NILY - 19

23 2 0
                                    

Sampai saja di banglo mewah itu, Nick segera menaiki tangga untuk ke biliknya, membiarkan Aina seorang diri memikul bungkusan beg-beg plastik yang berisi juadah dari pasar malam tadi.

Apa punya suami daa, tak gentleman langsung. Ada ke patut dia biarkan aku sorang je angkat semua ni? Omel Aina sendiri saat berjalan ke arah dapur.

"You ke mana tadi, Aina? " soal Ilya mengejutkan Aina yang baru meletakkan bungkusan itu ke atas meja makan. Segera Aina berpaling memandang Ilya yang sedang berdiri dibelangkanya.

"Saya pergi pasar malam tadi, "

"Pasar malam? You pergi bawak Abang Nick ke pasar malam? Seriously?" Ilya menghampiri Aina yang sedang berdiri kaku.

"Bila awak sampai?" Soalnya tergagap. Wajah masam Ilya dilihat.

"Pertama kali I dengar Abang Nick ke pasar malam. You tahu tak? Abang Nick tak pernah ke tempat kotor macam tu lah! And you baru aje masuk dalam family ni dah pandai eh? " Ujar Ilya sinis

Aina hanya diam. "Tapi saya cuma... "

"Opp! Tak payah nak bagi alasan. I kenal sangatlah perangai orang kampung macam you ni. Memang jenis yang tak sedar diri. Tak reti nak jaga nama naik keluarga ni. " Aina diam terkesan dengan kata-kata itu.

"By the way, I heard yang you kena tampar dengan Najwa? Sakit ke? Padan muka. " Balas Ilya lagi. Aina diam memandang lantai.

"I pun tak faham, apalah yang ada pada you ni sampaikan Abang Nick tu sanggup kahwin dengan you sedangkan dia masih sayangkan Najwa. Tapi I yakin yang Najwa takkan berdiam diri aje. Dia takkan benarkan perkawinan ni bertahan lama pun ." Aina gumam. Air matanya gugur pantas diseka.

"Ilya, Aina. Apa yang disembangkan itu? " Nick bersuara seraya menghampiri mereka berdua. Nick tersenyum melihat Aina yang tergamam. Ilya tidak membalas pertanyaan Nick sebaliknya dia hanya menjeling melihat Nick dan Aina saling berpandangan.

"Bila kamu ke sini? jomlah makan sekali. " Pelawa Nick sambil menarik kerusi untuk duduk.

"Korang makanlah. Tak selera I tengok makanan tu." Ilya lekas beredar. Hatinya sakit melihat Aina dan Nick.

"Kau sembang apa dengan Ilya tadi hah? " Nick menyoal sebaik saja kelibat sepupunya hilang dari pandangan matanya.

Aina melarikan matanya dari memandang Nick, risau kalau Nick dapat melihat air matanya yang bertakung di matanya.

"Tak ada apalah. Tak penting pun.. " Aina cuba menyembunyikan rasa sakit hatinya dek kerana kata-kata sinis yang diberikan oleh Ilya tadi.

"Saya naik atas kejap tau. Nanti saya datang balik. " Ujar Aina mahu cepat-cepat berlalu dari situ

"Makan lah dulu. Kejap lagi kita naik lah. " Nick memegang lengannya kemas.

"Awak makan dulu. Kejap lagi saya datang balik. " Aina cuba melonggarkan pegangan kemas lengannya. Nick melepaskan genggaman tangannya.

Bilik Nick...

Nick membuka pintu perlahan. Dia membolosi bilik itu perlahan sebelum membuka lampu yang tidak terpasang. Sedari tadi dia menunggu Aina di bawah namun Aina tetap tidak turun membuatkan dia mengambil keputusan untuk datang memanggil Aina.

Aina terkejut melihat biliknya mula terang benderang, segera menyeka air matanya yang masih bersisa.

"Kenapa dengan kau ni? " Soal Nick saat duduk disebelah Aina di atas katil itu, pelik melihat Aina yang duduk di dalam gelap dengan wajah yang sembap dengan nafas yang tersedu sedan.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now