Aina POV..
Aina mengira-ngira duit simpanannya setelah ditolak dengan keperluannya untuk bulan depan, baru ada 2ribu lebih. Baki tinggal lagi 3ribu untuk cukup 5ribu hutang Mamat tu.
"Tak cukup lagi lah korang" ucapnya dengan nada kusut memikirkan masalah yang dilaluinya. Amaa dan Wana mengeluh melihat wajah sahabatnya sedang kusut.
"Berapa lagi tak cukup? " Soal Amaa. Aina mengeluh panjang.
"Lagi 3ribu tak cukup. " Ujarnya perlahan. Wana mengeluh.
"Pinjam duit aku dulu lah. Nanti bila kau dah ada duit kau gantilah. " Ujar Wana membuatkan Aina sedikit terharu dengan kata-kata Wana. Inilah gunanya sahabat dunia akhirat.
"Haah, aku pun bagi pinjam. " Ujar Amaa. Aina tersenyum.
"Thanks korang. Aku hargai sangat. Aku janji lepas ni aku ganti balik" Ujarnya terharu.
"Now, ada 4ribu. Still ada seribu tak cukup. "
"Seribu lagi tu kau mintak lah dengan papa kau. Tak salah kan? " Ujar Wana memberi cadangan. Aina mengeluh.
"Takpelah nanti aku mintak tangguh dengan mamat arrogant tu dua minggu ke.. Harap dapatlah. " Balas Aina dengan harapan Nick memberi sedikit kelonggaran padanya untuk menjelaskan hutang.
"Okay lah kalau macam tu aku balik dulu lah. Nanti ibu aku bising pulak dah pukul 10 lebih ni. Esok sekolah. " Ujar Wana pamit. Maklumlah dia kan budak sekolah.. Untung rumahnya tidak jauh dari rumah yang disewa oleh Aina dan Amalina. Boleh lah dia datang melepak selalu. Heheh..
"Yelah, hati-hati" balas Amaa.
"Okay lahh beb, aku masuk bilik aku dulu lah. Nak baiki assignment aku apa yang patut lepastu aku nak naik ke bulan. Haha jumpa esok di bumi. Night.. " Ucap Amaa lalu berlalu keluar dari bilik Aina.
"Night. Ok , jom mesej Mamat tu mana tahu kalau-kalau dia bagi aku tangguh dulu? Kan?" Ujarnya sendiri lalu menghidupkan telefon yang dipinjam oleh Amaa.
Salam awak, ni saya.. Sorry ganggu awak malam-malam ni. Kalau boleh, saya nak mintak tangguh dulu boleh tak hutang 5ribu awak tu? Bukan takde duit tapi sya masih ada hal yang perlu disettlekan. Boleh ?
Send! "Harap-harap boleh"
Ting! Telefon cikai itu berdeting membuatkan Aina pantas membuka. Boleh..boleh..
'Nope' . Wajah Aina bertukar setelah membaca apa yang dibalas oleh Nick. Apakah? Sepatah je wey?!
"Arghhh!!!!! " Pekiknya kuat dengan menekup mukanya dengan bantal.
Nick POV...
Nick merebahkan badannya di atas katil yang empuk. Telefon Huawei P8 pinky milik Aina ditatap lama. "Nak mintak tangguh eh? Tunggu kau." Ujarnya. Tiba-tiba idea nakalnya datang pantas dia menekan butang On pada telefon pinky Miss Kelibut itu. Sengaja dia mematikan telefon itu supaya tiada gangguan dari telefon itu mengganggu ketenteraman harinya.
"Bukan.. Bukan... Bukan.. Yes! Ini dia" Ucapnya setelah dia berjaya menemukan apa yang dicari dalam contact list telefon itu. Pantas dia menyalin nombor telefon seseorang yang dikehendakinya dalam telefonnya.
"Kau nak main-main dengan Nik Muhammad Ashraf kan? Terima akibat dia. " Bebelnya sambil menaip sesuatu di handphonenya. Aku paling pantang kalau orang berjanji bodoh dengan aku tau. Ni Nik Muhammad Ashraf Tuan Arshad lah!
Send!. Dia kembali mematikan telefon Miss Kelibut dan meletakkan di atas almari bersebelahan katilnya. Mata dipejam rapat sambil tersenyum dengan apa yang dilakukan tadi. Kau rasa aku ni kejam ke? Tak kan? Hahaha... Aku peduli apa kejam ke tak kejam ke ni masalah kau, pandai lah kau settle. Nak mintak tangguh apa bendanya?
Aina POV..
Aina menguis nasi goreng dalam pinggan tidak berselera hendak menjamah sarapan yang dibuat oleh Amalina. Mereka berdua banyak meluangkan masa dirumah sewa kerana lebih dekat dengan kolej berbanding pulang ke rumah masing-masing.
Aina mengeluh. "Heish! Tak baik mengeluh depan rezeki. Kau ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah badmood ni kenapa? " Soal Amaa.
Mana tak badmoodnya, semalam dia punyalah panjang taip mesej dekat mamat arrogant tu sebab nak mintak tangguh bayaran hutang dia 5ribu tu tapi ditolak mentah-mentah.
Bahu dijongket ke atas dua kali tanda malas hendak bersuara. "Dia tak bagi tangguh? " Tebak Amaa tepat pada sasaran. Aina mengangguk.
"Hmm. Punyalah panjang aku taip , tahu dia jawab apa? " Balas Aina.
"Apa? " Soal Amaa ingin tahu. Daripada riak wajah Aina aku tahu jawapan yang bakal keluar dari mulutnya beberapa saat lagi amat menyakitkan hati lalu merobek jiwa dan raga. ( Apa author merapu ni?)
"Dia jawab 'nope' . Sepatah tu je weh ! Tak rasa ke macam kau nak bunuh-bunuh je mamat tak normal perasaan ni? Dah laa poyo eee pakej dengan berlagak." Bebel Aina masih tidak puas hati dengan balasan mesej daripada Nick malam tadi. Amaa menggeleng tidak tahu hendak kata apa. Nasib kau lah sayang terjebak dengan dia tu.
"Hek eleh kau ni, kutuk-kutuk yang tu jugak lah kau duk gilakan sangat. Macam lah aku tak kenal kau." Balas Amaa membuatkan Aina mencebik. Aku tahu lah.
"Walaupun aku kutuk dia, suka aku dekat dia tak hilang okay?" Balas Aina membuatkan Amaa jengkel. Hampeh punya pompuan. Tak tetap pendirian nauwww dia ni.
Telefon Aina berdering kuat. Pantas dia mengambilnya daripada beg. 'Mama' . "Mama? Ada apa pagi-pagi lagi dah call?" Soalnya pelik. Tetiba je call aku pepagi ni.
"Angkat je lah. Banyak tanya pulak kau ni. Jawapan tu ada pada mak kau. Kau tanya aku kenapa? " Balas Amaa lalu kembali menyudu nasi ke mulutnya. Hmm sedap jugak nasi goreng resepi campak-campak hentam saje lah versi Amalina ni kan?
Aina menekan butang hijau disebelah kiri telefon itu. "Hello ma? Ada apa ?"
Suasana suram buat seketika. Masing-masing terdiam. Amaa pulak yang elok tadi duk riak dengan nasi goreng campak-campak dia tu terhenti lalu melihat wajah Aina yang sudah terkejut beruk. Eh apa ?
"Apa?!" Soal Aina kuat membuatkan Amaa hampir tersedak. Nasib tak arwah.
"Aina tak buat lah macam tu ma. Takpe hujung minggu ni Aina balik rumah. Aina jelaskan pada mama. Okay?" Ujar Aina panjang lebar lalu mematikan panggilan mengejut daripada ibunya. Wajah kelat menerjah diwajah. Amaa mencebik ada la tu masalah baru.
Mesti mamat tu punya kerja! "Kurang asam jawa punya lelaki!" Ujarnya sedikit bengang.
"Apa kau ni?" Soal Amaa membuatkan Aina menumpu ke arahnya.
"Takde apa. Mamat tu cari pasal dengan aku." Ucapnya malas. Amaa menggeleng. Tak habis-habis.
"Takpe lah, jom lah wey. Dah lambat ni. Kang lewat pulak kau masuk kelas. Kelas kau pukul 9 kan?" Soalnya membuatkan Amaa mengangguk sambil meneguk milo 3in1 di dalam gelasnya.
"Haa jom"
To be continued...
Ha! NILY updated! Hehe.. Author dah update NILY ni.. So, lepasni author nk fokus pada KYTG pulak.. So readers NILY semua jgn pulk cepat brubah hati yer? Stay dengan NILY ni.. Hmm... Apa ek chat yg dihntr oleh Nick tu? Smpai Aina marah. Haa semua tu dlm next chapter.. Vote jgn lupa ! Typo mohonlah abaikan.. Hehe maybe author tak perasan. Okla ENJOY!
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...