Aina mencurah air sabun ke badam myvi kesayangannya itu. Myvi itu sudah berdebu dan kotor kerana sudah lama bercuci sejak Aina meninggalkannya di rumah sewanya dulu.
Cuti hujung minggu yang ada ini, dia gunakan untuk membersihkan keretanya.
Sedang asyik dia menggosok ke segenap penjuru kereta berwarna putih itu, Aina terlihat kelibat Nick yang baru pulang dari berjoging. Nick memandang wajah Aina dengan jelingan sebelum melangkah masuk menghampiri dirinya.
"Cuci kereta aku. " mudah saja Nick memberi arahan.
"Amboi banyak cantik muka awak. " Aina membalas.
Nick duduk mencangkung sambil melihat kelibat Aina yang asyik mencuci.
"Dah baju dengan kasut aku kau tak nak cuci, cucilah kereta aku tu. " Nick memuncungkan mulutnya, menunjuk ke arah kereta Audi dan Nissan GTRnya.
"Dua-dua sekali? " Aina menyoal sambil dibalas dengan anggukan kecil dari Nick.
"Tak kuasalah saya. Buat apa saya nak tolong cucikan kereta awak tu. Apa yang saya dapat?" Aina menjuihkan bibirnya.
"Kau patut tanya, apa yang kau tak dapat kalau kau cuci kereta aku. " Nick bangun dan menghampiri Aina.
"Apa maksud awak? "
Nick hanya diam, sebaliknya dia semakin menghampiri Aina hingga akhirnya tubuhnya itu sudah menghimpit tubuh Aina.
"Ish! Apa awak buat ni? Nanti family awak nampak macam mana? " Aina meronta-ronta minta dilepaskan dari rangkulan Nick.
"Biarlah mereka nampak. Sebab kalau kau tak cuci kereta aku, lagi teruk dari ni aku boleh buat. "
"Awak gila ke? Awak jangan berani nak buat apa-apa dekat saya! "
Nick tersenyum sinis sebelum merapatkan wajahnya ke wajah Aina hingga desahan nafasnya kedengaran jelas di telinga Aina.
"Bukan salah pun aku buat apa-apa dekat isteri aku sendiri kan? "
"Ee lepaslah! Bencilah awak ni! " Aina menjerit kecil membuatkan Nick segera melepaskan rangkulannya sebelum ketawakan Aina.
"Itulah aku cakap, kau patut tanya apa yang kau tak dapat kalau kau tak cuci kereta aku, kau tak dapatlah merasa peluh busuk aku tu. Sekarang padan muka kau."
Nick ketawa semahunya sedangkan Aina masih terpinga-pinga dan akhirnya baru tersedar yang Nick memeluk tubuhnya tadi dalam keadaan badan yang berpeluh-peluh setelah selesai berjoging tadi.
"Ee pengotorlah awak ni! Busuk! " Aina menjerit. Air paip ditangannya segera dipercikkan ke arah Nick.
"Woi! Apa kau ni? " Nick yang asyik ketawa tersentak apabila menyedari tubuhnya sudah dibasahi air.
"Padan muka awak. Busuk sangat. Kenalah mandi. " Aina pula ketawa.
Nick yang geram. Bingkas merampas paip air tersebut dari tangan Aina. Mereka saling berkejaran dan basah dek percikan air paip itu.
Tuan Arshad & Puan Ainur POV..
Tuan Arshad tersenyum sendiri dari balkoni tingkat dua biliknya, gembira sekali melihat anak dan menantunya bermesraan begitu.
Sejuk hatinya melihat anak menantunya gembira. Terasa segala perancangannya sebelum ini begitu berbaloi. Tuan Arshad tersenyum lagi.
"Hai.. Tersenyum-senyum ni kenapa? " Soal Puan Ainur membuatkan Tuan Arshad berkalih ke arahnya.
"Nur, tengoklah anak dan menantu awak tu, bukan main bahagia lagi. Seronok saya tengok diaorang tu, Nur. " Tuan Arshad menarik tangan Puan Ainur ke arah balkoni sambil menunjuk ke arah Aina dan Nick yang sedang membasuh kereta bersama-sama.
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomansaNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...