Nick POV..
'Memang dah terlambat untuk papa bagi nasihat pada Nick. Nick dah besar, dah bergelar suami pun. Dan sepatutnya kamu sendiri dah boleh berfikir apa yang baik dan apa yang buruk.' Kata-kata Tuan Arshad masih teriang-iang ditelinganya. Sesekali dia mengeluh memikirkan tentang apa yang dikatakan papanya.
Telefon bimbit milik Aina yang terletak di atas meja segera dicapai. Lama dia menatap telefon itu. Sungguh dia memerlukan pemilik telefon itu ketika ini.
Butang 'on' ditekan. Matanya dapat menangkap satu imej seperti dikenalinya. Segera dia memasukkan kata laluan pada telefon itu. Terpempan wajahnya di skrin telefon itu.
"Dia letak gambar aku? " Butang 'off' ditelefon lantas ditekan.
"Jadi selama ni, dia boleh terima aku? " Ucapnya sendiri. Tanpa disedari senyuman terukir di bibir.
3:00 pagi..
Aina POV...Aina berkalih tubuh ke kanan dek kerana dia tidak selesa menghadap ke kiri. "Haih.. Aduh.. " Keluhnya perlahan. Matanya masih tak mahu pejam walaupun dia tahu hari sudah lewat malam.
"Apesal lambat sangat ni..! "
"Sehari aku rasa macam sebulan dah." Bicaranya sendiri.
Dia mengubah posisi tubuhnya menghala ke hadapan pula. "Apesal dengan aku ni ha? "
Jam ditangan segera dilihat. Sudah menjadi tabiatnya tidur pakai jam. (Author memang suka pakai jam kalau tidur malam 😂😂)
"Baru pukul 3 pagi? Eee apesal lambat sangat ni?! " Bebelnya sendiri sambil berkalih ke kanan.
Dia kembali menghadap ke hadapan dengan membayangkan biri-biri yang banyak serta sebuah pagar di depan matanya. "Satu.. Dua.. Tiga... Empat... "
Pagi...
"Mama" Panggilnya sambil melangkah menuju ke arah Puan Ayuni yang sedang melipat kain di ruang tamu.
"Hmm"
"Harini hari apa ma? " Soalnya lalu duduk menghadap mamanya.
"Hari ni hari Rabu. Takkan hari pun kamu dah tak ingat? "
"Takdelah saje je tanya. Papa mana? " Soalnya.
"Ke bandar. Kenapa pula ni? " Soal Puan Ayuni.
"Takdelah ingat nak pesan dekat papa suruh belikan surat khabar. " Jawab Aina sambil menunduk. Puan Ayuni tersenyum nipis.
"Papa kamu tu kalau ke bandar memang tak sah kalau tak beli surat khabar. Tahulah dia tu beli surat khabar. Jangan risaulah. " Jelas Puan Ayuni.
"Mehlah, Aina lipatkan."
"Tak payah. Biar mama je yang buat. Lagipun dah nak siap ni haa. Ni mama tengok kaki kamu tu dah elok sangat dah. " Ujar Puan Ayuni sambil merenung kaki Aina yang sepenuhnya sembuh jika dilihat dengan mata kasarnya.
"Haah ma. Dah elok dah. " Balas Aina sambil menggerakkan kakinya.
"Mehlah orang buat. Bosanlah kat rumah bukan buat apa pun" Sambungnya lagi.
"Bosan duduk kat rumah ke, dah tak sabar nak balik Kangar kamu ni? " Usik Puan Ayuni membuatkan wajah Aina merona merah.
"Ee mama ni.. " Aina memuncungkan mulut tanda protes. Alat kawalan jauh segera diambil dan dihalakan ke arah televisyen. Malas nak layan mamanya yang mula mengusiknya.
Puan Ayuni menggelengkan kepala.
TAD Holdings..
Ilham & Nick POV..
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...