NILY - 2

36 3 1
                                    


McD

Nick & Khai POV...

Nick melangkah ke arah sebuah meja yang terletak agak jauh dari orang. Bukan apa, dia paling tidak suka berada dalam khalayak ramai lebih-lebih lagi bila nak makan. Semak sial! Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Khai? Terlebih dahulu ke kaunter untuk mengambil pesanan.

Dia mengeluarkan telefon bimbit milik Aina dari dalam kocek seluarnya. Lama dia membelek handphone tersebut dari depan ke belakang. Sesekali dia menjeling ke arah kaunter untuk melihat Khai.

"Pinky! Macam budak-budak. Kalut pulak tu.  Baru sergah sikit dah terkejut. Heh! " Bicaranya sendiri. Comel pun ada.  Kelibut! Apa tu?  Kelam kabut lah.

"Phone sape tu? " Soal Khai mematikan lamunan Nick terhadap telefon milik gadis yang dimarahinya tadi.

"Hm? "

"Aku tanya telefon sape tu?  Takkan kau punya kut?  Ee sejak bila kau mengunyit ni? " Balas Khai dengan muka jengkel.  Nick menjeling. Mati hidup balik pun aku takkan jadi kunyitlah!  Bangang.

"Haha gila.  Agak-agaklah nak cakap macam tu pun. Aku nak jadi kunyit?  Sorry sikit eh!  Ni Nik Muhammad Ashraf lah! " Balasnya riak.  Khai menjeling lalu menghulurkan gelas berisi cola ke arah Nick.

Cola disedut perlahan. Wajah Khai dijeling sekilas. "Pandang apa bang?" Soalnya menyedari telefon Miss Kelibut itu ditenung oleh sahabatnya. Miss Kelibut? Haha sesuka hati aku je letak nama tu. Tapi, nama dia apa ek?

"Takdelah aku pelik mana kau cekau telefon pink ni? " Soal Khai ingin tahu.  Nick tiada pilihan selain daripada menjelaskan kepada sahabat merangkap abangnya ini dari mula sampai akhir.

"Meh sini aku cerita. Tadi..  Masa aku on the way nak ambik kau,  kereta aku kena langgar dengan sorang pompuan ni. Okaylah sikit je kenanya.  Calar kat bumper depan. Aku minta ganti rugi dekat dia. Tapi dia kata takde duit." jelasnya panjang lebar. Khai hanya mengangguk mengiyakan apa yang diceritakan Nick.

"Then? "

"Lepastu, dia minta tempoh sebulan untuk bayar duit ganti rugi tu. Aku cakap lah apa jaminannya kalau dia tak tipu aku. Dia bagilah phone pink ni sebagai jaminannya. Salah aku ke ?" Sambungnya lagi. Khai mengangguk.

"Berapa kau minta ganti rugi?" Soalnya.

"Tak banyak pun, 5k je" Jawabnya ringkas sambil menyedut air.

"Mahal siak! Kau gila ke apa? Kesian dowh awek tu. Kau ni Nick." Balas Khai seakan simpati terhadap gadis yang dimaksudkan Nick.

"Peduli apa aku"

"Baik kau buat duit hantaran aje terus.  Senang kahwin terus dengan dia. " Balas Khai seakan memerli namun tidak terkesan bagi Nick walau secebik.

"Haa kau jangan nak mula eh?  Aduh aku muda lagi lah untuk pikir kahwin ni.  Apa barang weh!  Aku nak fokus kerja aku dululah. " Balasnya mahu mengelat dari disoal lebih banyak soalan-soalan cepumas dari abangnya itu. Kahwin?  Not now!

Rumah Wana...

Wajah kelat Aina ditatap lama oleh Amalina dan Wana.  Bahu Amaa dicuit beberapa kali membuatkan Amaa tersentak.

"Pe? " Soalnya perlahan. Muka didekatkan ke arah Wana.

"Dah pehal Aina? " Soal Wana. Amaa mengeluh.

"Tadi ada mamat mane entah marah dia" Balas Amaa sedikit berbisik. Aina mengangkat mukanya dan memandang gerak geri dua sahabatnya.

"Haa bisik apa? " Sergahnya membuatkan Amaa dan Wana terkejut.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now