Nick POV...
Nick duduk berteleku di dalam keretanya sambil mengeluh berat, lain yang ingin diketahuinya, lain pula yang dia terima. Ilham mengajar di Kolej Aina! Ah kenapa aku rasa tak suka dengan perkara ni! Nick meraup wajahnya perlahan.
Tadi usai dia menemui Mr. Aaron, Ilham datang menegurnya, bukan kepalang dia terkejut, namun dia cuba berlagak tenang, padahal jiwanya sudah tidak tenteram. Ada satu macam aura yang membaluti dirinya. Aura cemburu barangkali? Ah tak mungkin!
Enjin kereta Nissan GTR itu segera dihidupkan, cuba memadamkan perasaan yang kian menerjah jiwanya. Ada perhitungan yang belum selesai. Dia harus ketepikan hal lain dan bertentang mata dengan lelaki yang sanggup mencederakan Aina. Mamat psiko...
Amaa & Aina POV...
Amaa : beb! Tadi suami kau datang Kolej!
Amaa segera menghantar mesej sebaik saja dia duduk di dalam kedai makan berhampiran bangunan kolejnya, hari ni terpaksalah dia makan seorang diri untuk yang kesekian kalinya. Nasib badan...
Nada dering minion sedang ketawa kedengaran menandakan ada mesej yang masuk.
Aina : Waalaikumsalam, dia buat apa dekat sana?
Amaa menggaru kepalanya apabila membaca balasan mesej dari Aina. Aik! Sejak bila aku bagi salam? Ni mesti sengaja nak perli aku ni...
Amaa : manalah aku tahu, Tadi aku nampak dia jalan dekat balkoni aje.
Aina : matilah aku beb! Kalau dia tahu pasal Imran tolak aku macam mana?
Amaa tersengih dapat membayangkan wajah cuak Aina ketika ini.
Amaa : Ah tak mungkinlah, kau kan cerita dekat aku aje.. Mungkin dia datang sebab nak apply cuti kau tu. Jangan risaulah.
Aina : harap-haraplah. Thanks inform. -•-_ <
Amaa : takde hal lah. Take care yourself! Assalamualaikum.
Aina : Waalaikumsalam.
Rumah Imran..
Nick & Imran POV...
Nick tercongok memerhati kawasan sekitar rumah teres itu, suasana rumah itu sunyi sekali dan kelihatan tidak terurus. Alamat yang diberi oleh Mr. Aaron tadi dibelek kembali untuk memastikan dia berada di rumah yang betul.
Pintu pagar yang tak berkunci itu segera dibolosinya sebelum dia menekan loceng rumah itu. Seorang lelaki yang tidak terurus keluar dari rumah itu dengan hanya mengenakan boxer dan t-shirt.
"Cari siapa? " Imran menyoal dengan mukanya seperti baru bangun tidur. Mungkin tidak mengenali Nick yang pernah ditemuinya dulu.
"Imran kan? " Nick bertanya.
"Ya saya. Ada apa? " Imran kelihatan terkejut apabila Nick mengenalinya.
"Aku suami Aina." Nick memperkenalkan dirinya.
Imran tekejut, jelas kelihatan di wajahnya dia sedang ketakutan.

ANDA SEDANG MEMBACA
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...