NILY - 13

20 1 0
                                    


Jam loceng yang terletak di sebelah Nick berbunyi membingitkan telinga Aina. Perlahan-lahan dia membuka matanya lantas memalingkan wajahnya mengadap Nick yang sedang lena.

"Huh.." Keluhnya. Lama dia menatap wajah lena suaminya.

Dia cuba untuk mencapai jam loceng yang berada disebelah Nick namun tak berjaya.  Nick yang tersedar oleh kerana bunyi bising pantas berkalih membuatkan Aina hilang keseimbangan badan lalu menghempap dada Nick.

"Adoi! " Adu Nick kesakitan. Matanya dibuka luas. Aduh dia ni.. Pagi-pagi lagi dah cari pasal ke?

Aina pantas bangkit dan kembali ke posisi asalnya.  "Kau ni kenapa? " Soal Nick bengang sambil menggosok dadanya yang senak.

"Sa..  Saya mintak maaf.  Saya nak tutup jam tu" Jawab Aina tergagap.  Mukanya ditundukkan ke bawah.  Nick mendengus lantas menutup jam loceng itu dari berbunyi.

"Kenapa kau kunci jam awal sangat? " Soal Nick lagi setelah melihat jarum jam yang baru menunjukkan pukul 5:30 pagi.

"Saya nak solat subuh.  Awak tak nak solat ke? " Balas Aina perlahan.

"Dah, dah. Kau nak solat kau pergi solat. Jangan kacau aku tidur! " Balas Nick bengang lalu kembali menutup matanya.  Aina mengeluh lalu turun dari katil dan melangkah menuju ke bilik air.

Tuan Arshad POV...

Usai solat,  Aina melangkah keluar dari bilik yang dikhaskan untuk beribadat di rumah agam itu. Mukanya diraup dua kali menghilangkan rasa mengantuk yang masih bersisa.

"Aina.." tegur Tuan Arshad membuatkan Aina pantas mengangkat kepalanya.

" Tuan.." Jawabnya sedikit segan.

"Apa tuan pula kamu ni. Papa lah." Tuan Arshad membetulkan panggilan Aina terhadapnya. Sudah menjadi menantu semestinya kena panggil begitu. Aina tersenyum lalu tunduk. Malu.

"Nick mana ?" soal Tuan Arshad sambil meninjau mencari kelibat anak terunanya.

"Abang Nick masih tidur." jawab Aina membuatkan Tuan Arshad menggelengkan kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai anaknya yang sememangnya liat untuk bangun awal.

"Kamu dah solat ke? Kalau belum, marilah kita berjemaah sekali." Balas Tuan Arshad lembut.

"Sudah.. Saya nak kejutkan Abang Nick. Sudah lewat ni. Mintak diri dulu papa." Balas Aina sedikit segan. Dia mengatur langkah setelah Tuan Arshad mengangguk perlahan.

Dalam bilik..

Nick & Aina POV...

Pintu bilik dibuka perlahan lalu Aina menjengahkan kepalanya sedikit. Tidur lagi ke?

Dia perlahan-lahan masuk ke dalam bilik itu.  "Awak, bangunlah. Dah pukul 6:15 ni. " Ucap Aina sambil menguis bahu suaminya.  Nick sedikitpun tidak bergerak dengan tindakan Aina.

"Awak! Ee susahnya dia nak bangun. Awak nak saya siram dengan air sejuk ke pagi-pagi ni..  Kalau nak sa... " Belum sempat Aina menghabiskan ayatnya tangannya pantas ditarik oleh Nick membuatkan badannya terhempas sekali lagi di atas badan Nick. Aina kaku.

"Nak bebel lagi ke?  Kalau nak bebel aku cium kau.  Nak? " Ucap Nick membuatkan Aina pantas menggelengkan kepalanya.

"Dah!  Bangun!  Bebel macam mak nenek! " marah Nick sambil menolak tubuh Aina supaya bangun dari tubuhnya. Aina terdiam seketika.

"Mak nenek ni pun dah solat subuh tau. " Balas Aina setelah beberapa detik dia berdiam diri. Nick menjeling.

"Apa-apa je lah! " Balas Nick seraya bangun dan melangkah ke bilik air. Aina tergelak kecil melihat wajah Nick yang bengang.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now