NILY - 21

16 1 0
                                    

Aina melangkah masuk ke Kolejnya dengan muka yang sembap akibat tidak cukup tidur. Sejak akhir-akhir ini dia sukar untuk tidur kerana asyik memikirkan masalah yang menyelimuti dirinya kini.

Alam rumahtangga yang sepatutnya membahagiakan, menjadi fasa yang cukup menyeksakan baginya. Nick masih berhati batu,  namun dia sudah nampak perubahan sedikit demi sedikit dari sikap lelaki itu. Nick kini kurang menyakiti hatinya sebaliknya sudah banyak berlembut dengannya.

"Aina, Sir Aaron panggil kau sekarang." Tegur sorang student Kolej itu mengejutkan Aina yang sedang melangkah.

"Sekarang?" Pelajar itu mengangguk. Aina segera melangkah menuju ke tempat yang dia harus segera tiba.

Pintu bilik Sir Aaron diketuk dua kali sebelum dia memulas tombol pintu itu dan menjengah separa tubuhnya ke dalam bilik itu. Kelibat Sir Aaron dicari.

"Sir? "

"Ah Aina. Masuk-masuk. " Ujar Sir Aaron. Aina melangkah memasuki bilik itu lalu langkah disusun ke meja lecturernya.

"Ada apa ya?" Aina menggaru kepalanya yang tidak gatal. Satu susuk tubuh yang membelakanginya dilihat kejap.

"Duduklah,  I nak kenalkan you pada new mentor kamu di sini. Kenalkan,  Ilham this is Aina,  and Aina this is Ilham. " Jejaka itu pantas menoleh memandang Aina yang kaku.

"Ilham... " Aina terpempan saat melihat wajah lelaki itu sedang duduk berhadapan lecturernya.

"Eh,  hai Aina! " Ilham mengangkat tangan melambai ke arah Aina. Wajahnya kelihatan teruja saat Aina melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Eh you sudah kenal Aina? " Soal Sir Aaron hairan,  kepalanya yang berambut jarang digaru perlahan.

"Yes. " Ilham menjawab sambil matanya tidak beralih dari memandang Aina.

"Bagus. Aina, Encik Ilham ini akan menjadi lecturer bagi student yang ambik course sama macam kamu.  Memandangkan Madam Samsiah bercuti panjang jadi dia yang akan menggantikan tempat Madam Samsiah. "

"I nak kamu kenalkan Encik Ilham ni pada student yang lain. Boleh buat kan? " Aina memandang sekilas pada Ilham lalu kembali memandang Sir Aaron.

"Sure,  bos! " Aina menunjukkan tanda bagus.

Ilham & Aina POV..

"Tak sangka yang kita akan satu Kolej." Ilham mula berbicara saat dia berjalan seiringan dengan Aina keluar dari bilik Sir Aaron.

Aina hanya diam memandang Ilham dengan penuh prasangka, berfikir sama ada semua ini hanya kebetulan atau pun disengajakan. Riak wajah Ilham kelihatan tenang,  seperti dia tidak sedar akan renungan Aina terhadapnya.

"Aina,  dengar tak? " Ilham memandang Aina yang diam sedari tadi.

"Eh,  dengar Encik Ilham. "

"Aina, please don't call me Encik. Rasa awkward lah. " Ilham tersengih.

"Sekarang ni,  status awak dekat sini adalah lecturer saya.  Jadi kurang manis kalau saya hanya panggil Encik Ilham dengan panggilan nama sahaja." Aina menjelas.

Aina memandang sekeliling,  ada beberapa mata yang sedang memerhatikan mereka dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. Barangkali pelik siapakah Encik Ilham yang sebenarnya.

Tiba di pintu bilik kuliahnya,  dia segera melangkah masuk ke bilik tersebut.  Semua mata tertumpu padanya. "Semua, kenalkan ini Encik Ilham,  dia akan gantikan Madam Samsiah selama Madam bercuti."

Beberapa orang pelajar lelaki disitu datang bersalam dengan Ilham dan memperkenalkan diri masing-masing. Proses perkenalkan diri berlangsung seketika sebelum Aina dan Ilham melangkah keluar dari bilik kuliah itu.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now