Kedai Mamak...Nick & Fiezah POV..
Nick mematikan enjin keretanya sambil membuat muka takde perasaan melihat riak wajah Fiezah yang terkejut beruk. What the?!
"Seriusly Nick, you nak makan kat warung macam ni ke?" Soal Fiezah tidak percaya. Nick buat muka selamba. Sape suruh nak lunch dengan aku. Padan muka.
"Any problems? Makanan jugak kan? Halal lagi." jawab Nick ringkas sambil membuka pintu kereta. Fiezah mencebik. Apakah?! Aku nak makan dekat sini? Jatuh imej aku.
"Nak turun ke tak nak? I takde masa tau nak berlama-lama hadap muka you ni. Panas!" Ujar Nick setelah menyedari Fiezah masih lagi di dalam kereta. Fiezah mencebik lalu melangkah keluar dari kereta sambil menghentak kakinya berkali-kali tanda protes.
Nick buat bodoh lalu melangkah masuk ke dalam restoran yang dia sendiri tidak pernah menjejakkan kakinya di restoran begini. Oleh kerana nak kenakan gadis ini terpaksalah.
Dia menarik kerusi di sebuah meja yang terletak di satu sudut yang agak jauh dari orang ramai. Biasalah, rimas!. Fiezah? Pandailah kau nak hidup. Sape suruh nak ikut aku. Rasakan!
Fiezah duduk menghadap Nick dengan wajah yang suram. Mana taknya jatuhlah imej dia kalau orang secantik dia makan di. Mamak?!.
"Rosak LV I kalau letak atas meja ni. Euu" Rengeknya sambil mengelap permukaan meja dengan tisu. Nick diam memerhatikan tingkah laku Fiezah disebalik kaca mata hitamnya. Nak tergelak pun ada.
"You!" panggilnya manja. Nick mencebik. Apalagi?!
"Hm"
"Lepas makan , I nak beli beg baru. Rosak beg I kena meja yang kotor ni." Katanya manja. Nick jengkel. Kau sape nak ajak aku shopping. Apa? Aku ni mesin ATM kau ke? Tak dapat bayangkan kalau dia bersama gadis dihadapannya ini.
"You, i nak beg ni. " rengek Fiezah sambil memegang beg tangan kulit berwarna merah. Nampak mewah! Nick melihat tanda harga yang tergantung di tali beg tersebut. RM5999.
"sayang, I nak rantai ni. Rantai I dah tak cantik. " Rengek Fiezah mengada-ngada sambil menunjukkan jarinya ke arah seutas rantai berlian yang terpamer dalam kotak. Nick melihat tag harga rantai tersebut. RM6999.
"honey! I nak kasut ni. Kasut I semua dah buruk. Please " Ujar Fiezah manja. Nick melihat tanda harga yang ditampal disebalik kasut Jimmy choo tersebut. Mak aih! RM8999. Fuh! Boleh botak aku.
"order? " Tegur sorang pelayan mematikan lamunan Nick. Wajah Fiezah dihadapannya dijeling sekilas.
"Mee goreng basah. Teh o ais." Ujarnya ringkas. Bukan dia tak tahu menu biasa di Mamak. Hahaha simple right!
"Adik?" Ujar pelayan terhadap Fiezah.
"Chicken chop ada?"
Pelayan itu terdiam lalu menggeleng. "Tak ada" . Nick menahan tawa. Bodoh ! Kat mamak ada chicken chop ke.?
"Sama macam dia" jawab Fiezah mengawal malunya. Aduh.. Pelayan itu mengangguk lalu melangkah meninggalkan Nick dan Fiezah yang masing-masing membisu.
Aina POV...
Matanya meliar mencari celah yang kosong untuk memarkirkan keretanya. "Hah itu ada" Katanya lalu bergegas ke parking yang kosong bersebelahan sebuah Audi.
Tali pinggang yang melilit kemas dibadannya dibuka lalu dia melangkah keluar dari perut kereta. Wargh mamak! Dah lama tak makan mee goreng Uncle Muthu ni.
Dia melangkah masuk ke dalam restoran yang boleh dikatakan favourite mereka bertiga tapi harini dia seorang diri. Kesian...
Kerusi ditarik lalu dia duduk membelakangi Fiezah. Nick yang menghadapnya masih lagi sedar akan mata lelaki itu sedang memerhatikannya dari mula-mula dia melangkah masuk.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomansaNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...