suami isteri.
"Dahlah, saya nak mandi" aku mencapai tuala dari penyangkut dan masuk ke dalam bilik air.
"Lepas mandi, datang sini. Saya ada perkara nak bincang dengan awak" laungnya dari luar.
"Dengar tak?"
"Ya, saya dengar"
S
K
I
P
Aku keluar dari bilik air dengan tuala di kepala. Sekali-sekala, aku membetulkan pajama yang telah tersarung kemas di badanku. Aku menuju ke meja solek untuk menggunakan pengering rambut.
Aku menekan butang on pada panel butang pengering rambut itu. Aik, kenapa tak ada bunyi ni?
Apabila aku menoleh ke bahagian suis, Sir Jungkook sudah berdiri di tepi panel suis. Rupa-rupanya, dialah makhluk yang telah mencabut plag.
"Sir ni. Nak kacau saya pun agak-agaklah. Saya penat ni. Bagi sini plag tu" dia menyembunyikan plag di belakangnya. Aku bangun dan menghempaskan punggung sekuat hati ke atas katil. Biar dia tahu aku sedang melancarkan tunjuk perasaan.
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Fiksi Remaja🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...