"Kook dari mana, sayang? Datang sini sekejap, duduk dengan eomma" Pn. Jeon menepuk sofa yang kosong di sebelahnya. Jungkook menghempaskan punggungnya kasar. Penat.
"Ada apa eomma. Macam mustahak saja. Sampai tak sempat bagi Kook mandi ni" terselit nada sindiran dalam intonasi tutur katanya.
"Kook, kamu cakap kamu tak kisah kan kalau eomma tolong cari calon isteri untuk kamu?"
"Ya. Eomma dah ada calon ke?" soalnya mahu menguji si ibu.
"Eomma nak kahwinkan kamu dengan anak kawan eomma. Dia pelajar di sekolah kamu. Kamu kenal kan dengan Kim Hara?" senyuman sinis terukir di bibir Jungkook tatkala nama itu terpacul dari belahan bibir ibunya. Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan.
"Hara? Budak nakal tu? Tak naklah Kook. Ergh, minta simpang malaikat 44" kepalanya digeleng laju sambil mulutnya terkumat-kamit mengucapkan sesuatu.
"Eomma Kim nak carikan orang yang boleh membentuk Hara menjadi lebih baik. Eomma yakin Kook boleh buat" lengan Jungkook dipegang lembut.
"Eomma tahu tak dia pernah tendang alat sulit pelajar lelaki dekat sekolah? Kalau dia tendang Kook punya? Kalau Kook mandul? Eomma yang menyesal. Lagipun, bukan senang nak membentuk seseorang lebih-lebih lagi kalau dia pun tak mahu memberi kerjasama. Kook tak naklah. Lagipun, dia tu tak matang lagi. Nanti lepas habis sekolah, dah matang, baiklah tu" ujar Jungkook panjang lebar untuk melepaskan diri.
"Eomma minta tolong sekali ni saja. Eomma Kim tu kawan baik eomma. Tolong ya? Kalau Kook dah berjaya jadikan Hara gadis yang baik, Kook lepaskanlah dia" membuntang mata Jungkook mendengarkan idea tidak waras ibunya. Sungguh dia tidak percaya eommanya berfikiran secetek itu.
"Eomma! Apa yang ada dalam fikiran eomma sekarang ni? Eomma dah hilang akal ke? Ingat senang ke nak hidup dengan gelaran janda? Tambahan pula di usia setahun jagung dan masih mentah macam tu. Senang kan eomma cakap?" anak mata Pn. Jeon ditikam oleh renungan tajam anaknya.
"Kook...." Pn. Jeon menundukkan kepala. Suaranya direndahkan seperti nada merayu.
"Haih, bagi Kook masa untuk fikir dulu" Jungkook beredar meninggalkan ruang tamu tersebut.
(Jungkook POV)
Aku mengelap rambut beberapa kali selepas keluar dari bilik air. Badan aku hempaskan ke atas katil sebelum iPhone X milikku berdenting menandakan ada pesanan diterima.
Budak Nakal
onlineJumpa saya dekat taman KaQi ✅
08.00 pmSekarang ✅
08.00 pmKalau saya tak nak?
08.03 pm ✔️
Tayar kereta sir hilang ✅
08.04 pmSemua ✅
08.04 pmAku tinggalkan centang biru untuknya. Tiba-tiba, berderet pesanan masuk bertalu-talu.
Budak Nakal
onlineJanganlah bluetick! ✅
08.07 pm
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...