Teratak Asyraff..
Aina cuma berbaring di sofa empuk sambil menonton drama Korea yang dia sendiri tak tahu nak tengok apa dah.
Nick yang sedari tadi hanya berdiri menatap Aina yang masih lagi leka menonton drama Korea sambil tersengih-sengih langsung tidak menyedari kehadirannya disitu. Perlahan-lahan dia menghampiri Aina lalu dia menyentuh kepala isterinya.
"Maakkkk!!" Jerit Aina sambil mencuba bangkit dari sofa. Nafasnya turun naik.
"Rileks rileks." Ucap Nick. Dia sendiri pun agak kaget dengan jeritan Aina.
"Sorry-sorry." Ucap Aina terbatuk kecil.
"Dah pukul berapa dah ni kau tak tidur lagi?" Soal Nick mengerutkan wajahnya.
"Tak boleh tidurlah awak." jawab Aina yang masih lagi tercungap-cungap sambil berdiri di atas sofa. Perlahan-lahan dia kembali duduk di sofa itu.
"Habis tak boleh, kau boleh pulak mengadap cerita ni?"
Aina cuma diam melihat ke arah skrin televisyen lalu mengalihkan kembali pandangannya ke arah Nick.
"Apa yang best sangat cerita ni?"
"Best...." Balas Aina sedikit teruja.
Nick membatu. "Takpelah, kau tengoklah sorang-sorang cerita ni. Aku nak naik tidur."
"Awak..." Tangan Nick ditarik Aina.
"Hm"
"Awak teman saya lagi sekali boleh tak?" Pinta Aina berkelip-kelip matanya.
"Yelah.." Nick melangkah mengambil tempat di sebelah isterinya.
Usai duduk dia cuba membuka matanya melihat drama yang terpasang di televisyen itu. "Ni apa yang best sangat cerita ni?"
"Best giler... Touching." Ucap Aina bersemangat.
"Ini lah orang perempuan, tak de citer lain." Balas Nick malas.
"Awak tengoklah dulu, nanti awak tahu lah." Balas Aina. Matanya masih terpaku di skrin televisyen itu.
Nick hanya diam memandang wajah isterinya yang excited terlebih tu. Tanpa dia sedar tangannya dipegang Aina. Perlahan-lahan dia memandang ke arah tangan mereka.
Aina sedar diri dia terpegang tangan Nick. "Hee maaf." Ok malu!
"Tengoklah. Best!" Aina bersuara lagi. Cover malu la katakan.
***
3.40 Pagi..
"Hahahaha." Aina ketawa melihat gelagat lucu dalam drama korea itu. Nick? Sedikit pun atau secubit ajinomoto pun dia tak berasa lucu dengan apa yang dirasakan Aina. Apa yang lucu??
4:30 Pagi..
Drama korea masih lagi terpasang. Entah berapa drama sudah ditonton pasangan sejoli sepoyo ini author sendiri pun tak tahu dah..
Nick masih segar mata melayan drama itu tapi Aina? Sudah terlentok tidur di bahu Nick.
5:55 pagi..
Adegan sedih di dalam drama itu membuatkan hati seorang poyo, Nick tersentuh. Seriusly?!. Nick menangis teresak-esak. Merah mukanya.
Aina yang masih lena dibuai mimpi tersedar dek kerana terdengar esak tangis seseorang yang agak menganggu ketenteraman tidurnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/140947399-288-k804137.jpg)
YOU ARE READING
[SLOW UPDATE]. Nick ! I Love You
RomanceNick I Love You ni ada part yg diprivatekan, so readers yg ingin baca part yg di privatekan tu perlu follow Author dulu ? Mengisahkan Nur Aina Sufia yang terperangkap dengan lamaran paksaan dari seorang lelaki yang asing dalam hidupnya, Nik Muhamm...