6: Mimpi Ngeri

523 56 0
                                    

Peluh menitis membasahi dahi yang berkerut seribu. Kepalanya terteleng ke kiri dan kanan dengan mata yang terpejam rapat. Tiba-tiba Zarfan bangun dalam keadaan melunjur. Dia menjerit nyaring memecahkan suasana sunyi pada malam itu.

"Abanggggggg!!!"

Dadanya berdegup kencang umpama larian seekor kuda liar yang dikejar pemangsa. Setiap helaan nafasnya kedengaran begitu jelas. Sekujur tubuh terasa basah akibat peluh.

"Astaghfirullah al-azim," ujar Zarfan seraya meraup wajahnya. Lututnya ditarik rapat ke dada lalu dipeluk. Jantung masih berdetak laju. Sungguh, dia terasa benar-benar takut dengan mimpinya tadi.

Mimpi yang sebenarnya bukan mimpi...

Sebaliknya cebisan dari masa silamnya yang kelam. Kisah yang ingin dia lupakan. Kisah itulah yang mengubah dirinya menjadi pendiam dan baran. Penyebab utama dia menjadi anti-sosial dan menjauhi semua orang.

Zarfan menangis ketakutan. Tubuhnya yang terikat menyukarkan dia untuk melarikan diri. Matanya sayu memandang tubuh si ibu yang telah kaku. Darah merah segar tak putus mengalir dari luka besar di dada ibunya akibat dirobek dengan pisau. Wajah yang dahulunya selalu tenang dihiasi senyuman manis, kini pucat tak bernyawa.

"Hahaha, kenapa kau menangis budak? Janganlah risau, aku akan hantar kau jumpa mak kau sekejap lagi. Tunggu abang kau datang dahulu ye?" ujar suara garau milik pembunuh ibunya. Pisau tajamnya yang masih berdarah dimain-mainkan di pipi Zarfan.

Zarfan menggeleng. Walaupun masih kecil, dia tahu bahawa ibunya telah tiada. Pergi meninggalkan dunia yang fana ini ke alam barzakh, tempat persinggahan sebelum berangkat ke Mahsyar. Tak mungkin ada pertemuan lagi di antara mereka.

Mereka telah dipisahkan sempadan yang bernama kematian.

"Diam! Atau kau nak aku bunuh kau sekarang!" ugut Zack, si pembunuh itu. Satu hakikat yang paling sukar untuk Zarfan terima. Zack ialah bapa saudaranya, adik kepada arwah walidnya. Namun siapa sangka, ketamakan dan kekejaman Zack lansung tidak mengenal batas darah daging.

Zarfan menggeleng tetapi dia tetap akur. Sedaya upaya dia menahan esakannya dari berbunyi. Dia memandang si pembunuh yang tersenyum sinis sebelum duduk di kerusi di hujung bilik.

"Bos, budak itu sudah datang," beritahu salah seorang anak buah Zack. Pakaiannya tak seperti gangster biasa. Sebaliknya, berkot hitam dan juga mengenakan kaca mata hitam.

Sayang, imej yang elok tak menjamin kebersihan hati.

Zack memandang ke arah Zarfan. Pandangan mereka bertembung. Pandangan Zack dingin, sedingin ais di kutub utara.

"Yob, tarik budak ini ke depan!"

Seorang lelaki yang paling hampir dengan Zarfan pantas mencengkam kolar belakang bajunya. Dia diseret menuju ke ruang tamu.

Habis pakaiannya terkoyak akibat geseran pada permukaan simen yang kasar itu.

Kulit belakangnya terasa bagai disagat.

Pedihnya tak mampu diungkap dengan kata-kata. Dia merintih kesakitan. Zack turut mengikut dari belakang.

"Adik!" kedengaran satu jeritan yang dikenalinya.

Zarfan mengangkat muka. Melihat abangnya yang menerpa ke arahnya sebelum dihalang oleh konco-konco Zack. Air matanya semakin lebat turun. Ingin sahaja dia menjerit memberitahu abangnya bahawa ibu mereka telah tiada tetapi dia tak mampu. Suaranya enggan keluar walaupun mulut telah dibuka. Amaran Zack terngiang-ngiang di telinga.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now