NILY - 28

19 1 0
                                    

Ilya POV...

Ilya menghempas kuat tubuhnya di sofa empuk milik rumah agam Tuan Arshad. Wajah Puan Ainur dilihat kejap sebelum dia meliar mencari kelibat Nick di dalam rumah mewah itu. Takde?

"Err, mana abang Nick?" soalnya. Puan Ainur melihatnya kejap lalu kembali fokus pada skrin telefonnya.

"Biarlah dia dengan isteri dia. Kamu jangan nak sibuk." Balas Puan Ainur tanpa melihat wajah masam anak saudaranya. Bukan dia tak tahu Ilya sukakan anak tunggalnya sejak dulu sehinggalah Nick itu beristeri.

Ilya mendengus geram mendengar kata-kata yang keluar dari mulut mak saudaranya itu namun ditahannya.

Kacau daun betul lah perempuan kampung ni?!. Bentak Ilya dalam hati.

Nick & Aina POV..

Air yang berada di dalam kolah digayungkan lalu disiram ke badan. "Pergh!! Sejuk gila air kat kampung ni." Ujarnya bernada menggigil.

"Takde water heater ke dekat sini?  Boleh sakit jantung aku kalau hari-hari badan aku kena air sejuk mengalahkan ais batu ni. " Ujarnya sendiri.

Tok.. Tok.. Tok..

"Awak!  Ni sabun! " Pekik Aina dari luar. Pintu dibuka sedikit. Tangan Aina cuba ditarik agar gadis itu masuk ke dalam bilik air.

"Eh!  Apa main tarik-tarik ni? " Soal Aina cuba melawan.

"Alaa masuklah sekali.  Mandi dengan aku,  sejuklah! "

"Ee saya tak nak mandilah.  Apa awak ni?  Orang bagi sabun aje kan?  Ambik jelah" Tepis Aina sedikit geram.

Nick mencebik lalu masuk ke dalam bilik air dan menggayungkan air.  Lantas dia menyimbahkan air terhadap Aina yang masih berdiri di luar bilik air.

"Argh! adoi! " Adu Aina kesakitan.  Nick kaget lantas keluar dari bilik air dan mendapatkan tubuh genit isterinya yang sudah jatuh terduduk dek kerana gurauan tak bertempat dia tu.

"Kau okay tak? Sorry aku tak sengaja." Ucap Nick sedikit bersalah dengan tindakannya yang sekadat mahu bergurau malah mala petaka pula yang timbul.

Tubuh kecil itu cuba diangkat supaya kembali berdiri. Tongkat dihulur.

"Sorry awak sorry. Sakit tahu tak? Cukup baik saya bawakan awak sabun. Tak berterima kasih langsunglah awak ni." Marah Aina sambil membebel. Nick menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku cuma nak kau temankan aku mandi je." Ujar Nick bernada perlahan. Timbul perasaan kesian di dalam hati Aina.

"Cepatlah mandi. Saya tunggu kat sini." Ujar Aina. Nick kembali tersenyum dalam masa yang sama idea nakalnya kembali menerjah di benaknya sekali lagi. Dia meluru masuk ke bilik air lalu mengambil segayung air dan keluar dari bilik air.

"Argghh!! Apa awak ni?! Sejuklah! " Pekik Aina setelah merasakan dirinya basah kuyup dek disiram oleh Nick sekali lagi.

Nick ketawa kuat.

"Apa bising-bising ni Aina?  Asyraf? " Soal Puan Ayuni runsing mendengar jeritan kuat anaknya.

Nick buat muka tak bersalah sambil menunding jari ke arah Aina.

"Kenapa kamu basah kuyup ni Aina? " Soal Puan Ayuni. Aina mencebik.

"Ni mama, tengoklah Abang Nick ni bergurau tak bertempat pulak." Adu Aina berharap mamanya akan memarahi suaminya.

"Dah alang-alang basah tu mandi sekali ajelah. Tak salah pun.  Pergi mandi. " Puan Ayuni tersenyum lalu melangkah meninggalkan anak menantunya di situ.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now