Aina & Nick POV...
Aina menggeliat kecil sambil membuka matanya perlahan-lahan. Pinggangnya yang terasa sakit akibat tidur di lantai ditumbuk perlahan. "Boleh patah pinggang aku kalau hari-hari tidur atas lantai." Bebelnya sendiri. Wajah Nick yang sedang lena dikerling kejap.
"Awak.. Bangunlah. Dah pagi ni." Kejutnya perlahan.
"Hmm.." Jawab Nick tanpa membuka matanya walau seinci. Aina mencebik.
"Payah betul nak bangun."
"Ee awak! Bangun lah. Nanti awak dengan saya lewatlah!" Kejut Aina dengan suara yang sedikit kuat. Membuatkan Nick bergerak sedikit.
"Bisinglah kau ni mak nenek! Ye ye nak bangunlah ni!" Marah Nick sambil menggeliatkan tubuhnya.
Ruang makan..
Aina & Mak Jah POV..
Aina duduk bersarapan di meja sendirian sambil ditemani oleh Mak Jah. "Tambah lagi, puan"
"Eh, dah cukup. Saya dah kenyang. Mak Jah tak makan ke?" Soal Aina sopan. Mak Jah tersenyum.
"Mak Jah dah makan tadi di dapur." Aina mengangguk lalu menyisip perlahan teh yang masih berasap di dalam cawannya.
Aina yang sedari tadi menunggu Nick tergamam saat melihat Nick yang laju menuruni tangga lalu menuju ke pintu besar rumah itu.
"Awak! Abang! Nick! Oh man.." Panggilnya kuat namun tidak didengari oleh Nick. Aina menepuk dahinya.
"Kenapa puan? " Soal Mak Jah.
"Dia janji dengan saya nak hantar saya ke Kolej pagi ni. Tapi.. " Jelas Aina perlahan. Mak Jah menggeleng. Itulah Nick, anak majikannya. Kalau nak cepat memang tak hiraukan orang di sekeliling.
"Terpaksalah saya naik teksi. " Ujar Aina sambil meletakkan phonenya ke dalam beg.
"Hati-hati puan. Jangan naik kereta orang sembarangan. " Pesan Mak Jah sedikit simpati namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Aina mengangguk lalu melangkah ke pintu besar rumah itu.
Perhentian bas..
Aina & Ilham POV..
Aina duduk di kerusi yang tersedia di perhentian itu sambil melihat kereta yang lalu lalang di hadapannya. Sesekali dia mengerling jam ditangannya.
"Aduh.. Mana teksi ni. Takkan takde satu pun yang lalu kat sini? Alaa pleaselah." Rungutnya sendiri. Tiba-tiba BMW putih berhenti di situ. Cermin kereta itu diturunkan.
"Aina? Awak nak ke mana? Mari saya hantarkan. " Ucap Ilham dari dalam kereta. Aina mendekati kereta itu.
"Saya nak ke kolej." Balas Aina.
"Marilah saya hantarkan." Pelawa Ilham. Aina berkira-kira mahu terima atau tidak. Kalau dia tidak terima nanti dia lambat ke kolej, kalau terima takut menyusahkan dia pula.
"Janganlah takut, saya bukan nak culik awak bawa ke Siam pun. Mari masuk." Ajak Ilham sekali lagi.
"Tak menyusahkan awak ke?" Ilham menggeleng. Aina tiada pilihan dia terus masuk ke kereta itu.
"So, apa nama kolej awak ?" Soal Ilham sambil memulakan pemanduannya.
"Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional." Ujar Aina sedikit tergagap. Dia segan. Ilham mengangguk.
"Satu hala lah dengan saya." Aina mengangguk faham.
"Aina, saya tahu awak kahwin dengan Nick sebab nak selamatkan syarikat tu dari jatuh ke tangan saya kan? " Ujar Ilham membuatkan Aina menelan liur beberapa kali. Alamak! Dia tahu?
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...