NILY - 27

23 1 0
                                    

Dalam bilik...

Aina terhincut-hincut menuju ke katil lalu dia mengambil tempat disisi suaminya yang sedang lena sedari tengah hari tadi. Wajah lena lelaki itu ditatap dalam-dalam. Tanpa dia sedar senyuman terukir dibibirnya. Ya Allah,  aku bersyukur dengan nikmat yang kau berikan kepadaku,  semakin lama aku semakin sedar akan sikap keprihatinan suamiku terhadapku. Desis hatinya sambil mata tak alih dari menatap wajah lena itu.

Nick membuka mata kerana terasa seperti dia diperhatikan dalam diam. "Huish!  Kau tengok apa?! " soalnya kaget dengan renungan tajam dari isterinya. Pantas Aina mengalihkan anak matanya. Alamak kantoi lak ai...

"Mana ada saya tengok apa-apa. " Jawab Aina. Mukanya mula merah menahan malu. Nick membetulkan kedudukannya sambil membutangkan kembali bajunya yang dibuka tengah hari tadi.  Panas!

"Kau tengok badan aku eh? " Tuduh Nick sambil mengecilkan saiz matanya. Aina membuat muka jengkel.

"Apa awak ni? Takde masa lah saya nak tengok badan awak tu." Balas Aina cuba untuk mengawal perasaan malunya.

Tok tok tok...

Bunyi ketukan bertalu-talu dari arah luar membuatkan pasangan itu terdiam lalu masing-masing beralih memandang pintu secara serentak.

"Aina.. Ni Mak Timah dah sampai ni. " Pekik Puan Ayuni dari luar bilik.

"Haa tu Mak Timah dah sampai." ujar Aina sambil cuba bangun dari kedudukannya. Nick mencebik lantas menghalang isterinya dari bangun untuk membuka pintu.

"Sedarlah diri tu sikit yang kaki kau tu sakit. Ada hati nak bergerak. Dah dah kau duk sini biar aku yang bukakan pintu." Bebel Nick sambil membuka pintu. Sebuah senyuman diberikan terhadap dua orang insan itu.

"Masuklah." Pelawanya. Aina hanya tersenyum melihat Mak Timah melangkah menghampirinya bersama ibunya.

"Err sayang, abang keluar dulu. " Pinta Nick. Aina pantas memalingkan mukanya ke arah Nick yang berdiri di sebelah pintu sedari tadi.

Aina hanya mengangguk sambil melihat suaminya sudah melangkah keluar dari bilik itu.

"Ni kaki yang sakit tu ya? " Mak Timah sudah duduk menghadap Aina sambil melihat kaki gadis itu.  Aina hanya mengangguk sambil membetulkan kedudukannya agar memudahkan Mak Timah melihat keadaan kakinya.

Nick POV...

Helaan nafas panjang dilepaskan sepuasnya. Hatinya tenang melihat kehijauan padi sawah yang terbentang luas dihadapannya kini.

"Tenangnya rasa bila jauh dari orang-orang yang hanya nak ambil kesempatan dengan apa yang aku ada! " Ujarnya sendiri.  Sungguh dia tenang pada hari itu apabila dia tidak diganggu dengan kehadiran gadis yang tak habis-habis mahu memporak perandakan hidupnya.

Siapa lagi kalau bukan Ilya dengan Najwa! . Muka Nick berubah jengkel apabila dua nama gadis itu menerjah masuk ke benaknya. 

"Sorang tak reti-reti nak terima hakikat yang aku ni dah jadi suami orang. Sorang lagi tak henti-henti berharap yang aku ni milik dia. Heish!  Tak fahamlah aku dengan perempuan ni." Biacaranya sendiri. Langkah diatur menuju ke sebuah bangku kayu yang usang berada di bawah pokok mangga muda dihalaman rumah itu.

Aina POV...

"Auch!  Sakit Mak Timah. " Adu Aina kesakitan saat Mak Timah mengurut bahagian kakinya yang sakit. Mukanya berkerut seribu menahan sakit saat tangan tua itu menekan kuat urat kakinya.

"Teruk bengkak kaki kamu ni Aina." Ujar Mak Timah sambil tak henti-henti mengurut kaki gadis itu.

"Agak-agak berapa lama boleh sembuh ni Kak  Timah?" Soal Puan Ayuni.

"Ini kena urut seminggu baru pulih ni." Ujar Mak Timah. Mata Aina membutang luas mendengar jawapan dari Mak Timah. Alamak, aku dengan suami aku rancang esok pagi dah balik. Macam mana ni...

"Tak boleh,  Abang Nick kerja esok. " Jawab Aina. Wajah Mak Timah dipandang silih berganti dengan wajah ibunya.

"Kamu tinggal lah di sini. " Jawab Puan Ayuni.  Aina menggaru kepalanya keliru dengan apa yang terjadi kini. 

"Apa pun,  kena tanya abang Nick dulu. " Masing-masing diam setelah mendengar jawapan dari Aina.  Muka Aina kembali berkerut menahan sakit.

Nick & Aina POV...

"Err sayang.. Abang nak towel. " Ujar Nick yang entah dari mana tiba-tiba menerjah masuk ke bilik itu dengan meminta tuala.

"Haa Ashraf. Mari duduk dulu,  mama nak bincang dengan kamu. " Pinta Puan Ayuni membuatkan Nick memandang wajah Aina sebelum dia mengambil tempat disisi isterinya.

"Kenapa? " Soalnya keliru.

"Kaki isteri kamu ni kena urut selama seminggu.  Macam mana dengan kamu? " Soal Puan Ayuni.  Nick melihat kaki isterinya yang sedang dibalut oleh Mak Timah.

"Teruk sangat ke ma? " Soalan dibalas soalan.

"Bengkak dia teruk. Kalau urut sekali hari ini sahaja kaki dia takkan sembuh sepenuhnya. " Jawab Mak Timah. Nick menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi kami rancang esok pagi kami dah bertolak balik sebab esok Ashraf kerja. " Ucap Nick tenang.

Aina hanya diam tidak tahu hendak menjawab.

"Macam ni lah,  Ashraf tinggalkan isteri Ash dekat sini selama seminggu. Esok pagi Ash balik,  in sya Allah kalau semua hal dekat sana settle awal Ash balik sini. " Putus Nick muktamad. Apapun dia harus pulang ke rumahnya kerana esok dia harus masuk pejabat dan terpaksa pulang tanpa isterinya.  Selama seminggu pulak tu!!

Wajah tenang Nick ditenung tajam oleh Aina meminta kepastian dengan jawapan muktamad suaminya itu. Biar betik suami aku ni?

Puan Ayuni dan Mak Timah mengangguk serentak. Nick tersenyum.

"Baguslah kalau macam tu. Mak Timah minta diri dulu ya? Assalamualaikum." Pamit Mak Timah beransur mahu keluar dari bilik itu diikuti oleh Puan Ayuni.

"Biar betul awak ni? " Soal Aina sekali lagi meminta kepastian. Wajah Nick dilihat.

"Iyelah.  Ada nampak muka aku ni main-main ke? " Soal Nick. Belakang lehernya digosok perlahan.

"Eh! Aku masuk ni sebenarnya nak mintak tuala dari kau." Ucap Nick sambil membuka sedikit butang bajunya.

"Kejap saya ambilkan. " Balas Aina sambil menggapai tongkat yang tersandar di dinding. Nick sekali lagi mencebik.

"Heish kau ni kalau aku patahkan kaki kau yang sebelah lagi tau baru tahu. Kau bagitahu aje lah kat mane tuala tu biar aku ambik sendiri. Tu pun susah ke? " Bebel Nick sekali lagi.

Aina mencebik geram dengan sikap suaminya yang suka bebel tapi dalam masa yang sama ada prihatian.

"Tu dalam almari tu. " Telunjuk ditujukan ke arah pintu almari. Nick menjeling lalu melangkah ke arah almari yang dimaksudkan oleh isterinya.

"Awak nak mandi ke ?" Soal Aina.

"Eh takdelah. Aku nak pergi berendam dalam sawah padi kat depan sana." Jawab Nick selamba membuatkan Aina mencebik geram dengan jawapan Nick.

Aina menjeling.  "Saya tanya aje kan? "

"Dah tu soalan kau macam dah takde soalan lain nak tanya.  Aku cium karang baru tahu. " Jawab Nick.

"Dah lah aku nak mandi.  Panas.  Nak ikut? " Soal Nick sambil membuat muka gatal. Aina cuak.

"Ih takde maknanya saya ikut awak mandi.  Pergi mandi soranglah. " Aina menjawab.  Nick ketawa lalu melangkah keluar dari bilik itu. Makin lama dia melayan kerenah Aina tak mandilah dia jawabnya.  Senyuman terukir di bibirnya sambil melangkah menuju ke bilik air.




























To be continued....





























.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now