"Takkanlah dia tengking kamu, Ilya. " nafi Puan Ainur tidak percaya dengan kata-kata anak saudaranya itu.
"Betul la Aunty. Kalau Aunty tak caya, Aunty boleh tanya Najwa. Dia pun kena marah masa tu." Ilya cuba menyakinkan mak saudaranya tentang kelakuan Aina yang direka.
"Ish Aunty. Tak boleh jadi ni. Ilya rasa perempuan kampung tu dah melampau."
"Habis kamu nak Aunty buat apa lagi?" Soal Puan Ainur mulai termakan dengan kata-kata Ilya.
"Petang lusa, Aunty ikut Ilya. "
"Pergi mana? " soal Puan Ainur lagi.
"Pergi berubatlah Aunty sebelum dengan Aunty sekali kena tengking dengan Abang Nick tu. Takpun perempuan kampung tu sendiri yang naik kepala. Ilya rasa Abang Nick dah kena jampi dengan perempuan kampung tu lah." Ujar Ilya sinis.
"Ish, taknaklah benda-benda macam ni semua. Tak percaya. " Tolak Puan Ainur. Matanya masih lagi tertumpu pada skrin telefonnya.
Ilya mengeluh. "Aunty, ni bukan bomoh.. Ni ustaz"
"Ish apa-apa je la. Aunty ikutkan je. "
8:30 malam..
Nick melangkah masuk ke dalam rumah lalu segera menyusun langkah menuju ke arah tangga meninggalkan Aina yang masih terpinga-pinga.
Ilya yang sedang duduk di sofa dianggap tidak wujud. Apa yang dia tahu, dia nak naik mandi kemudian tidur.
Aina yang baru melangkah masuk ke dalam rumah hanya melihat suaminya yang sudah berada separuh anak tangga. Langkahnya terhenti apabila dia sedar Ilya berada di sofa. Langkah mulai diatur semula setelah beberapa detik dia berjeda disitu.
Taman Murni..
Suhaila membuka sampul surat dengan hati yang berdebar. "Dukacita..."
Rumah Agam Tuan Arshad..
Nick yang usai membersihkan tubuhnya hanya melilitkan tuala di pinggang. Matanya cuba meliar mencari kelibat Aina. Langkah diatur apabila dia melihat Aina berada di balkoni luar biliknya.
"Woi , Apa yang tercegak lagi kat situ?" dia melangkah menuju ke arah Aina.
"Lepas kau pergi mandi nanti, kita keluar makan." Telinga kanan milik isterinya segera ditarik membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan. "Tula lain kali dengar aku cakap, makan awal-awal. "
"Isshh, sakitlah awak! Saya tak nak pergi makan. Selagi awak tak mintak maaf dekat sepupu awak." Balas Aina sambil menggosok telinganya yang terasa pedih.
"Kau ni apahal pulak ni? Nanti-nantilah aku tegur dia. Bukan mak aku pun. " balas Nick malas.
"Awak, berdosa tau awak tak tegur sepupu awak macam tu. " ujar Aina.
"Kalau kau tak ikut arahan aku, kau jugak akan berdosa besar sebab tak ikut perintah suami. " Ugut Nick membuatkan Aina cuak. Aduh kesitu pulak.
Aina mencebik. Ada je benda yang dia nak menang. "Yelah, nak pergi mandi la ni. "
---
Nick melangkah keluar dari rumah lalu menuju ke arah Ilya yang sedang duduk di buaian sambil membaca novel. Aina hanya berdiri sedikit jauh dari mereka. Mungkin mahu memberi ruang kepada Nick untuk bercakap.
"Ilya." Tegur Nick.
"Hm"
"Buat apa sorang-sorang kat sini?" soalnya lembut.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...