NILY - 41

14 1 0
                                    

Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional..

Nick menghentikan keretanya sambil menunggu Aina melonggarkan tali pinggang keledar. Usai isterinya itu melangkah keluar dari perut kereta, dia segera menanggalkan kaca mata hitam yang tersarung di wajah.

"Woi,  balik nanti kau tunggu aku sampai aku datang. Jangan merayau kemana-mana pulak" Pesannya.

"Yelah "

Nick menyarungkan kembali kaca mata hitamnya lalu memulakan perjalanannya ke Kantor.

Imran POV...

Imran mengangkat cermin topi keledar yang menutup wajahnya setelah kereta milik Nick beredar dari situ.  Mujur saja pasangan itu tidak sedari kehadiran dia di situ.

Langkah Aina yang laju dihantar oleh ekoran matanya. Rindu kau!

Cafe..
Aina POV...

Skrin telefon miliknya di sapu berkali-kali. Web rumah sewa yang dibukanya itu membuatkan dia fokus tidak berkedip. Kali ni dia benar-benar nekad untuk keluar dari rumah agam itu.

"Nah air kau dah siap. " Amaa bersuara membuatkan Aina terkejut.

"Dah jumpa rumah baru? " Soalnya setelah meletakkan gelas air milik di atas meja.

Aina mencebik.  "Dia tak nak lah. "

"Hai... Habistu kalau dah tengok web rumah untuk di sewa ni untuk apa eh? " Soal Amaa memerli.

Aina hanya diam.  Amaa tersenyum.  "Kau ni peliklah. Jangan-jangan kau nak pindah rumah eh?  Kau nak duduk asing dengan suami kau? "

"Huih!  Mulut engkau ni takde insurans kan? "

"Mana ada" Nafi Aina.

"Habistu?"

"Takdelah tadi aku cuma nak tengok barang rumah, pastu tiba-tiba keluar ni.  Aku tengok aje la." jelas Aina sambil menyedut airnya.

"Iyola tu. "

"Selama ni aku kuat bohong kau ke? " soal Aina tak puas hati. Ee minah ni kalau aku ketuk dengan pen sia-sia je lah.

"Takla,  aku ni cuma kesiankan kau Aina. Yela nak kena menghadap muka sepupu laki kau tu sampai bila? " Niat Aina mati setelah mendengar kata-kata simpati rakannya itu.

"Yela, fine kalau kau tak boleh terima cadangan aku tu. Lepasni aku tak nak dah masuk campur urusan rumah tangga kau. "

"Alaa kau janganlah cakap macam tu.  Aku tahu la niat kau tu baik. " Pujuk Aina.  Amaa tersenyum.

"Tahu takpe. " Aina mengeluh.

TAD Holdings...

Suhaila menghela nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat milik Tuan Arshad. Setiap inci pejabat besar itu dilihat teliti. Langkah disusun ke arah kaunter pertanyaan.

"Erm Assalamualaikum. Nama saya Suhaila datang untuk temuduga. " Ucapnya lembut kepada gadis yang berada di kaunter itu.

"Oh kejap. " Balas gadis itu sambil mengambil sehelai kertas.

"Err cik Suhaila,  sila isi borang dulu nanti cik Suhaila duduk sebentar lagi cik akan dipanggil." jelasnya membuatkan Suhaila mengangguk faham.

"Okay,  terima kasih. " balas Suhaila lalu mengatur langkah ke arah kerusi.

10 minit kemudian...

"Cik Suhaila, cik dah boleh masuk dah. " Ucap gadis itu membuatkan Suhaila terasa sedikit gugup. Takut.  Semua ada.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now