NILY - 40

18 1 0
                                    

Aina merenung wajah Nick dengan seribu satu tanda tanya. Dia ni tak reti cemburu ke? Desis hatinya.

"Aku cium kang!" Ucap Nick merapatkan wajahnya seakan mahu mencium pipi isterinya namun cepat Aina melarikan wajahnya.

Pantas perut suaminya dicubit kuat membuatkan Nick mengaduh kesakitan.

"Sakitlah!" Marah Nick menggosok perutnya yang terasa pedih.

"Padan muka.  Cakap ikut sedap hati dia je."

"Dah la malas lah nak layan kau. Cakap sikit nak cubit,  salah cakap sikit nak cubit. Betul pun cubit!  Dah la aku nak masuk mandi dulu , kau pun masuk sekali." Ujar Nick lalu melangkah masuk ke dalam bilik rimas seharian tidak bersihkan diri.

Rasakan cubitan aku.  Esok-esok kalau aku betul-betul jatuh cinta dengan Ilham baru tahu. Detik hati Aina sambil merenung langkah suaminya.

Tiba-tiba kejadian Najwa memberikan Nick hadiah tempoh hari kembali menerjah fikirannya.  Walaupun dia bakal menduakan aku,  aku tetap takkan menduakan kau.  Tu janji aku pada diri aku.

Bibirnya kembali tersengih bila terimbas kembali saat Nick mengenakan dia waktu di Perlis dulu. Sungguh mesra Nick waktu itu.  Namun kini,  semuanya telah berakhir dalam sekelip mata.  Kemesraan itu datang sekejap.

Dia mengeluh.

Throwback..
Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional..

"Aku rasa baik kau pindah je rumah.. Senang citer. " Cadang Amaa setelah mendengar cerita Aina tentang Ilya dan Najwa petang kelmarin.

"Tapi.. "

"Eh kau tak payah nak bertapi-tapi sangatlah daripada kau terus jadi mangsa adik sepupu suami kau tu. Kau tak nak eh uruskan hal rumah tangga kau sendiri? Dapat privasi. " Jelas Amaa lagi. Dia bukan apa, dia tidak suka kalau sahabatnya terus menerus dibuli tanpa pengetahuan Nick.

Aina hanya diam.  "Ee kau ni tak boleh nak fikir." Sambung Amaa.

Tamat..

Aina melangkah masuk ke dalam bilik lalu melabuhkan punggung ke atas sofa bersebelahan katil milik suaminya. "Aku mana reti buat hal sendiri. Tak retilah aku" Keluhnya.

"Kau ni dah kenapa? Cakap sorang-sorang. Dah gila? " Soal Nick yang sudah siap membersihkan diri. Pelik dengan tingkah laku isterinya malam ini.

"Sibuklah awak. " Ucap Aina malas.

"Eh eh, orang tanya kenapa kata aku sibuk pulak.  Penampar karang nak? " Balas Nick sedikit geram.

"Kalau kau ada masalah,  citer je dengan aku.  Daripada kau pendam aje masalah kau lepastu dapat kemurungan. Pastu sape susah?  Aku jugak yang susah hari-hari nak kena hantar pergi psikoterist." Bebel Nick panjang lebar.  Aina mendekatkan diri dia dengan Nick sedikit.

"Betul ni awak boleh selesaikan masalah saya? " Soalnya sebelum dia beritahu apa yang terjadi.

"Cakap lah.  Daripada aku yang tengah rajin nak dengar ni kang kejap lagi tiba-tiba aku dah takde mood nak dengar apa masalah kau baru padan muka kau. " Balas Nick. Aina memuncungkan bibirnya.

"Sa... Saya.. Saya nak." Ucap Aina tergagap.  Nick pantas memaut leher Aina menghampiri wajahnya.

"Kalau nak cakap lah awal-awal.  Aku dah standby lama dah. " Dia mencium kejap pipi isterinya.

"Bukan tu lah! " Marah Aina membuatkan Nick melepaskan pautan leher isterinya.

"Pastu kau nak apa?  Apa?! " Desaknya. Apa yang susah sangat minah ni nak cakap ni? 

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now