Restoran De' Apple..
Aina & Amaa POV...
Aina menyapu mulutnya dengan tisu lalu menyedut jus epal hingga habis. Alhamdulillah kenyang.
"Faham cik Amalina?" Ujarnya membuatkan Amaa mengangguk faham. Begitu rupanya.
"Baguslah kalau faham. Dah jom balik , kau bayar" Sambungnya lagi. Amaa mencebik. Hak elah dia ni.
"Kau ni eee nasib baik darah manis lah. Tunggu jap aku bayar. " Bebel Amaa tidak puas hati. Asal makan kat luar je aku bayar. Siap kau ak claim nanti. Amaa melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran.
"Aku tunggu dekat kereta okay."
"Okay, aku nak pergi tandas kejap lepas bayar." Jawab Amaa. Aina melangkah menuju ke tempat parking kereta.
Aina & Imran POV..
"Aina" Panggil Imran mengejutkan Aina dari langkahnya.
"Awak buat apa kat sini?" Soalnya mula bengang. Mesti lelaki ni ikut aku.
"Saya masih tak puas hati. Betul ke awak dah bertunang?" Soal Imran masih belum menerima kenyataan Aina sudah bertunang dengan orang lain dan bukan dirinya.
"Yes Imran. Saya bertunang minggu lepas." Jelas Aina buat kali kedua. Imran menggeleng. Jelas riak kecewa diwajahnya.
"Kenapa awak terima pinangan tu? Awak tahukan saya cintakan awak, Aina" Ucap Imran.
"Tapi saya tak cintakan awak." Balas Aina mahu menyedarkan Imran bahawa dia tiada sedikitpun perasaan terhadap lelaki ini. Mana mungkin !
"Please Aina, putuskan pertunangan tu dan terima saya." Ujar Imran lalu menggenggam lengan Aina membuatkan gadis itu pantas merentap.
"Ish apa ni? Awak ni kenapa?!" Soal Aina marah. Kelibat Amaa dicari namun tidak kelihatan. Mungkin masih di tandas. Kawasan parking yang sedikit tersorok dari pandangan orang lain memang sukar untuknya meminta bantuan.
"Awak tahukan saya susah nak cintakan orang. Kalau saya cintakan orang sukar untuk saya lupakan" Ujar Imran kembali menyentap lengan Aina. Kali ini sedikit kemas supaya genggamannya tidak dapat dilepaskan oleh kudrat gadis itu.
"Sakitlah!" Aina meronta minta dilepaskan. Lengannya terasa pedih oleh cengkaman kuat dari lelaki itu.
"Aina, kenapa ni?" Soal Nick entah dari mana datang tiba-tiba berdiri dihadapan mereka. Cengkaman Imran mula longgar membuatkan Aina pantas melepaskan dirinya lalu berlari menuju ke arah Nick. Lengan Nick digenggam erat.
"Ni bukan urusan kau untuk masuk campur hal aku dengan dia." Ujar Imran bengang melihat lengan lelaki itu dipaut oleh Aina.
"Masalah dia adalah masalah saya juga." Balas Nick tenang. Sesekali dia melihat wajah Aina yang pucat kerana ketakutan. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya terdetik untuk singgah disini kerana ternampak kereta milik tunangnya diparking disini.
"Kau siapa?" Soal Imran dengan suara yang keras.
"Saya tunang dia. Nick. Nik Muhammad Ashraf." Nick menghulurkan tangan tanda mahu bersalam namun salam itu tidak disambut oleh Imran.
"Ingat Aina, saya tetap cintakan awak" Ujar Imran perlahan di sebelah Aina sebelum dia melangkah pergi meninggalkan Aina dan Nick.
Pautan lengan Nick perlahan-lahan dilepaskan oleh Aina saat kelibat Imran tidak lagi kelihatan. Wajahnya masih lagi pucat kerana trauma dengan tindakan Imran.
"Siapa tu? Sombong nak mati " Soal Nick.
"Student satu kolej saya." jawab Aina dengan suara yang terketar-ketar. Air mata yang mengalir dipipi pantas disapu dengan tangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...