Rumah Encik Aziz..
Rumah banglo yang sederhana namun masih mempunyai ciri-ciri modern itu dipenuhi dengan saudara mara belah perempuan serta rombongan meminang dari pihak lelaki.
Aina hanya duduk dipenjuru katil biliknya dan hanya mampu berdiam diri. Rasa macam tak percaya bahawa hari ini merupakan hari pertunangan dia bersama lelaki yang tidak dicintainya. Memanglah Nick tu Crush dia tapi untuk jatuh cinta dengan lelaki ini dia masih sedar dimana kedudukannya jika dibandingkan dengan lelaki itu. Macam langit dengan bumi weyh!
"Weh!" Sergah Amaa membuatkan Aina tersentak dari lamunannya. Wajah Amaa dijeling seketika. Heish dia ni kalau aku lempar dari tingkap ni pun best jugak.
"Apa?" Soal Aina sambil mencebik.
"Kau tak citer pun dengan aku."
"Citer apa Amalina? Takde apa yang perlu diceritakan pun." balas Aina sambil membetulkan shawl yang berwarna merah jambu lembut yang dipadankan dengan baju kurung moden berwarna merah jambu sedikit terang.
"Macam mana kau boleh nak bertunang dengan dia? " Soal Amaa membuatkan Aina terkelu. Alamak! Apa aku nak jawab ni.
"Dah suratan takdir aku kahwin dengan dia. Nak buat macam mana?" Balas Aina sekadar mahu melepaskan diri dari soalan cepumas sahabatnya. Liur ditelan beberapa kali.
"Mustahil lah! Jangan cakap sebab 5ribu tu kau kena kahwin dengan dia, Aina?" Tebak Amaa tepat membuatkan Aina sekali lagi terkedu seketika. Aduh! Pandai pulak dia teka kali ni. Biasanya blur je memanjang.
"Ha?! Kenapa diam? Betul la tu. Eh kau ni Aina Sufia takkan lah sebab hutang tu kau kena jadi isteri dia.?" Balas Amaa tidak puas hati dan tidak faham kenapa Aina berbuat sebegitu. Apani?!
Aina terdiam. Soalan Amalina dibiarkan berlalu tanpa sebarang jawapan dari mulutnya. Namun benaknya juga tidak dapat memproses alasan apa hendak diberikan agar Amaa faham.
Tuan Arshad POV...
Gelak tawa para tetamu yang hadir menambahkan lagi kemeriahan di dalam rumah itu. Nick hanya duduk bersandar di bumper hadapan keretanya sambil mendengar apa yang terjadi di dalam rumah. Baju kemeja polo berwarna merah dipadankan bersama seluar jeans biru gelap menambahkan lagi ketampanan lelaki itu. Wargh! Cair.
"Kami ke sini ada hajat, ingin memetik bunga dilaman Encik Aziz." Tuan Arshad mula bermanis kata walaupun ayat sebegitu sudah lapuk dek hujan. Hahaha!
Encik Aziz hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda mengerti. "Beginilah Tuan, saya tidak kisah dengan siapa anak saya dinikahkan tetapi biarlah tuan empunya badan yang memberi jawapan ya?" Ujar Encik Aziz perlahan.
"Panggilkan Aina" Sambungnya lagi sambil menoleh ke arah Puan Ayuni. Puan Ayuni mengangguk lalu bangkit dan melangkah menuju ke arah bilik puteri tunggalnya.
Tok tok tok...
Pintu diketuk membuatkan jantung Aina berdegup kencang. Alamak?! Dah sampai masa ke? Aduh! Peluh di dahi dilap menggunakan tisu.
"Jap aku bukak pintu." ujar Wana lalu melangkah menuju ke pintu bilik Aina. Pintu dikuak dari dalam.
"Sayang, mari keluar. Pihak lelaki dah panggil " ujar Puan Ayuni lembut. Aina diam lalu melangkah keluar dengan perlahan.
Hatinya bertambah gusar saat semua mata yang hadir tertumpu ke arahnya, yang lagi menambah debaran dihatinya adalah renungan bakal ibu mertuanya yang disertakan dengan senyuman manis. Pergh! sepatutnya aku senang sebab kisah aku tidak sama seperti dalam novel-novel lain dimana bakal ibu mertua tidak sukakan bakal menantunya. Desis Aina sendiri.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...