Aina membatukan diri di dalam kereta Nick. Hatinya tertanya tanya kemana agaknya arah tuju Nick ketika itu. Sudah lebih sejam perjalanan namun tempat yang dituju masih belum ditemui.
Nick diam tidak berbunyi sedari tadi, langsung tidak rasa hendak berbual atau bercerita dengannya. Sudahlah radio pun tidak dibuka, sunyi sepi jadinya saat itu, yang kedengaran hanyalah bunyi deruan enjin kereta itu. Hendak dibuka radio, Nick paling pantang dia memegang barang-barang di dalam kereta itu, jadi Aina hanya mampu berdiam diri di dalam kereta itu.
"Kita nak kemana sebenarnya ni? " Aina akhirnya menyoal, bosan menunggu.
Nick pandang wajah Aina sekilas sebelum kembali fokus pada pemanduannya semula.
"Adalah. "
Aina mencebik. Ee menyampah!. Pandangannya dilempar ke luar tingkap, lebih baik tengok pemandangan di luar daripada menghadap Nick yang langsung tidak mahu melayannya.
Tidak lama kemudian, dia mula mengecam jalan ke rumahnya sedikit demi sedikit. Mindanya mula menangkap tujuan Nick memandu keretanya ke arah laluan ketika itu, hatinya mula berasa gembira.
"Biar saya teka, kita nak balik rumah mama dan papa saya ke ni? " Aina menyoal dengan wajah gembira.
Nick menjeling seketika sebelum mengangguk mengiyakan kata-kata Aina.
"Yay! Seronoknya. Wah rindu mama dengan papa! " Aina bersorak riang. Sudah lama tidak bertemu papa dan mamanya, hatinya menjadi tidak sabar, dipaut dengan rasa rindu yang teramat.
"Hoi ! Amboi seronok kau eh? Kita datang sini nak mengurut kaki kau tu, bukan nak holiday. Sedarlah diri tu sikit kaki kau tu tengah sakit. "
"Alah, kalau balik Perlis kaki yang sakit pun dah jadi tak sakit tau. "
Aina tersengih, langsung tidak terkesan dengan kata-kata suaminya.
"Hyper active pehal? Aku cium karang "
"Eh? Kesah apa saya..." Aina mengangkat keningnya beberapa kali.
Nick memberhentikan keretanya di bahu jalan. Aina memandang wajah Nick dengan seribu satu persoalan. "Kenapa awak berhenti? "
"Laa, nak balik lah. Tadi kau kata kalau balik sini semua sakit kau hilang. Maknanya, kaki kau tu dah tak sakitlah kan? Patah balik lah" Usik Nick. Mata Aina membulat dengan kata-kata Nick.
"Eh apa pulak? Alang-alang dah nak sampai ni, teruskan aje lah"
Nick ketawa lalu kembali memandu keretanya. "Jangan lah marah, sayang.. " Ujar Nick masih dalam sisa tawanya. Seronok dapat mengenakan gadis itu. Aina mencebik geram.
"Tapi kan, kenapa awak tak cakap dulu yang kita nak balik Perlis? Saya dah la sehelai sepinggang saja, telefon pun kat rumah awak. Buah tangan pun tak bawak. " Aina menyambung.
"Kau diam boleh tak? Nak kecoh apanya? Tengok aku ni sehelai sepinggang juga takde pula aku bising macam kau. Dah macam mak nenek! Tak apa, bukannya kita duduk lama kat Perlis. Takkanlah kat rumah kau takde langsung baju kau? " Marah Nick. Aina hanya diam memuncungkan bibirnya.
"Awak lain, saya lain...." Kata-kata Aina mati setelah melihat jelingan tajam Nick sebelum memberikan tumpuan pada pemanduannya semula.
Aina mengeluh kecil namun senyuman mula terukir dibibirnya. Hatinya berasa tidak sabar. Tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga yang dirindui.
Perlis..
Rumah Encik Aziz...
Sebaik kereta mewah itu memasuki kawasan letak kereta di hadapan rumah banglo sederhana itu kelihatan Puan Ayuni keluar dan cuba untuk mengecam pemilik kereta itu.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomansaNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...