NILY - 24

24 1 0
                                    

Pagi...

Nick menggeliat kecil apabila matahari terik mula menerobos masuk ke ruang biliknya.  Dia bingkas bangun apabila merasakan dadanya seperti dihempap sesuatu.

Matanya membulat saat melihat Aina yang sedang asyik terlena di dalam rangkulannya, kepalanya elok terlentok di atas dada Nick seperti tempat itu adalah bantalnya.  Nick keliru cuba mengingati apa yang telah terjadi malam tadi hingga membuatkan dia terlena di atas katil bersama Aina pada malam itu.

Nick mula mengingati kejadian semalam dimana Aina meracau dan dia cuba untuk mengejutkan gadis itu, namun akhirnya Aina terlena dalam pelukannya pula dan enggan melepaskan rangkulannya pada Nick menyebabkan Nick turut berbaring disebelah Aina semalam. Mungkin tanpa dia sedar,  dia juga turut terlena di sisi Aina.

Ish, macam mana aku boleh terlena dengan dia ni? Nick mengomel sendiri sambil cuba meletakkan kepala Aina di atas bantal secara perlahan-lahan, berharap Aina tidak akan tersedar dan menyedari bahawa mereka telah tidur sekatil malam tadi. Aina menggeliat kecil dan beralih membuatkan jantung Nick seakan berhenti berdegup, dia kembali tenang apabila melihat Aina yang tidak terjaga, sebaliknya mengiring ke kanan dan memeluk bantal disisinya.

Nick tergamam apabila melihat tangan Aina yang berbalut t-shirt berlengan panjang itu terdedah hingga ke lengan, menampakkan kulitnya yang putih mulus, namun di pergelangan tangannya kemerahan, tidak seperti kulitnya yang lain.

Nick menyentuh pergelangan tangan Aina menyebabkan gadis itu mengaduh kesakitan namun masih tidak sedar dari lenanya.

"Lebam? " Nick menyoal sendiri, sambil membelek-belek tangan Aina. Seketika kemudian Nick bangun dengan perasaan ingin tahu yang mula membuak.

Tuala yang tersangkut di penyidai segera digapai sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam bilik air. Ada perkara yang ingin diselesaikannya, dan dia tidak boleh berlengah lagi.

Kolej Antarabangsa Teknologi Malaysia...

Nick memandang bangunan yang menempatkan kolej Aina itu dengan satu perasaan ingin tahu yang kuat. Kaca mata hitamnya segera ditanggalkan sebelum dia melangkah keluar dari kereta Nissan GTRnya itu.

Kalau nak harapkan dia bukak mulut,  memang sampai bila-bila pun dia takkan cakap benda sebenar, baik aku sendiri yang siasat...

Nick melangkah laju ingin mengetahui hal yang sebenarnya, dia sudah tidak punya keinginan untuk masuk ke pejabat ataupun meneruskan shootingnya hari ini.  Selagi dia tidak mengetahui hal yang sebenar, selagi itulah hatinya tidak tenteram.

Amaa & Aina POV...

"Apa? Kau kena tolak?" Amaa menjerit dihujung talian membuatkan telinga Aina berdesing.

"Ish kau ni!  Janganlah cakap kuat sangat! " Aina berpesan.  Takut jika pelajar di kolej itu dengar apa yang dibualkan.

"Siapa yang tolak kau Aina?  Baik kau bagitahu aku cepat  kalau tak,  tak nak kawan! "

Aina terdiam seketika. Berkira-kira hendak beritahu Amaa atau tidak, risau andainya Amaa terlepas cakap pada orang lain. Si Amaa ni suka cakap tanpa berfikir, kang tiba-tiba dia terlepas cakap,  Aina jugak yang serba salah. Kalau boleh dia tidak mahu rakan sekolejnya memandang rendah pada Imran seolah-olah lelaki itu telah melakukan satu jenayah berat. Aina tidak menyalahkan Imran dalam soal ini,  cuma untuk bertentang mata dengan lelaki itu semula,  mustahil untuk dia lakukan lagi,  tak sanggup!

"Aina, kau ada kat sana lagi ke? " Amaa yang menunggu jawapan Aina segera menyoal, membuatkan Aina berhenti berfikir.

"Kalau aku bagitahu kau ni,  jangan bagitahu orang lain.  Sesiapapun tak boleh tahu,  faham! " Aina memberi amaran. Matanya tertumpu pada kakinya yang berbalut itu, serentak dengan itu,  kejadian semalam kembali menerjah ingatannya.

[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love YouWhere stories live. Discover now