Nick POV..Telefon milik Aina dibawa ke hulu hilir dalam biliknya. Apa dia perlu buat ? Tiga hari lagi nak masuk bulan 8. Aduh pikir Nick pikir!
Telefon Samsung S8+ miliknya dicapai lalu dia mendail seseorang.
"Assalamualaikum Makcik." Ujarnya setelah panggilan itu disambut.
'Waalaikummusalam. Siapa ya?' Soal Puan Ayuni ingin tahu. Siapa pula call malam-malam ni.
"Err saya orang yang hantar mesej tu pada Makcik." Jujur Nick berani.
'Oh awak yang hantar sms palsu tu pada makcik ya? Kenapa ya?' Soal Puan Ayuni lagi. Berani dia call aku pula kali ini.
"Saya nak mintak maaf pasal sms tu. Tapi saya memang kena bertanggungjawab sebab anak makcik dengan saya memang..." Ujarnya membuatkan Puan Ayuni pantas bertanya.
'Memang apa?' soalnya. Jangan pula dia kata yang Aina mengandungkan anak dia pulak. Teruk budak tu kena dengan ayahnya nanti.
"Memang bercinta. Sebenarnya anak makcik sekarang tengah merajuk dengan saya sebab saya sorokkan telefonnya." Bohong Nick. Peduli lah yang penting lepas tengkuk aku.
'Lah, kenapa tak cakap awal-awal? Tak sangka anak makcik tu ada kekasih. Dah pandai merajuk pulak.' Balas Puan Ayuni sedikit lega dengan jawapan Nick. Heishh budak Aina ni..
"Sebenarnya makcik, saya ikhlas nak kahwin dengan anak makcik." Ucap Nick.
'Kalau macam tu apa tunggu lama lagi? Masuk meminang lah.' Kening Nick terjongket ke atas mendengar jawapan positif dari wanita itu. Mudahnya!
"Okaylah kalau macam tu. Saya akan siapkan rombongan dan hujung minggu depan saya akan datang rumah makcik." Balas Nick senang hati. Finally aku tak kena kahwin dengan pilihan mama dengan papa yang entah elok ke tak. Panggilan dimatikan lalu dia menghela nafas lega. Fuh...
Rumah Encik Aziz...
Muka kelat Aina dilihat lama oleh Puan Ayuni. "Kenapa masam je muka ni? Masih merajuk ke? "
Aina tersentak. Merajuk? Aku nak merajuk dengan siapa pulak? "Merajuk? "
Kening Puan Ayuni terangkat menambahkan lagi pelik dihati Aina. Eh pelik mama aku ni. Kena sampuk apa ni?
"Semalam kekasih kamu telefon mama, dia kata kamu merajuk dengan dia sebab dia sorokkan telefon kamu. " Sanggah Puan Ayuni membuatkan Aina tersedak air. Apa?!
"Telefon mama?!" Soal Aina kaget. Melampau!
"Ye.. Yang kamu nak terkejut ni kenapa? Elok la tu dia beritahu mama soal hubungan kamu ni. Tak adalah mama duk fikir bukan-bukan lagi. Kamu ni sampai hati tak bagitahu mama yang kamu ada kekasih selama ni. " balas Puan Ayuni membuatkan Aina terdiam tiada alasan mahu bahaskan. Haa sudah.
"Apa kecoh-kecoh ni? " Sampuk Encik Aziz sambil menarik kerusi di kepala meja makan. Dia ketua keluarga. biarlah! Masing-masing berdiam terutama Aina yang sudah menayangkan riak terkejut. Aduh encik inspektor ni ada pulak.. Matilah!
"Takdelah, semalam ada orang telefon saya, katanya kekasih Aina ni." Jelas Puan Ayuni menambahkan lagi gusar di hati Aina. Aduh dahla papa ni garang. Nama lagi bang polis pencen.
"Oh.. Papa tak marah kalau kamu nak berkenalan dengan lelaki. Tetapi papa tak nak kamu ke hulu ke hilir dengan dia, tak manis orang nampak. Kalau betul dia mahukan kamu, suruh dia datang dengan cara baik papa takkan marah. " Balas Encik Aziz sambil menyisip air kopi panas perlahan-lahan. Kang melecur pulak kalau main teguk aje. Aina menepuk dahi mendengar jawapan papanya. Aduh apa ni? Apa kau buat ni Nick?! Halahhhhh!
"Faham? " soalnya lagi membuatkan Aina pantas menoleh ke arahnya.
"Ha? Fa.. Faham" Jawabnya sedikit tergagap.
Jetty Perlis..
Nick & Aina POV...
Nick duduk bersandar pada bonet hadapan Audinya sambil merenung jauh ke arah laut biru dihadapannya. Tenang dan bebas dari segala masalah yang dilalui ketika ini.
"Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya ha? " Ucap Aina yang entah dari mana datang tiba-tiba menyergahnya terburu-buru.
Nick diam membiarkan soalan Aina berlalu dibawa angin laut. Aina berdengus geram. Dah kenapa pulak dia ni?
"Hello? Saya tanya awak ni Nick. Apa motif awak bagitahu mama saya yang awak kekasih saya?" Soalnya lagi. Nick masih berdiam diri fokus pada renungannya. Keluhan berat dilepaskan.
Aina mengetap bibir geram. Aku bercakap dengan siapa ni? Tunggul kayu? Omelnya sendiri lalu berdiri di hadapan Nick. Nick mencebik. Hey pompuan ni kalau aku cium apa pun tak dapat.
Kaca mata hitam dibuka lalu merenung wajah gadis kelibut itu dengan tajam tidak berkedip. Aina terdiam pantas mengalihkan pandangannya.
"Kau tak reti nak bagi salam dulu ke? Main terjah aje" Kata Nick sinis. Aina menjeling.
"Orang macam awak ni tak perlu diberi salam." Balas Aina.
"Kau ingat aku kebulur sangat dengan salam kau tu? Tak ingin pun lah" Balas Nick lalu kembali merenung laut.
"Awak ni kenapa? Kena sampuk dek hantu jeti ke ? Asyik nak tenung laut aje." ujar Aina pelik.
"Sebab laut tu menenangkan aku, kau pulak menyemakkan kepala otak aku je dengan kelibut kau tu." Sinis Nick membidas. Aina mencebik kuaja!
"Awak tak jawab lagi soalan saya, apa motif awak cakap dekat mama yang awak ni kekasih saya?" Soal Aina sekali lagi. Nick tersenyum sinis.
"Sebelum aku jawab soalan kau, kau jawab dulu soalan aku. Kau dah sediakan belum 5ribu aku?" Soal Nick membuatkan Aina tersentak. Alamak!
"Be.. Belum. Tapi kalau awak bagi saya masa sebulan lagi saya janji akan jelaskan." Balas Aina. Nick menggeleng
"Dah terlambat pun. Kahwin dengan aku." Ujar Nick membuatkan Aina ternganga. Apa?
"What? Kenapa pulak saya kena kahwin dengan awak sedangkan saya hanya berhutang dengan awak?" Ujar Aina tidak puas hati. Apa ni main kahwin bagai. Benda macam ni mana boleh buat main lagipun aku baru 19 tahun. Muda lagilah! Bentaknya dalam hati.
"Kahwin dengan aku. Itu saja cara hutang kau lansai. Kahwin dengan aku, titik." jawab Nick mematikan kata-katanya. Tiada lagi koma tiada lagi tanda tanya mahupun tanda soal. Aina tergamam.
"Hujung minggu ni aku hantar rombongan untuk pinang kau. Dan masa tu aku tak nak kau tolak. Kalau aku tahu kau tolak, siap kau. Teruk aku kerjakan." ugut Nick lalu menyarungkan kaca mata hitamnya.
Aina mencebik. Inikah crush.. Aduh aku dah mula pelik kenapa aku boleh jadikan dia ni crush kau. Argh Mr. ARROGANT!. Bentaknya.
"Bagi aku alamat rumah keluarga kau. " Sambung Nick sambil menghulurkan telefonnya. Aina menjeling sambil mengambil telefon yang dihulur Nick lalu dia menulis alamat di telefon itu.
"Nah"
"Thanks darling. See you on weekend. " Balas Nick lalu melangkah masuk ke dalam perut kereta. Aina terdiam air matanya pantas diseka. Sedih atau marah dia sendiri tak tahu apa yang dia rasakan kini. Macam tak percaya zaman bujangnya akan berakhir tidak lama lagi. Warghh aku baru 19 tahun dah kena jadi isteri orang.
To be continued....
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...