Nick masih lagi tercari-cari jawapan kenapa perlu Suhaila datang ke pejabatnya tadi. Permukaan meja kaca pejabatnya diketuk berkali-kali. "Apa motif dia sebenarnya? "
Jam dipergelangan tangan dilihat kejap. Alamak, Aina! Laptop yang terbuka dihadapannya segera ditutup lalu dia bangkit meninggalkan pejabatnya itu.
Aina POV...
"Busynya orang tu, tak nak balik ke? " tegur Amaa membuatkan Aina yang sedari tadi hanya menumpukan perhatiannya pada buku segera tersedar.
"Takdelah sibuk sangat pun, ni sementara tunggu laki aku datang. Aku buatlah research sikit-sikit." Jawab Aina sambil terus menulis notanya
"Eleh, nak pergi dating lattew." Usik Amaa sambil mengenyitkan matanya.
Aina tersenyum.
"Kau tunggulah intan payung kau tu. Aku nak balik dah. " Ujar Amaa sambil mengemaskan bukunya yang sedikit bersepah di meja kafe Kolejnya itu.
"Bye"
"Ermm, bye" Jawab Aina singkat.
Jam sudah menunjuk ke angka 5:50 petang. Aina masih lagi dengan nota-notanya.
"Belum balik ke? " Soal Ilham tiba-tiba.
"Ha? " Jawab Aina sedikit kaget
"Tunggu Nick? " Soalnya lagi. Aina hanya mengangguk mengiyakan apa yang Ilham kata.
"Ke nak balik dengan saya? "
Aina segera menggeleng. "Eh, takpelah. Terima kasih"
"There's no one in College right now. Awak tak takut duk sorang-sorang kat sini? " Soal Ilham lagi. Wajah Aina bertukar sedikit cuak.
"Haah, takpe." Aina masih berkeras untuk menolak pelawaan Ilham.
Muka Ilham sedikit kecewa kerana gadis itu masih menolak pelawaannya. Nak tak nak dia kena pergi. Takkan dia nak paksa pula
"Ok bye" Pamit Ilham sambil tersenyum.
Aina mengerling ke arah jam tangannnya. Pukul 6?! Baik aku balik daripada aku kena apa-apa kat sini.
"Err tunggu kejap lah. Kejap! " panggil Aina membuatkan Ilham kembali beralih ke arahnya semula.
"Sabar-sabar saya kemas barang kejap. " Ucap Aina sambil mengemas segala nota dan alat tulisnya.
Dia kemudian melangkah keluar dari kafe tersebut diikuti Ilham.
"Betul ke awak taknak tumpang saya balik?" Soal Ilham lagi buat kali terakhir usai mereka tiba di lobi kolej itu.
"Ye betul. Saya tunggu Nick dekat depan ni je." Ujar Aina tersenyum.
"Tuuu, cik abang awak dah sampai dah. " Balas Ilham sambil mengangkat tangan ke arah Nick yang sedang bersandar di but hadapan keretanya.
Aina menghela nafas lega bila melihat susuk tubuh Nick sudah ada disitu. "Erm, saya balik dulu eh? " pamit Aina sopan.
Ilham mengangguk lalu melangkah menuju ke arah keretanya.
"Dah lama awak tunggu? " Soal Aina saat dia tiba di hadapan Nick.
"Dah lama dah. Naik basah dah ketiak aku ni" balas Nick lalu melangkah menuju ke arah pintu kereta dan segera meloloskan dirinya ke dalam perut kereta.
Aina melangkah masuk ke dalam kereta dengan wajah yang keliru.
"Apasal yang kau lambat sangat ha? " Tanya Nick usai isterinya menutup pintu kereta.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...