Rumah Agam Tuan Arshad..
Puan Ainur berpeluk tubuh. Mukanya masam. Suasana rumah itu tegang pada malam ini. Tuan Arshad dan Aina hanya diam manakala Nick dan Puan Ainur yang berbicara.
"Mama tak izinkan." Putus Puan Ainur berpaling muka dari mereka bertiga. Ilya? Sejak tengah hari lagi dia keluar.
"Maa, ini keputusan Asy. Dan ini keputusan muktamad." Jawab Nick bertegas dengan keputusannya.
Puan Ainur mencebik. Lalu terus langkah diajukan ke arah Aina yang sedang duduk di sofa sedari tadi. Betul lah apa kata Ilya. Perempuan ni memang main jahat!
"Ni semua gara-gara kau kan?" marahnya. Aina hanya diam tidak mahu bersuara.
"Apa dah kena dengan awak ni, Nur? " giliran Tuan Arshad bersuara.
"Apa kena dengan saya? Anak nak pindah awak diam je" ucap Puan Ainur bernada sedikit sebak. Siapa tak sebak bila anak lelaki tunggalnya mahu pindah.
"Kamu dah fikir habis-habis ke Asyraf? " soal Tuan Arshad meminta kepastian.
"Dah, pa. " ujar Nick yakin.
Tuan Arshad mengangguk. "Nak pindah ke mana? "
"Mungkin sementara waktu ni kitorang duduk dekat Alor Setar. Menyewa." bohong Nick. Dia tidak mahu sesiapa tahu dia dan Aina menetap di mana. Takut Najwa tahu.
"Kenapa tak beli? " soal Tuan Arshad mengangkat kening.
"Maksud papa? "
"Yelah. Asy sekarang ni dah berumah tangga. Tak lama lagi akan ada anak-anak. Beli aje lah, akan jadi aset untuk masa depan anak-anak kamu. " jelas Tuan Arshad. Nick mengerut kening. Memang dia dah beli pun rumah tu.
Nick mengambil tempat duduk di sebelah Tuan Arshad. "Papa izinkan? "
Tuan Arshad mengangguk setuju.
"Bang. " Puan Ainur menyampuk.
"Hm? "
"Kenapa abang bagi izin?"
"Biarlah Nur. Kita dulu pun nak hidup berdikari macam ni juga. Lagipun rumah ni takkan sunyi. Kan Ilya ada, anak saudara kesayangan awak tu. " Balas Tuan Arshad.
"Papa, thanks. " tangan Tuan Arshad di salam.
"Asy naik atas dulu papa, mama. " Pamit Nick lalu menarik tangan Aina untuk mengikutinya. Dia nampak wajah Aina yang menahan tangis. Mungkin kaget tiba-tiba mamanya seakan-akan menyalahi Aina.
"Kenapa abang bagi dia izin untuk pindah? " soal Puan Ainur masih dah berpuas hati.
"Dah tiba masanya untuk Asyraf tu menjadi seorang suami yang sebenar-benarnya."
"Oh, habis dalam rumah ni dia tak boleh jadi suami? Ke abang dah termakan hasut Aina?" ujar Puan Ainur.
"Yang saya nampak. Anak saudara kesayangan awak tu lah yang berpotensi menjadi penghasut awak." Balas Tuan Arshad lalu berlalu meninggalkan isterinya sendirian di situ.
---
Aina duduk di katil sambil memikirkan apa yang terjadi tadi. "Apasal awak tiba-tiba buat macam tu? "
"Apasal? Kau nak aku tarik balik keputusan aku? " Balas Nick yang baru keluar dari bilik air.
"Takdelah. Terima kasih. " ucap Aina tersenyum manis. Nick hanya diam tak membalas.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...