Imran POV..
Imran mendengus geram, adegan di depan matanya bagaikan membakar api di dalam hatinya. Sudah lama dia berdiam diri kerana tidak mahu menganggu rumahtangga Aina. Dalam pemikirannya, Aina adalah seorang perempuan yang baik yang sama sekali tidak akan mengkhianati suaminya tetapi dia tidak menyangkal persepsinya selama ini adalah tidak benar.
Imran mengalihkan pandangannya saat melihat Aina dan Ilham berjalan beriringan masuk ke Lobi kolej. Ada bibit kemesraan antara mereka berdua. Jemarinya digenggam dengan penuh rasa marah.
"Kau bukan gadis yang baik, Aina. Aku akan ajar kau! " Bicaranya sendiri lalu melangkah meninggalkan tempat dimana dia berdiri buat masa yang lama untuk memerhatikan gelagat Aina dan Ilham.
Pukul 6:45 petang..
Aina & Imran POV..
Aina mengerling jam ditangannya sekilas. Alamak dah pukul 6:45 rupanya. Dia bergegas menuruni tangga kerana sudah lewat untuk pulang ke rumah. Kalau Nick tahu aku belum balik lagi ni matilah aku.
Saat Aina selangkah demi selangkah menuruni anak tangga, tiba-tiba tangannya direntap kuat oleh seseorang membuatkan dia hampir gagal mengekalkan keseimbangan badannya. Pantas dia menoleh untuk melihat gerangan yang berani merentap tangannya sebegitu.
"Imran? " Aina terkaku saat melihat jejaka itu mencengkam tangannya dengan kuat. Selama dia berkahwin, Imran sudah lama tidak bertembung mata dengannya apatah lagi menegurnya.
"Kenapa ni Imran? Lepaskan tangan sayalah Imran" Aina meronta minta dilepaskan.
Imran cuma diam kaku disitu tetapi dia masih menguatkan cengkaman tangan Aina. Rontaan Aina tidak mampu meleraikan cengkaman tersebut.
"Imran, tolong lepaskan saya! " Aina menjerit dengan linangan airmata yang mula mencurah ke pipi.
"Diam! " Pekik Imran kuat membuatkan Aina semakin kuat menangis.
"Kau tahu tak Aina, yang aku masih cintakan kau... " Bicaranya perlahan sambil merenung ke dalam mata Aina menambahkan lagi takut di hati gadis itu.
Aina menelan liur, mendengar kata-kata Imran dengan perasaan gementar dan takut.
"Tapi saya tak nak ganggu hidup awak. Saya taknak kacau awak dengan suami awak, sebab saya ingat awak setia dengan suami awak, Aina.
Tapi saya tak sangka yang awak sanggup main kayu tiga di belakang suami awak. Awak curang dengan suami awak! " Pekik Imran kuat membuatkan Aina kembali menangis. Tubuhnya digoncang kuat oleh Imran."Apa awak merepek ni Imran? Saya tak pernah curang dengan suami sayalah! "
"Kau tipu! Kau tipu aku! Aku nampak kau bermesra dengan lecturer baru tu tadi! Aku tak buta lagi lah Aina. " Imran merenung wajah Aina yang ketakutan dengan tajam.
"Imran, awak salah faham aje tu. Saya tak pernah duakan suami saya, percayalah."
"Shh! Kau bohong Aina! Aku tak sangka kau perempuan yang macam ni. Kenapa mesti kau layan lelaki lain? Kenapa kau tak layan aku? Kenapa Aina? Kenapa?! Kau tak bahagia ke dengan suami kau? Kalau kau tak bahagia, aku boleh bahagiakan kau. Tapi kenapa kau pilih lelaki lain?!" Pekik Imran kuat. Aina tidak dapat menjawab soalan itu. Imran seakan dihasut oleh nafsu amarahnya. Lagipun buat apa dia jelaskan kepada Imran sedangkan dia dengan Imran tidak ada apa-apa hubungan selain daripada rakan sekolej.
"Jawab Aina! " Mata Imran merah menahan marah di dalam dadanya yang kian menggelegak. Baginya, perempuan itu perlu diajar agar dia sedar dimana kedudukan dia yang sebenar.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...