TAD Holdings
Nick & Najwa POV.."Hey sayang, jomlah. Janganlah sombong sangat. " Ujar Najwa mengada-ngada sambil merangkul lengan Nick namun pantas direntap kuat oleh Nick.
"Najwa! You tak faham ke apa yang I cakap tadi? Ke memang you tak nak faham? " Balas Nick bernada sedikit kuat namun tetap dikawal kerana menghormati staff di pejabatnya.
Najwa tersenyum sinis lalu meletakkan tangannya di atas bahu Nick. "I tak kisah you nak cakap apa pun. Yang penting, I dapat jumpa you. I tak bosan. "
"Excuse me." Pinta salah seorang staff yang ingin lalu di antara mereka. Nick pantas menolak tubuh Najwa agar gadis itu menjarakkan sedikit tubuh mereka berdua.
"Its okay.." Ujar Nick perlahan. Mukanya merah menahan marah.
"Najwa, you jangan nak buat malu I dalam company ni tau. You kena ingat, you dengan I dah takde pape tau. " Jelas Nick. Najwa hanya senyum sedikitpun dia tidak terkesan dengan kata-kata Nick.
"Yes, sekarang ni memang kita dah takde pape. Tapi... " Jari jemari Najwa bermain-main di pipi Nick membuatkan lelaki itu rimas dengan kelakuan Najwa.
"Suatu hari nanti you akan jadi milik I. " Ujar Najwa perlahan. Nick hanya diam, dia tak mampu menjawab oleh kerana rasa amarah yang kian menebal.
"It's okay kalau tak dapat makan harini but, I still love you..." Bisik Najwa lalu melangkah meninggalkan Nick yang tersandar di dinding pejabat.
Nick mengeluh sambil meraup mukanya berkali-kali. Sungguh hidupnya mulai serabut dengan kehadiran Najwa kembali.
Perlis..
Puan Ayuni & Encik Aziz POV.."Bang, saya risaulah dengan anak kita Aina tu." Ujar Puan Ayuni sambil menyapu di halaman rumah.
"Apa yang nak dirisaunya? Kaki dia terseliuh aje bukannya patah. " Balas Encik Aziz yang sedang mengelap keretanya.
"Esok lusa eloklah kaki dia tu. " Sambungnya lagi.
"Lah, saya bukan risaukan pasal kaki dia tu. Saya risaukan tengok dia termenung sana termenung sini, sampaikan berlinang air mata dia tu bila saya sebut nama Ashraf. " Jelas Puan Ayuni.
"Heh, rindukan suami dia la tu. " Balas Encik Aziz ringkas.
"Kalau rindukan suami takpe bang, takut ada masalah rumah tangga je " Ujar Puan Ayuni yang sudah lama tidak sedap hati dengan perasaannya.
"Ish awak ni, sepatutnya kita orang tua ni kena doakan kebahagiaan diorang. Bukan fikir yang bukan-bukan. Dah tu, saya tak suka awak fikir macam tu. " Marah Encik Aziz.
"Iyelah. "
Nick POV..
Nick kehulu kehilir memikirkan masalah yang kian menerjah ke benaknya. Sungguh dia rimas dengan masalah yang dihadapinya kini.
Serabut dengan Najwa yang semakin lama semakin tidak faham bahawa dia sudah bergelar suami kepada Aina. Bukan nak terima hakikat malah mahu merosakkan rumah tangganya pula.
Serabut dengan perasaan rindu yang kian menebal terhadap isterinya. Kerana ego dia terpaksa memendam perasaan rindu yang teramat.
Satu keluhan berat dilepaskan.
Aina POV..
Kehijauan sawah padi yang terbentang luas di depan halaman rumahnya ditenung dengan air mata yang laju mengalir. Entah apa yang dia fikirkan sehingga terjatuh air mata.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomansaNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...