Masjid Alwi, Kangar Perlis.
"Selamat pengantin baru, Aina! " Ucap Amaa sambil merangkul erat tubuh sahabatnya itu diselangi beberapa detik, Wana pula yang merangkul tubuhnya di luar masjid.
"Terima kasih korang. Halaa mesti nanti aku akan rindukan korang." Ucap Aina sayu. Susuk tubuh Nick yang sedang berbual dengan beberapa orang lelaki mungkin sahabatnya dilihat sekejap.
"Cantik kau harini, Nick kau pun nampak segak. Korang berdua ni memang sepadan. Mungkin jodoh korang ni kuat sebab tu lah semua ni terjadi." Balas Amaa sambil mengusap tangan Aina. Aina mencebik menahan malu. Wana mengangguk setuju dengan kata-kata Amaa.
Nick POV..
Matanya meliar mencari susuk tubuh di setiap sudut Masjid. Cantik kau harini. Desis hatinya.
"Hai bang. Tak salam tok kadi lagi ni. Sabarlah malam nantilah." Canda Khai membuatkan Nick berpaling ke arahnya.
"Apa kau ni?" Soalnya bengang. Canda taik dia aku tengah berdebor ni.
Khai tersengih sambil mengangkat kening kanannya beberapa kali. Nick menjeling.
"Cantik bini kau, bang. Oh by the way tahniah my bro. " Sampuk Aidit yang entah dari mana datang.
"Thanks my little bro. " jawab Nick lalu menepuk bahu Aidit beberapa kali. Sudah lama tak jumpa budak ni. Sejak dia sambung belajar di Perak, jarang untuk mereka bertiga lepak sekali. Tinggalah Nick dan Khai sahaja.
----
Aina POV...
Aina menarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus perlahan-lahan. Peluh yang merencik di dahi segera dilap menggunakan tisu. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hari ini. Pintanya dalam hati.
Nick yang sedang duduk di hadapan jurunikah kelihatan tenang tidak berperasaan. Dasar hati kering! Desis hatinya.
Tangan Amaa dan Wana digenggam kemas meminta sedikit semangat dari kedua sahabatnya.
Nick POV..
Nick membetulkan kedudukan di hadapan jurunikah. Mukanya sengaja dikawal agar kelihatan ketat dan tenang. Namun di dalam hati. Tuhan je tahu betapa gugupnya dia berada di hadapan jurunikah. Kini baru dia faham perasaan takut saat hendak diakad nikahkan.
Wajah gemuruh Aina dijeling sekilas. Jantungnya berdegup kencang saat melihat wajah Aina yang tercalit dengan make up yang tidak begitu tebal. Nampak natural di matanya.
"Boleh kita mulakan? " Soal Jurunikah mengejutkan Nick dari lamunannya. Pantas dia mengangguk. Tangan dihulurkan kepada Jurunikah.
"Nik Muhammad Ashraf Bin Tuan Arshad. "
"Ye saya. " Jawab Nick tenang.
"Aku nikahkan engkau dengan Nur Aina Sufia Binti Aziz dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai. " Lancar jurunikah bersuara.
Nick terdiam seketika. Nafas ditarik dalam-dalam. "Aku terima nikahnya Nur Aina Sufia Binti Aziz dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai. "
"Sah"
Dengan sekali lafaz. Aina rasmi menjadi isteri kepada Nick. Air matanya ditahan sambil menadah tangan mengaminkan doa. Kini? Dia bukan lagi tanggungjawab papa dan mamanya.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...