"Tae dapat tawaran ke Medical University and Science Technology of Ilsan"
"Apa? Ilsan?" kan aku dah kata? Mesti berita tak baik. Memang baik untuk mereka tapi bukan untuk aku.
"Ya. Malam esok kita keluar raikan sebab minggu depan Tae akan terbang ke Ilsan. Kalau tak ada apa-apa, eomma dengan appa kena beredar dah. Ada perjumpaan dengan pembekal" eomma dan appa melangkah menuju ke kereta. Apabila bayang mereka lesap, kami empat beradik berpandangan satu sama lain.
"Aku nak atas naik buat kerja rumah" ah, penipuan paling bodoh di abad ini. Mereka tahu aku dan kerja rumah tidak pernah berjodoh. Walau bagaimanapun, aku tetap melarikan diri dan naik ke bilik. Takkan nak bagi diorang nampak seorang Kim Hara menangis. Euw, cengeng.
Aku cepat-cepat menyeka airmataku. Tak guna menangis, bukan siapa kisah pun. Aku buka group WhatsApp apabila riuh satu rumah dengan bunyi notifikasi dari group tersebut.
Hooligans Sq 👾👿
Hana 🙊, Nara 💀, Rain 🐽........Hana 🙊
Weyh korang. Aku ada berita gempak nak bagitahu. Esok ada cikgu baru dari Busan akan transfer masuk ke sekolah kita.
04.51 pmNara 💀
Aku pun dengar juga pasal ni. Rain kata cikgu tu handsome and muda. Bergetah lagi yalls 😍
04.52 pmYeolda 🚬
Cis, mestilah aku lagi kacak
04.52 pmNara 💀
...........
04.53 pmSunny 🎐
Cis, si Rain tu bukan boleh percaya pun. Sir Kwangsoo pun dia kata handsome.
04.55 pmRain 🐽
Bila masa pula aku kata Sir Kwangsoo tu handsome? @Hara kenapa seen je? Kau okay tak?
04.56 pmAku okay je. Aku tak sedap badan. Aku chau dulu
05.00 pm ✔️
Aku matikan telefon pintar dan letakkannya ke tepi. Tak guna bersedih. Siapa aku nak halang dia? Hmmm. Bunyi ketukan pintu mematikan lamunanku.
"Masuklah! Pintu tak kunci" laung aku. Tak larat nak bangun buka pintu. Mood pun dah terbang entah ke mana.
"Boleh aku masuk?" rambut dark hazel milik Taehyung berjuntai dari celahan pintu. Sah itu dia.
"Masuklah. Sebelum ni main terjah saja. Salam pun tak bagi" dia menapak masuk ke dalam bilik aku. Dia bertenggek di tepi birai katil aku.
"Kau okey?" dia pandang tepat ke anak mataku. Aku cuba larikan pandangan. Aku tak kuat nak pandang dia. Bila-bila masa saja empangan boleh bocor.
"Aku okey je. No worries" aku mencapai senaskhah novel sebagai cubaan mengendahkan Taehyung.
"Aku tahu kau sedih sebab aku nak ke Ilsan kan?"
"Buat apa nak sedih? Kau bukan penting pun" aku berharap supaya dia tersentap dan keluar dari bilik ni secepat mungkin. Aku dah tak kuat untuk berlakon.
"Hara, kalau betul aku tak penting untuk kau, pandang mata aku"
"Tak naklah. Mata kau bukan cantik pun"
Dia duduk disebelahku dan pusingkan kepalaku menghadapnya. Tanpa aku sedari, benteng pertahananku runtuh begitu saja.
"Ah, aku buat kuat sangat ke? Maaf-maaf" leherku diurut lembut. Lelaki memang bodoh when it comes to women's feeling. Aku menepis tangannya lalu ubuh tinggi itu aku peluk erat.
"Kenapa kau nak tinggal aku? Kau tak sayang dekat aku ke? Aku nak manja dengan siapa lagi kalau bukan dengan kau?" aku dapat rasa elusan lembut Taehyung pada puncak kepalaku.
"Aku kena sambung pelajaran akulah. Aku kena kerja yang bagus-bagus. Baru boleh kahwi-- Adoi" aku tumbuk bahunya. Tak guna betul. Masa-masa macam ni boleh pula fikir pasal kahwin.
"Janganlah sedih. Esok aku hantar kau pergi sekolah. Cun?" dia menarik rambutku kemudian memecut laju layaknya Usain Bolt.
"Lahanat betul engkau ni, Tae!" aku segera berlari dan menutup pintu bilikku. Takut Jin ketuk pakai sudip merah jambu miliknya kerana carutanku.
(Daniel POV)
"Aku peliklah dengan kau ni, Niel. Kau cakap kau sukakan si Hara. Tapi kenapa kau layan dia macam tu? Peninglah aku dengan kau ni" Jihoon menghirup chocolate fudge ice blend yang baru dihantar oleh pelayan.
"Cinta tak semestinya membahagiakan" aku memandang Jihoon dengan tatapan kosong.
"Mengerikan ayat kau. Macam psikopat pun ada. Weyh, aku kena gerak dulu. Kau belanja kan? Terima kasih" apabila kelibat Jihoon sudah hilang, aku ke kaunter untuk menguruskan bil.
Aku menunggang motosikal berkuasa tinggi milikku untuk pulang ke rumah. Fikiranku bercelaru. Aku terbayang peluh yang menitik dari rambut Hara dan yang paling buat aku sakit hati, tangan Hara luka sebab aku. Kenapa aku bodoh sangat?
Sampai saja di perkarangan rumah, kereta eomma sudah kelihatan. Sah, eomma sudah pulang. Aku turun dari motosikalku dan terus menuju ke bilikku di tingkat 2. Panggilan eomma aku hiraukan.
Aku melempar semua barangan yang berada di atas meja. Dinding aku tumbuk beberapa kali. Buku limaku yang pecah aku biarkan. Hati aku lebih sakit apabila teringatkan Hara. Aku yang sakiti dia.
{🌟} Vote 😘
[💬] Comment 😍
Salam sayang dari author, love you to the moon and never come back 😘💓
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Ficção Adolescente🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...