Malam..
Aina POV...Aina duduk termenung di bangku kayu yang selalu menjadi tempat lepak Nick tidak kira siang atau malam.
Tak sampai sehari dia sudah merindui suaminya. Ya! Rindu sangat-sangat.
Air mata yang berlinang di tubir mata dibiarkan menitis. Sawah yang dilitupi dengan cahaya gelap malam direnung jauh.
Puan Ayuni hanya memerhatikan anaknya dari pintu rumah enggan mahu mengganggu anaknya. Encik Aziz mencuit bahu Puan Ayuni agar tidak mengganggu anaknya.
Puan Ayuni hanya mengeluh panjang dan mengikuti langkah suaminya untuk masuk ke dalam rumah membiarkan Aina sendirian di halaman rumah itu.
Nick POV..
Nick duduk bersandar pada katilnya. Usai mandi dia terus merebahkan dirinya di atas katilnya yang empuk. Penat sungguh harini.
"Kenapa aku asyik teringat dekat dia ha? " Nick mencebik.
"Tapi dia ni lain lah. Dia lain sangat daripada perempuan yang pernah aku kenal dulu. " Bicaranya sendiri sambil membayangkan wajah Aina.
Bantal peluk di sisinya pantas di ambil lalu diletakkan di atas lengannya. "Aina, kau suka aku sebab aku ni berlagak kan? "
"Awak sukakan saya, sebab saya ni anak orang kaya? " Bantal peluk itu dipeluk kuat persis memeluk tubuh seseorang.
"Sebab itulah orang panggil saya. Mr. Arrogant."
Tempat tidur Aina dilihat. Susuk tubuh Aina yang sedang merenung ke arahnya sambil menjuihkan bibir persis mahu menciumnya dilihat dengan senyuman gembira kerana dapat melihat wajah yang dirindui.
Wait?! Rindu? Yes! Aku rindukan dia.
Perlahan-lahan wajah Aina hilang dari tempat tidur gadis itu. Nick yang sedari itu hanya ilusinya pantas meloloskan diri di dalam selimut tebalnya. "Argh!! Parah! "
Pagi..
Meja makan..Nick membetulkan butang dilengan kemejanya sambil berjalan menghala ke meja makan. Jam ditangan dikerling seketika. Masih sempat kalau nak sarapan.
Ilya yang sudah duduk di meja makan hanya dilihat kejap. Mama dengan papa awal-awal lagi sudah keluar. Ada hal penting. Sabar jelah!
"Morning sayang! " Pekik Najwa yang tiba-tiba datang lalu memeluk tubuhnya dari belakang. Nick kaget dengan kehadiran yang langsung tak diundang pantas dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan Najwa.
"Najwa. You buat apa dekat sini? " Soalnya mula rimas.
"Erm, Ilya ajak I teman dia breakfast dekat sini." Jawab Najwa dengan wajah yang manja.
"Nanti kita boleh keluar sama-sama. " Ucapnya lagi. Nick buat muka tak puas hati.
"Lagipun, Abang Nick kan dah lama tak jumpa Najwa. Dah, jom makan." sampuk Ilya yang sudah mengunyah roti bakar.
Nick buat muka tak puas hati lagi. "Ilya.. "
"Dah jom makan. Nanti nak hantar Najwa lagi. " Potong Ilya lagi. Najwa hanya diam tersenyum.
"You boleh pergi sendiri kan? " Soal Nick. Hilang terus moodnya hendak bersarapan.
"Eh kereta Najwa kena service kan? " Potong Ilya lagi.
"Haah, ada problem sikit. " Jawab Najwa. Nick mendengus geram.
"You datang sini elok pulak kereta tu. You pergi naik teksi ajelah." Ujar Nick mula melangkah meninggalkan Najwa dan Ilya.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...