NILY - 10

24 1 0
                                    

Nick POV..

Jam di dashboard kereta di kerling kejap. "Baru pukul 1:45 tengah hari, sempat lagi untuk makan." Ucap Nick sambil meng'klik' tali pinggang keledar.

"No,  awak tahu tak saya dah janji dengan Amaa nak makan dengan dia harini. " Nafi Aina.  Sudahlah dia berjanji dengan Amaa untuk makan dengannya hari ini. Tup tup Mamat ni pulak yang tetiba culik aku. Telefon dicapai lalu dia menaip sesuatu.

Aina : beb,  aku mintak maaf tak dapat keluar makan dengan kau.  Nick datang tadi. Lain kali eh?

Amaa senget : okey je. Aku tahu dah,  ada budak tu cakap kau berlari keluar tadi.  So,  aku ajak kawan aku lunch tadi. No hal lah.

"Chat sape?" soal Nick menyedari Aina asyik menaip sesuatu di skrin telefon cikainya.

"Chat kawan"

"Girl or boy?" soalnya lagi.

"Girl." Sepatah Aina menjawab. Nick berdiam tidak menjawab. Jealous? No way!

Masing-masing berdiam melayan perasaan. Nick fokus pada pemanduannya. Aina tiba-tiba teringat akan gadis yang berborak dengan Nick di butik tadi. Baby? Tata.. Manja betul cara dia bercakap dengan Nick. Siapa gadis tu? Kekasih diakah ? Atau kisah silamnya. Kalau kekasihnya kenapa dia nak bertunang dengan aku? Argh!!

"Dah puas berangan?" Sergah Nick membuatkan Aina tersedar dari lamunannya. Lama sangat ke aku termenung? Hehe..

"Ha? Kenapa?" Soalnya pelik. Nick mengangkat keningnya.

"Dah sampai. Tak reti-reti nak turun? Lain lah kalau kau taknak makan. Biar aku makan sorang" ujar Nick lalu melangkah masuk ke dalam restoran mewah itu.

Aina terlopong melihat restoran yang mewah.  Seumur hidupnya tak pernah dia menjejakkan kakinya di restoran mewah begini.  Nick pula selamba sahaja berjalan masuk ke dalam restoran itu seperti dia sudah biasa dengan tempat begitu.

Aina menarik kerusi berhadapan Nick. Wajah lelaki itu dijeling sekilas.  Nick hanya fokus pada skrin telefonnya.  Apa yang dimainkan dalam telefon tu dia pun tak tahu. Ralit sangat!

"Yes Sir,  may i have your order? " Ucap pelayan sambil menunggu balasan dari Nick yang sedang membelek helaian menu.  Aina hanya membelek-belek menu tersebut,  lidahnya kaku untuk menyebut nama-nama makanan yang disenaraikan dalam menu tersebut.  Mak aih boleh terseliuh lidah aku.

" ice Greentea,  Waldorf Salad,  Carbonara spagetti, lamb chop and Black Coffee. That its" Ucap Nick dengan laju lalu menutup menu tersebut.

"Awak tak tanya pun saya nak makan apa?" Soal Aina. Nick menjeling.

"Kau duk situ diam-diam. Bukan reti sebut pun" Balas Nick sinis. Aina menarik muka tujuh belas dengan perlian lelaki itu. Cis! Berani dia perlekehkan aku.

"Eleh, bukannya saya tak reti speaking english" Balas Aina membela dirinya. Nick diam sambil menatap skrin telefonnya. Aina mencebik.

Masing-masing berdiam diri.  Tiada topik hendak dibualkan.  Seketika itu makanan yang diorder sampai. Satu persatu makanan diletakkan di atas meja.  Nick menyedut sikit Ice Greentea sebelum dia menolak air tersebut kepada Aina.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now