NILY - 30

15 1 0
                                    

Cafe...
Najwa & Ilya POV..

"Nick tak balik lagi ke? " Soal Najwa sambil menyedut air .

"Entah,  katanya malam. " Jawab Ilya ringkas.

"Sengaja la tu melambat-lambatkan nak balik sini. Mesti perempuan tu yang sengaja. " Ujar Ilya menjuihkan mulutnya. 

Najwa mengangkat bahu dua kali.

"I rasa kan,  perempuan tu sengaja buat macam tu lah.  Nanti lama-lama lekatlah Nick dekat kampung tu.  Sikit-sikit balik kampung. Menyampah! " Ujar Ilya lagi sengaja hendak memanaskan lagi hati Najwa.

"Entah.  Tak tahulah Ilya. " Ujar Najwa malas layan. Dia sudah fade up dengan benda macam ni.

"Semak.  I balik dulu lah. You renung-renungkan lah apa yang I cakap tadi. " Ucap Ilya pamit. Najwa hanya diam.

Perlis..
Nick & Aina POV..

"Papa, mama. Ash mintak diri dulu. " Ujar Nick pamit sambil menyalami tangan kedua mertuanya.

"Hati-hati memandu Ashraf. " Pesan Puan Ayuni risau. Nick hanya mengangguk.  Wajah muram Aina dijeling sekilas.

"Janganlah balik lama-lama Ashraf.  Sembuh aje kaki Aina ni datanglah ambik dia. " Ujar Puan Ayuni.

"Sekejap. " Sampuk Encik Aziz lalu dia meluru ke bangku kayu dan mengangkat sebakul rambutan serta sebiji cempedak dan di bawa ke arah Nick.

"Nah, bawa ini ke Kangar beritahu orang Kangar ini hasil orang kampung. " Ujar Encik Aziz dengan sedikit tawa.  Buah bertukar tangan.

"Ini ke cempedak di luar pagar? " Ucap Nick canda.

"Kalau di luar pagar takdenya di tangan kamu ni. " Balas Encik Aziz ikut bercanda.

"Kalau begitu ambil galah lah. " Sambung Nick lagi. 

Nick melangkah ke arah keretanya lalu membuka boot kereta. Buah diletakkan dengan cermat. "Asal muka kau macam tu? Janganlah sedih, Aku balik bukan lama pun. Hujung minggu aku datang la balik " ucapnya ke arah Aina.

" Saya tengah berlakon depan mama dengan papalah." Balas Aina tidak mahu mengaku berat hati hendak berpisah dengan suaminya.

"Oh wow, keep it up." Ucap Nick perlahan sambil menekan butang tutup boot keretanya.

"Kepala tu hati-hati."

"Ash balik dulu mama papa." Ucap Nick pamit sekali lagi. Wajah masam mencuka Aina sekali lagi dipandang. Eh? Kali ni pakej dengan air mata pulak? Ni lakonan ke real?

Nick melangkah menuju ke pintu kereta lalu dia meloloskan dirinya ke dalam kereta. Aina dengan terhincut-hincut mengkuti Nick.

"Awak.. "

"Hmm.. "

"Kalau rindukan saya,  call tau. " Ucap Aina.

"Kalau aku rindulah.  Kalau aku tak call tu kau faham-fahamlah sendiri ya Puan Aina. " Balas Nick sambil menarik tali pinggang keledar melilit tubuhnya.

"Awak okay ke kat sana nanti? " Soal Aina masih tidak puas hati serta berat hati hendak melepaskan suaminya pulang sendirian.

Nick mengeluh.  "Aku okay lah.  Selama ni aku okay je tak de kau.  Ade kau ke tak de kau ke sama je lah. "

"Dahlah,  bye. " Sambungnya lagi lalu memulakan pemanduannya.

'Aku tahu kau akan rindukan aku. ' Ujar Aina dalam hati sambil mata tak beralih dari merenung kereta milik Nick semakin lama semakin menjauh.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now