NILY - 15

16 1 0
                                    

TAD Holdings ..

Nick mundar mandir di dalam biliknya. Kepalanya serabut memikirkan masalah yang dilaluinya ketika ini. Gelisah, tak tentu arah semuanya lah! Baginya, apabila sudah berkahwin semua masalahnya selesai tetapi lepas satu-satu masalah datang menerjah dirinya.

Dia akui, dia rimas memegang status sebagai suami ketika umurnya baru 20. Dia mengaku dia sendiri masih tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami di usia semuda ini. Ini semua sebab papa. Kalau papa tak paksa dia untuk berkahwin memang tak lah dia nak kahwin sekarang.

"Gelisah je bro." Tegur Ilham membuatkan Nick memalingkan mukanya melihat Ilham di pintu kaca pejabatnya.

"Ilham. Masuklah." Jemput Nick. Ilham tersenyum faham dengan riak wajah berkerut seribu Nick. Ada masalah lah tu.

"Kau kenapa ni? Ada masalah ke? Taknak cerita dekat aku ke?" Ujar Ilham membuatkan Nick terdiam sejenak.

"Masalah rumah tangga?" Tebak Ilham tepat membuatkan mata Nick tercelik luas.

"Mana kau tahu?" Soal Nick. Ilham tergelak kecil.

"Aku kenal kau dari kecik Nick. Lagipun aku tahu Aina bukan pilihan hati kau." Sambung Ilham lagi. Nick terdiam.

"Lagi satu, aku pelik lah kau kan dah lama tak bercinta ni, tup tup kahwin. Kau ingat aku ni bangang sangat ke ?" Ujar Ilham sambil ketawa. Nick diam tidak menjawab. Semua yang dikatakan Ilham tepat.

"Aku pernah bagitahu kau kan, yang aku akan manage syarikat ni suatu hari nanti. Tapi papa tak faham aku, dia letak syarat mengarut. Dia kata kalau nak manage syarikat ni, aku kena berkahwin kalau tak tender bahagian aku akan diberikan 100% pada kau." Jelas Nick. Ilham hanya terdiam seperti tidak terkesan langsung dengan kata-kata Nick. Dia tahu Nick memang mahukan syarikat ini.

"Lah kau ni, ambik je lah. Aku taknak pun jadi CEO TAD Holdings ni. Kau memang layak untuk jadi CEO syarikat ni lah. Lagipun kau satu-satunya waris tunggal TAD Holdings." jelas Ilham membuatkan Nick sekali lagi berdiam diri.

"Tapi kan, Dia tu tak tahu ke kau dah kahwin ni?" Soal Ilham. Kening Nick bertaut tidak faham maksud Ilham.

"Dia tu? Siapa?" Soalnya kembali.

"Alaa dia tu..."

"Nick!!!!" terdengar suara yang cukup nyaring memanggil namanya dari luar pejabat membuatkan Nick dan Ilham menutup telinganya.

"Huih! Suara mak lampir mana tu? Sakit telinga aku weh!" Ucap Ilham sambil menggosok telinganya yang terasa ising.

Nick mengangkat bahu masih tidak dapat meneka siapa pemilik suara.

Seorang gadis tinggi lampai, bermekap tebal, berskirt pendek menerjah masuk ke bilik Nick membuatkan dua pasang mata tertumpu ke arahnya.

"Sampai hati you buat I macam ni!" Gadis itu mula memekik memarahi Nick.

"Najwa..." Nick tergamam dengan kehadiran seseorang yang sudah lama meninggalkannya kini muncul kembali.

"Sampai hati you Nick!"

"Tenang Najwa. Kenapa ni?" Nick cuba menenangkan Najwa yang sudah berteriak seperti histeria. Ilham hanya diam memerhatikan gelagat gadis seksi itu mengamuk.

"Kenapa you kahwin dengan perempuan lain? Kenapa you tak pilih I?" Soal Najwa. Air matanya yang mengalir dipipi mencomotkan matanya yang bertempekkan mascara dan eyeliner yang tebal.

"Kenapa Nick!? You tahukan I masih sayangkan You. " Nick buntu hendak menjawab.

"Kawal diri you Najwa!  Ini office I,  behave! "

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now