NILY - 32

22 1 0
                                    

Aina POV..

Aina duduk dikerusi sambil memotong kukunya yang semakin panjang. Susuk ibunya yang sedang berjalan hendak ke dapur dilihat sekilas.

"Mama. "

"Hm? "

"Nak pinjam phone. " Pintanya. Puan Ayuni melihat wajah Aina. Lama. Jelas kelihatan perasaan rindu yang menebal di dalam diri anaknya itu. Pantas telefon Samsung dihulurkan kepada Aina.

"Terima kasih mama. "

"Sama-sama"

Telefon Samsung galaxy note itu bertukar tangan. Puan Ayuni meneruskan langkahnya untuk ke dapur meninggalkan Aina sendirian di ruang tamu.

To : 013-277****

Salam,  sampai pukul berapa semalam?

*send*

TAD Holdings...
Nick POV...

"Okay saya dapat email dari Citra Enterprise, dia minta kita jadi pembekal mereka sebab pembekal asal mereka dah tarik diri." Ujar Nick serius terhadap dua pekerjanya.

"Jadi awak tolong siapkan proposal untuk kita hantarkan kepada Citra Enterprise. " Ucapnya memberi arahan kepada salah sorang pekerjanya.  Sejak papanya memberi tugas soal syarikat ini,  Nick menjadi lebih serius dalam hal syarikat.

Ting!

Samsung S8+ milik Nick berdenting menandakan ada mesej masuk. Dia mengerling seketika lalu kembali fokus pada hal yang belum selesai.

Aina POV...

"Eh?  Betul ke tu nombor dia ha? " Aina menyemak kembali nombor tersebut sama ada nombor suaminya atau bukan.

" aku rasa dah betul ni nombor dia" Dia bangun perlahan-lahan menyusun langkah menuju ke luar rumah.

Nick POV..

"Laporan marketing ni saya perlukan yang terkini. Saya tak nak lagi awak lambat semua tu. Tolong ya?" ucap Nick tegas.

"Baik Encik Ashraf" Jawab salah seorang pekerjanya.

Aina POV..

Satu keluhan berat dilepaskan. "Salah nombor kut? "

Aina menepuk dahinya sendiri. "Aku ni nombor suami sendiri pun aku tak ingat. "

Skrin telefon yang masih menyala ditatap. "Kenapa dia tak call aku ha?  Busy sangat ke dia ni? "

"Takkan la nombor mama dia tak ingat langsung,  dulu beria sangat sms mama bukan-bukan. " Omel Aina sendiri.

Aina mencebik. "Dia tak ingat aku ke ha? "

Wajah muram bertukar sedih. "Takpelah kalau dia tak ingat aku.. Takkan aku nak paksa pulak." Skrin telefon kembali ditatap sambil satu keluhan dilepaskan.

Restoran Wezhad
Ilham & Amaa POV..

Amaa menyapu mulutnya yang sedikit comot dengan makanan.  "Kenapa Sir pandang saya macam tu? " Dia sedar Ilham merenungnya sedari tadi.  Timbul rasa tidak enak di dalam diri.

"Awak tahu saya dan Nick sepupu kan? " Ujar Ilham. Amaa hanya mengangguk mengiyakan apa yang dikatakan Ilham.

"Saya dan Nick selalu berkongsi rahsia.  Sebab tu kami rapat. " sambungnya lagi.

"Habis tu apa kena mengenanya dengan saya? " Soal Amaa sambil menyedut jus oren yang dipesannya.

Ilham meletakkan sudu dan garfu disisi pinggan lalu kembali merenung wajah Amaa. "Awak dan Aina juga rapat kan? "

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now