Sandwic dari bekas berwarna hijau dan biru itu aku tuang ke dalam tong sampah hitam di tepi kelas. Bekas-bekas kosong itu aku masukkan ke dalam beg sekolah dengan kasar.
Aku menghempaskan punggung di kerusi milikku. Baik-baik, milik kerajaan. Panas hatiku melihat kelakuan perempuan gedik itu. Ya, dia seorang cikgu dan aku patut hormat padanya. Tapi, tidakkah dia terlalu biadap untuk berkelakuan sebegitu di tempat kerja, lebih-lebih lagi di sekolah?
Bunyi letukan kasut tumit tinggi seseorang bergema di bangunan yang aku huni. Ianya lebih bergema apabila bangunan ini kosong memandangkan sekarang masih lagi jam rehat.
Aku merendahkan tubuh dan masuk ke bawah meja. Cik Park. Apa yang dia buat di sini? Dia berhenti di hadapan kelasku. Aku sangat berdoa bahawa dia tidak akan menangkapku di sini. Setiap kali waktu rehat, pelajar diharamkan berada di kelas.
Aku tak takut dengan peraturan. Tapi aku lebih gerun pada Jungkook. Kami tinggal serumah, banyak perkara boleh berlaku.
Wanita itu terus berjalan menuju ke kelas sebelah, 5 Andromeda 1. Selepas beberapa minit, dia berlalu pergi. Apa motif perempuan ni sebenarnya? Aku yakin dia ada niat tak baik.
☁️☁️☁️
Jungkook berjalan laju ke arah kafeteria. Meja yang dihuni oleh Hooligans Squad menjadi arah tuju utamanya.
"Korang ada nampak Hara?" masing-masing menggelengkan kepala sebagai respon.
"Kami pun sedang tunggu Hara. Sampai sekarang dia tak datang-datang. Kenapa sir cari dia?" soal Nara.
"Uhm, tak ada apalah. Kalau jumpa dia, cakap yang saya tunggu dia di lot parkir lepas sesi sekolah tamat. Terima kasih" lelaki itu beredar dari situ. Buntu akalnya hendak mencari gadis kecil itu.
Apabila tiba di balai disiplin, sepasang kasut bertumit tinggi merah sudah tersusun kemas di hadapan pintu. Jungkook mengeluh kecil sebelum masuk ke dalam pejabatnya.
"Sir Jeon! Boleh saya makan di sini dengan sir?" Hwayoung tersenyum manis sebelum menarikkan kerusi untuk Jungkook. Janggal bukan?
"Young, oppa tahu kita dah lama tak berjumpa. Tapi, tolonglah. Kita di tempat kerja. Kita berada di sekolah dan kita ni guru. Young kena ingat tu. Apa pandangan para pelajar kalau mereka nampak Young berada di sini?"
"Oppa, Young tak bermaksud macam tu. Young cuma nak makan dengan oppa. Salah ke?" tangannya mendarat lembut di atas tangan milik Jungkook namun lelaki itu segera menarik tangannya.
"Oppa perlu jaga hati sesiapa ke di sekolah ni? Sebab tu oppa tak bagi Young rapat dengan oppa di sekolah. Perempuan yang berjaya tambat hati oppa tu guru di sini? Atau pun pelajar, hmm?" anak mata Jungkook bergetar kecil. Hwayoung tersenyum sinis melihat Jungkook yang menggelabah sebegitu.
"Tak apalah. Young makan seorang diri di balai tenaga pengajar. Enjoy your meal" Jungkook hanya memerhati Hwayoung yang berjalan keluar dari pejabatnya. Kusut kepalanya yang perlu memikirkan perasaan dua wanita. Boleh gila jadinya.
🌼🌼🌼
Deringan loceng menandakan waktu rehat selama 40 minit telah pun tamat. Aku memisat mataku kecil sebelum mencapai botol air dari poket beg galasku.
Hooligans Squad masuk ke dalam kelas sebaik aku selesai meneguk airku. Hana dengan tangkas menarik hidungku sehingga memerah.
"Woi, hidung aku!"
YOU ARE READING
Cikguku Suami Private 💜jjk 💜 (16+) •✓•
Teen Fiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 💄K-Novel💄 Suami hak milik persendirian. Sharing is not caring. Perampas akan didakwa! 💜Cinta tak kenal usia 💜 By: Miss_RoseGold Highest rank : #1 in imagine [11/8/2018] #1 in kpopimagine [11/5...