Aina & Nick POV...
Aina duduk diam di katil. Pipinya yang masih terasa kebas diusap perlahan. Panas betul hatinya dengan perempuan yang tak sedar diri tu tadi. Tetiba aje datang sini nak serang aku pulak tu. Ikutkan hati mahu saja dia maki namun banyak mata yang memandang dia diamkan aje.
"Kuat jugak tangan berlosyen dia tu. " Omelnya sendiri.
Pintu bilik dikuak perlahan dari luar membuatkan Aina berkalih wajah menghadap Nick yang berdiri di hadapan pintu dengan tercungap-cungap keletihan. Mata Nick merenung tajam ke arahnya.
"Kau okay tak ni? " Nick menyoal sebaik saja Aina menyapu air matanya. Dia berjalan menghampiri Aina. Aina hanya diam tak menjawab.
"Buat apa tu?" Soalnya lagi melihat isterinya memegang sehelai tuala yang dibulatkan lalu ditiup dan dilekapkan di pipi.
"Tuam lah. Sakit" Jawab Aina.
"Meh sini aku buat." Ujar Nick lalu merampas tuala itu dari tangan Aina. Tuala itu ditiup sekuat hati dan dilekapkan dipipi isterinya.
Aina tergamam saat kehangatan nafas Nick menyapa pipinya.
"Boleh baik ke dengan cara ni?" Aina mengerdipkan matanya dua kali mematikan lamunannya setelah mendengar soalan dari Nick.
"Err tak tahu. Saya cuba je."
"Ceh! Aku ingatkan pandai sangat lah kau ni." Ujar Nick sinis. Aina diam malas berbahas.
"Kalau sakit lagi esok, kita pergi klinik." Sambung Nick.
"Eh takpe, saya okay je." Balas Aina menolak idea Nick. Sakit pipi kena tampar tak sesakit hati dia melihat perempuan tu bermesra dengan suaminya tadi. Wait, Aina Sufia, are you jealous? No way! Wake up.
"Kalau Najwa kacau kau lagi. Bagitahu aku." Ujar Nick tidak jemu menuam pipi isterinya.
"Tak payah risau. Saya pandailah jaga diri saya." Balas Aina tersenyum nipis. Tuala ditangan Nick diambil kembali.
"Sape je risaukan kau? Dah la, aku nak kena balik office semula. Sebab kau la ni aku balik." Ujar Nick bingkas bangun.
"Siapa suruh awak balik?"
"Aku balik sebab nak selamatkan rumah aku ni dari jadi gelanggang gusti." Sinis Nick tidak mahu kalah. Aina mencebik. Bukan setakat gusti, sumo lagi aku bagi.
Nick melangkah keluar dari biliknya tanpa menoleh ke arah Aina.
Malam..
Aina & Amaa POV...
"Hai beb, okay ke? " Amaa bertanya. Sudah lama dia tidak mendengar suara sahabatnya itu. Rindu!
"Hai.. Okay." Jawab Aina menahan sebak yang menerjah dadanya. Sudah lama dia menahan rindu pada sahabatnya itu.
"So, how kehidupan kau lepas kahwin ni?" Aina mengeluh mendengar soalan dari Amaa.
"Entahlah beb. Aku rasa macam ramai yang tak sukakan aku. Kau tahu tak hari ni aku makan pemampar free." Luah Aina.
"Hah?! Sape tampar kau? Nick?" Soal Amaa ingin tahu. Sesedap dia je tampar orang.
"Entah aku. Ada sorang awek ni. Cantiklah, dia datang rumah ni serang aku. Tanya aku kenapa Nick kahwin dengan aku. Siap bermesra lagi depan aku. Salah aku ke ?" Jelas Aina.
"Habis kau percaya ke? "
"Aku pun tak pasti. Tapi aku tengok Nick tak layan dia pun. " Ucap Aina sambil memegang pipinya. Bila teringat tentang kejadian dia ditampar, rasa pedih di pipinya kembali terasa.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...