NILY - 3

33 2 0
                                    


Nick POV...

Enjin kereta dihidupkan. Sesekali pedal minyak ditekan beberapa kali membuatkan deruman enjin berderum kuat. (Ada ke perkataan "berderum" ?)

"Kesian Audi aku ni, tak pasal-pasal kemek kat depan.  Nasib baik sikit.  Kalau banyak?  Memang aku bunuh Miss Kelibut tu. " Bebelnya bengang memikirkan apa yang terjadi pada keretanya semalam. Bunuh?  Sanggup ke Nik Muhammad Ashraf Tuan Arshad membunuh orang hanya kerana keretanya kemek? Hahaha lawak!

"Herh!  Dah la semakkan otak kau dengan masalah pompuan kelibut tu. Harini fokus pada foto shoot, okay? Ayok semangat! " Katanya sendiri. 

Telefon Huawei p8 milik Aina diletakkan dalam dashboard kereta. Mana boleh tinggal kat rumah.  Mati aku kalau bibik nampak nanti. Tak pasal-pasal aku dicop sebagai lelaki lembut. Apa?  Ingat aku ni suka telan Softlan ke? Sesedap asam pedas ikan bilis dia aje nak cop aku lembut.

"Jom ke location photoshoot harini! " Katanya sambil meng'klik' tali pinggang keledar. Ray ban disarung kemas.  Bergaya tapi masih jelas ciri-ciri kesombongan pada dirinya.  Biasalah anak orang kaya,  tunggal pulak tu!

Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional..

Cafe...

Aina POV...

Aina duduk termengu di meja.  Sesekali dia menyedut air dihadapannya. Mukanya suram memikirkan masalah yang dialaminya. Macam-macam masalah menimpa aku kali ni.  Eish sabar je lah atas ujian yang diberi ini.

Wajah Nick tiba-tiba bertamu difikiran. Nik Muhammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Nick. Hahaha..  Tak sangka orang yang aku crushing sangat tu ditemukan dengan aku dalam keadaan begini. Tak pasal-pasal telefon kesayangan aku dijadikan cagaran. Alah sayang...

"Tulah kau,  lain kali keluar simpang tu hati-hatilah Aina Sufia oi" Bebelnya sendiri mengakui kecuaiannya.

"Nak stalk kau pun tak boleh. Dah dua hari tak stalk ni alaaa rindu." Sambungnya lagi.

"Hoi!" Sergah Amaa yang entah dari mana wujud  membuatkan Aina tersentak. Amaa tersengih lalu mengambil tempat menghadap sahabatnya yang menanyangkan wajah paling kusut didunia.

"Kau ni nak aku arwah dulu ke? Eee nasib baik kawan kalau bukan? Dah lama aku maki." Bebel Aina tidak puas hati. Amaa tersengih menanyangkan barisan giginya yang putih lagi berseri. Amboi ! Kau duta ubat gigi ke ?

"Takdelah aku pelik lah kau ni kan dua tiga hari ni kau asyik termenung je. Dalam kelas pun kau menung, kat library pun menung, cafe kau menung. Agak-agak kat jamban kau menung tak?" Bicara Amaa membuatkan Aina mencebik. Bebel je tahu.

"Aku termenung pikirkan masalah aku tahu tak? Masalah aku ni lagi besar daripada masalah bencana alam bulan 12 tahu tak?" Bebelnya. Eh Perlis ada ke musim banjir di bulan 12? Aku rasa Pantai Timur je selalu banjir bulan 12.

"Eh dah lah, aku nak masuk kelas. Kau? " Sambungnya lagi. Jurusan Diploma Perakaunan menjadi pilihannya manakala Amalina pula jurusan Diploma Kejururawatan. Wana pula pelajar Tingkatan enam.

"Aku pukul 3 kelas. Aku ingat nak balik rumah dulu. Jumpa nanti. " Jawab Amaa sambil mengerling sekilas jam tangannya.

GMM Modelling' s Studio...

Nick & Fiezah POV...

Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar dari perut kereta. Pantas dia berjalan menuju ke depan keretanya. Lama dia memerhatikan bumper depan audi kesayangan takut ada kecacatan yang dia sendiri tidak perasan.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now