Di dalam kereta, Najwa beberapa kali cuba untuk menyentuh lengan gah Nick yang ralit memandu kereta. Sungguh hatinya sebal dengan layanan dingin Nick apabila setiap kali tangannya mulai menyentuh Nick, pantas lelaki itu melarikan tangannya.
Namun, dia cuba menyentuh pipi Nick lantas tangan itu ditepis kasar. Semaklah! "Please! I tengah drive ni. You tak faham ke ?" Marah Nick menghentikan perbuatan Najwa terhadapnya.
Tiba di depan Wisma Plaza mewah itu, Nick pantas memberhentikan keretanya di bahu jalan tidak ingin menghantar gadis itu terus ke dalam.
Najwa yang faham maksud Nick segera melonggarkan tali pinggang keledar sebelum dia menjeling tajam ke arah Nick. Namun dia tidak membuka pintu kereta kalau bukan Nick yang bukakan untuknya. Terima kasih sajalah!
Nick mendengus lalu melonggarkan tali pinggang keledar lantas melangkah keluar dari kereta dan menuju ke arah Najwa. Pintu kereta dibuka namun wajah gadis itu langsung tidak dilihatnya. Naik menyampah aku dengan bibir merah macam nak pergi kejar lembu kat padang je.
Najwa melangkah keluar dari kereta lalu berdiri menghadap Nick. "I tahu you masih sayangkan I. Cuma you takut dengan isteri kampung you tu." Ujarnya sambil jari jemari bermain-main di wajah lelaki itu.
Nick hanya diam tidak berkutik. Apa yang ada dalam kepalanya ialah susuk di hadapannya ini cepat-cepat berambus dari hidup dia.
"Apa yang you takut sangat dengan dia eh? " Soal Najwa tak puas hati bila Nick tidak menjawab sepatah pun.
Segera Nick menepis tangan Najwa lalu dia melangkah masuk ke dalam kereta. Malas hendak melayan orang yang macam ni. Keretanya segera beredar dari situ.
"Asyraf!" Jerit Najwa kuat membuatkan Nick memberhentikan keretanya kejap lalu kembali berundur kembali ke tempat asal.
Cermin kereta diturunkan. "Sorry tertinggal hadiah annivesary you yang mahal sangat ni. " Ujar Nick sinis lalu mencampakkan keluar hadiah yang diberi oleh Najwa tadi. Lalu kembali memandu keretanya meninggalkan tempat itu. Puas hati aku!
Muka Najwa jelas tergamam dengan perbuatan Nick tadi. Kurang ajar! Berani dia campak hadiah aku?
Rumah Agam Tuan Arshad...
Nick mematikan enjin keretanya lalu menghempas kuat pintu kereta. Sebal? Ye memang aku sebal!
"Hah! Ashraf. Eh? Aina mana? Kata nak jemput dia sekali? " Soal Tuan Arsyad sebaik selisih dengan anaknya.
"Aina ada kat ataslah papa. Papa tak jumpa dia lagi ke? " Soal Nick pelik.
"Eh. Tak la pulak. Ni, kamu dari mana? Kelam kabut aje" Jawab Tuan Arsyad tenang. Nick mendengus marah bila teringat kembali kejadian tadi.
"Hantar Najwa balik." Jawab Nick malas. Tuan Arsyad hanya mengangguk faham.
"Takpelah pa, Asy pergi tengok Aina kat atas kejap." Pamit Nick. Sungguh badannya penat dengan aktiviti hari ini sekaligus dia risaukan isterinya itu. Jelas airmata berlinangan di bibir mata Aina bila dia terpaksa menghantar Najwa pulang tadi.
"Hmm, nanti ajak dia turun sekali. Papa nak jumpa dia. " Pinta Tuan Arsyad. Nick mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam rumah agam itu.
Aina POV...
Dia baring di katil empuk milik suaminya itu. Airmata yang dari tadi dibiarkan berlinangan tanpa diseka. Sakit hati dengan apa yang jadi tadi.
Dia segera bangun apabila terdengar bunyi pintu bilik itu ditutup. Siapa lagi kalau bukan suaminya, Nick. Air mata pantas diseka.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...