GMM Modelling Studio...Aina membelek kad yang diberi oleh Nick tempoh hari sambil berdiri dihadapan bangunan dengan perasaan yang bercampur baur. Nak marah atau nak menangis dia sendiri tidak pasti apa yang dia tahu dia perlu berdepan dengan Nick. Lelaki itu sudah melampau kali ni!
Aina melangkah memasuki bangunan itu dengan berani. Apa nak jadi, jadilah!. "Nick ada? " Soalnya terhadap salah seorang perempuan yang berada di kaunter hadapan. Tulisan 'GMM Studio' terpempan kemas di dinding kaunter itu.
"Ada. Dia ada photoshoot. Kenapa ye cik?" soal Gadis itu sopan. Aina mengeluh.
"Saya nak jumpa dia. Sekarang." katanya tegas.
"Boleh. Tapi cik kena tunggu dia habis photoshoot dulu." Ujar gadis itu tenang namun tidak diendah Aina.
"Tak, saya perlu jumpa dia sekarang jugak! Studio mana? " katanya sambil mengetuk kuat meja kaunter tersebut membuatkan gadis itu sedikit takut. Marah betul.
"Studio 1" Kata gadis itu sedikit tergagap. Aina memandang mencari studio yang dimaksudkan oleh gadis itu. Itu dia!
"Terima kasih. " Katanya lalu melangkah menuju ke arah pintu yang berlabel 'Studio 1'. Tombol pintu dipulas lalu menerjah masuk ke dalam bilik studio tersebut tanpa mempedulikan mata-mata yang memerhati ke arah tindakannya.
"Nick!"
Nick yang sedang 'posing' terhenti seketika setelah melihat susuk tubuh yang menerjah masuk ke dalam studionya. Aina!?
" 5 minutes please." Ujar Nick lalu menarik tangan gadis itu menurutinya keluar dari bilik tersebut. Eh pompuan ni bawak masalah pulak dah!
"Lepaslah! Sakit! " Ujar Aina meronta kesakitan minta dilepaskan tangannya.
"Apa yang kau buat kat sini? " Soal Nick sedikit bengang. Buat malu.
"Apa maksud awak hantar sms macam tu dekat mama saya?" Soalan dibalas soalan. Nick tersenyum sinis. Dah kau yang mula dulu. Follow the game sayang.
"Sms apa?" soal Nick buat-buat tak mengerti dengan soalan Aina. Eh soalan kau mintak kaki betul. Aina berdengus menahan marah. Ikutkan hati mahu saja dia angkat tangan namun ditahannya.
"Awak jatuhkan maruah saya, awak tahu tak?" Ujar Aina dengan suara sebak menahan tangis. Air mata makin bertambah ditubir matanya tunggu masa nak jatuh je.
"Look like I care? Eh kau yang cari pasal dulu dengan aku kan? Aku dah cakap jangan cari pasal dengan aku. Tak faham? Ke memang kau sengaja? " ujar Nick tanpa memikirkan perasaan gadis itu. Air mata Aina jatuh ke pipi. Nick terdiam seketika melihat air jernih yang mengalir dipipi gadis itu. Haa sudah dia buat drama air mata pulak dah kat sini.
"Apa maksud awak saya cari pasal ? Eh saya masih ada masa lagi tiga hari lah untuk selesaikan hutang saya tu." Ujar Aina yakin.
"Aku tak yakin kau boleh bayar hutang aku. Kalau kau tak dapat bayar lagi duit aku tu, bukan setakat sms macam tu aku boleh hantar tapi aku jugak boleh buat lagi teruk dari sms tu. Faham?" Ujar Nick seakan mengugut Aina lalu dia ketawa menambahkan lagi panas di hati Aina.
Cepat-cepat Aina melangkah meninggalkan lelaki itu. Hatinya panas dengan ayat yang dilontarkan lelaki itu. Tahu lah Nick tu handsome, tapi kalau setakat handsome luaran saja buat apa? Eee nasib baik crush! Tapi menyakitkan hati! Mamat berlagak! Arghh!
Rumah agam Tuan Arshad..
Nick & Tuan Arshad POV...
Nick merebahkan badannya di atas katil sambil tergelak seronok dapat mengenakan gadis itu di studio tengah hari tadi. Telefon milik Aina dilihat sambil tersenyum jahat.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...