NILY - 29

19 1 0
                                    

Sawah padi...

Nick mencangkung di tengah sawah sambil membetulkan baju yang disarungkan terhadap patung orang-orang dengan kemas. Bosan agaknya.

"Apa yang kamu buat itu, Ashraf?" Soal Encik Aziz yang baru pulang dari kebun.

"Tak adalah pa, Ash betulkan baju dia saja, dah menggeleber ke bawah." Ucap Nick sambil menyapu tangannya yang sedikit kotor.

"Haa tengok ni, kita goreng makan tengah hari." Ujar Encik Aziz senang sambil menunjukkan empat ekor ikan keli yang baru dipancingnya.

Nick buat muka tak senang melihat ikan yang masih bergerak-gerak walaupun sudah diikat dengan dawai besi.  Geli!

Encik Aziz tersenyum lalu mula menyusun langkah menuju ke rumahnya. "Nak kemana kamu ni terhincut-hincut?"

"Saje nak layan Abang Nick kejap dekat sana." Ujar Aina sambil tersenyum. Topi petani yang agak besar dari saiz kepalanya disarungkan di atas kepala. Comel hahaha!

"Baik-baik jalan tu. " Ucap Encik Aziz lalu meninggalkan anak menantunya di situ.

Nick & Aina POV...

"Awak! " Panggil Aina.

"Hmm. Ada apa?" Ujar Nick sambil melangkah ke sebuah bangku kayu berhampiran halaman rumah itu.

"Mama suruh awak balik lepas makan tengah hari." Ucap Aina sambil menongkat dagunya pada tongkat.

"Eh mana boleh. Aku kena balik cepat." Balas Nick sambil menyapu peluh yang merecik di dahi.

Aina memuncungkan bibirnya. Sebenarnya berat hati nak berpisah jauh dengan suami.

"Alaa, kesian mama penat masak untuk awak tau." Sengaja dia memetik nama ibunya agar Nick tidak menolak permintaan tersebut.

Nick mencebik. "Hish yelah yelah. Aku balik lepas makan."

Aina tersenyum senang. Kan aku dah cakap! Dia takkan boleh tolak punyalah. "Awak sebenarnya dah jatuh cinta dengan kampung saya kan?  Mengaku je lah. " Sakatnya.

"Hemph!  Setakat kampung macam ni,  rumah aku lagi cantiklah dari kampung ni. " Balas Nick masih tidak mahu mengaku dengan kebenaran yang diucap oleh Aina. Ego!

"Eleh..."

"Kau pun dah macam kura-kura dalam game mario dah aku tengok dengan topi besar kau ni." Kutuk Nick membuatkan Aina mencebik.

"Biarlah,  asalkan comel. "

Ilham & Najwa POV...

"Bukan ke You selalu ke pejabat Nick?" Soal Najwa sambil menyedut air. Wajah Ilham dilihat tajam.

"Saya ke sana atas urusan kerja." Balas Ilham malas.

"Ouh, ingatkan you selalu ke sana untuk berjumpa Nick aje. " Ucap Najwa sambil melihat wajah Ilham lama.

"Itu memang melampaulah."

"I got to go. See you later" Ujar Ilham pamet.

"Uh wait. " Pantas Najwa memegang tangan Ilham untuk menghalang lelaki itu dari beredar.  Aku tak habis lagi kut! 

Ilham menarik tangannya lalu kembali duduk di kerusi. "Sorry.. Erm,  actually I ade perkara nak tanya pendapat you. "

"Okay..  Err apadia? " Soal Ilham ingin tahu.

"Ermm apa pendapat you tentang Aina? " Soal Najwa tanpa berdalih. Ilham buat muka tak faham dengan soalan Najwa.

"Okay saya tak faham. "

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now