Nick & Aina POV..
"Awak keluar lama ke? " soal Aina ingin tahu. Selangkah demi selangkah dia mengekori Nick yang kehulu kehilir seperti mencari sesuatu.
"Tak, kejap je. Ish! Tepilah." Arah Nick.
"Photoshoot awak tu lama ke?" Soalnya lagi. Dia memang risau bila Nick kata dia nak keluar kerana ada photoshoot. Baru sehari kahwin takkan dah kena masuk Ofis? Dan benda yang paling penting ialah bila nak tinggal dia sendirian di sini?! Oh tidak !
Nick berhenti di hadapan Aina. Bahu isterinya dipegang. "Boleh tak, kau jangan nak banyak tanya?"
"Tapi.."
"Tapi apa? Nah! Ironkan" Balas Nick sambil melemparkan kemeja kosong berwarna kelabu ke arah Aina. Pantas kemeja itu disambut.
"Sekejap saya ironkan baju awak. " Ucap Aina memuncungkan bibirnya lalu melangkah keluar dari bilik. Soalan aku dia tak jawab lagi. Huwaa!
Nick buat tak endah dengan kata-kata isterinya. Dia segera mencapai tuala yang tersidai lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Usai iron baju kemeja suaminya, dia meletakkan baju tersebut di atas katil sambil menggosok dengan tangannya sedikit agar kelihatan kemas. "Cun!"
"Dah?" Tegur Nick yang baru keluar dari bilik air membuatkan Aina pantas menoleh ke arahnya. Dia pantas mengangguk.
"Ambikkan baju t-shirt." arah Nick selamba. Aina pelik. Dah kenapa pula dia ni? Tadi beriya suruh aku iron baju ni.
"Ambik je lah sayang oi" Nick bersuara sedikit kuat membuatkan Aina bergegas membuka almari besar milik suaminya. Baju T-shirt biru tua dicapai lalu dihulurkan kepada Nick.
"Ke.. Kenapa awak tak pakai baju tu?" soal Aina sedikit tergagap. Nick hanya diam membiarkan soalan Aina berlalu dibawa angin tanpa sebarang jawapan. Aina mencebik.
"Dah, jom turun" Ucap Nick. Aina tergamam. Aik!
"Nak pergi mana?" Soalnya blur. Nick mencebik. Aduh dia ni blur lah!
"Nak turun bawah lah. Abang papa dengan anak dia, Ilham datang. Tak jadi keluar" Jelas Nick.
"Ilham? Cousin awak yang awak cakap tu eh?"
"Ye"
"Taknak lah. Awak turun sorang lah. Seganlah saya." ucap Aina menolak ajakan Nick.
"Kau jangan nak mengada. Ikut aku." Balas Nick sambil menarik tangan Aina supaya mengekorinya.
"Ish! Najis" Aina menarik tangannya.
"Najis apa pulak?" Soal Nick berang.
"Najis mutawasitah" Balas Aina membuatkan Nick merenung tajam ke arahnya. Aina mati kutu. Alamak!
"Kau ingat tangan aku ni kotor ke?"
"Tak, perlu ke pegang-pegang ni? Gelilah!" Ucap Aina sambil menyapu tangannya. Nick mendengus geram lalu melangkah menghampiri Aina. Aina yang sedari Nick semakin dekat dengannya mengundur ke belakang sehingga tubuhnya rapat ke dinding. Segera Nick mengunci tubuh itu dengan kedua belah tangannya. Muka didekatkan sedikit demi sedikit membuatkan Aina bertambah cuak dengan tindakan Nick.
"Kau nak ikut aku ke tak nak?" Ucap Nick. Aina memejamkan matanya.
"Okay saya ikut. " Balas Aina setelah dia merasakan bibir Nick tersentuh pipi kanannya. Nick tergelak kecil. Seronok dia mengenakan gadis itu.
Nick & Ilham POV..
"Man! " Ucap Nick apabila dia tiba di bawah. Tubuh sepupunya dipeluk erat.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...