Silam 12: Tragedi

410 54 0
                                        

Zack bangkit dengan susah-payah. Mereka berdua beradu tenaga dengan tangan kosong. Serangan demi serangan diatur tetapi dia tetap tewas berkali-kali di tangan Haiqal. Pertarungan mereka nyata berat sebelah. Dia akui, walaupun masih muda namun Haiqal teramat kuat.

Corak pertarungan Haiqal dan Umar amat berbeza. Umar bertarung mengikut naluri dan menggunakan seratus peratus kekuatannya untuk bertarung secara rawak.

Manakala pergerakan Haiqal lebih teratur dan berstrategi. Semua berkat didikan Tuan Yasir yang merupakan pakar lima seni bela diri dan pemilik syarikat keselamatan yang telah membekalkan ratusan pengawal peribadi kepada puluhan orang ternama dalam mahupun luar negara.

Zack mengatur nafas yang menyemput. Mata diliarkan bagi mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Haiqal. Saat melihat belakang Haiqal, dia terpandangkan jasad kakak iparnya yang terbujur kaku tidak jauh dari Zarfan. Dia tersenyum sinis.

Dia tahu cara bagaimana untuk melemahkan Haiqal.

"Umar, kau sibuk berlawan dengan aku. Tak akan kau tak sedar usaha kau sia-sia? Kau tak mampu selamatkan keluarga kesayangang kau ini. Itu... kau buta ke? Kau tak nampak ibu kau yang telah jadi mayat di sana?" ujar Zack penuh sinis. Sengaja ingin melemahkan mental Haiqal.

Umar membeliakkan mata. Tanpa mempedulikan kesakitannya, dia terus bangkit untuk menghalang Haiqal dari melihat ke belakang.

“Umar apa yang kau buat ini? Minggir!!” tempik Haiqal.

Umar menggeleng, enggan berganjak dari situ.

Sedang dua beradik itu bertekak, Zack mengeluarkan pistolnya dan menghalakan pistol itu ke arah Haiqal.

Tindakannya disaksikan oleh Umar Zaqwan. Mata pemuda itu membesar. Dia terus memeluk Haiqal sebelum memusingkan tubuh dan menukar posisi mereka. Apabila peluru itu menembusi tubuhnya, dia menolak Haiqal ke belakang agar peluru itu tidak mengenai lelaki itu juga.

Haiqal tergamam melihat Umar Zaqwan gugur di hadapan matanya. "Zaqwaannn!!" raungnya sambil mengesot mendekati kembarnya itu.

"Zaqwan!" lafaz Haiqal lagi dengan nada perlahan. Dia memangku kepala Umar di pangkuannya. Air matanya yang lebat, turun membasahi wajah abangnya.

Umar sekadar tersenyum. Dia menyentuh wajah Haiqal dengan tangannya yang menggeletar serta dipenuhi darahnya sendiri.

"Mar, tolong… selamatkan A..Afan. J..j..jaga dia, baha…giakan dia.. Jangan… biar dia.. hidup.. ketakutan... se..se..perti kita d...d..dahu..lu. Dan… jangan salahkan di…diri ka..u. A…ku sa..yang k..ka..kau," pesan Umar Zaqwan dengan penuh kepayahan. Air matanya turut menitis hiba.

"Wan, jangan tinggalkan aku. Tolong. Kau janji tak akan tinggalkan aku! Mana janji KAU!"

Umar Zaqwan tidak membalas. Dia hanya menguntumkan senyuman buat kali terakhir sambil melafazkan dua kalimah syahadah. Matanya terpejam rapat. Tangannya yang digenggam erat oleh Haiqal kini rasa lembik tak bernyawa.

Haiqal meletakkan kepala Umar di atas lantai. Air matanya dikesat kasar. Dia memandang Zack dengan mata yang merah lagi tajam.

"ZACKKK!!!" amuk Haiqal.

Zack yang telah hampir di pintu keluar tak sempat buat apa-apa. Pergerakan Haiqal menghampirinya terlalu laju. Sedad-sedar dia telah terbaring akibat tendangan padu Haiqal. Haiqal menghentak dan menekan kakinya ke bahu Zack, menghalang lelaki itu untuk bangun.

Haiqal duduk di atas Zack. Muka Zack ditumbuk dan ditampar bertubi-tubi. Darah Zack memenuhi tangannya. Lagaknya bagai orang hilang kewarasan.

"Ya Allah, Qal. Sabar Qal! Kau nak jadi pembunuh ke?!"

Johan tiba-tiba muncul menghalang Haiqal dari menghentak dada Zack. Tangan Haiqal dikunci kejap. Jika dibiarkan dia tahu hentakan Haiqal mampu mematahkan tulang rusuk Zack. Walaupun itu kemahuan Haiqal, namun dia tak mahu sahabatnya itu menyesal dan trauma seumur hidup.

Kerna Haiqal yang dikenalinya bukan pembunuh yang meragut nyawa orang lain sewenang-wenangnya.

Johan menjeling wajah Umar Zaqwan yang telah pergi menghadap Ilahi. Walaupun tidak begitu mengenali Umar Zaqwan, tetapi dia tahu Haiqal sangat menyayangi kembarnya itu. Maka, kerana itu Haiqal hilang arah.

"KAU SURUH AKU SABAR DENGAN PEMBUNUH INI! DIA BUNUH WALID AKU! DIA BUNUH IBU AKU! DIA BUNUH ABANG AKU! KAU SURUH AKU SABAR?! KAU TAK FAHAM APA YANG AKU RASA, JO!" bentak Haiqal. Dia meronta kuat dari kuncian Johan.

Johan tidak mempunyai pilihan lain untuk menyedarkan Haiqal yang macam dirasuk hantu itu. Dia terus memberi sebiji tumbukan padu kepada Haiqal.

Haiqal terus senyap. Dia menyentuh pipinya yang bengkak dengan rasa tak percaya. Dia memandang Johan.

"MEMANG! MEMANG AKU TAK RASA APA YANG KAU RASA! Hakikatnya, aku tak akan PERNAH faham apa yang kau rasa! Tetapi, tanggungjawab aku sebagai sahabat kau untuk menghalang kau dari terpesong ke arah kejahatan akibat bisikan syaitan dan nafsu amarah kau!!”

“Qal… sedarlah Qal. Ini bukan diri kau. Kau bunuhlah, hancurkan tubuh Zack sampai tak berupa orang pun, tetapi hakikat yang telah berlaku... tak akan berubah. Walid kau, ibu kau dan abang kau tak akan hidup semula. Biarkan undang-undang yang menghukum Zack. Kita tak layak untuk itu. Istighfar, Qal. Aku tahu kau tak selemah ini," pujuk Johan. Suaranya yang meninggi tadi semakin perlahan. Dia merangkul bahu Haiqal, cuba menyalurkan kekuatan buat ketua dan sahabatnya itu.

"Kenapa Johan... Kenapa semua yang aku sayang perlu tinggalkan akuuu..." rintih Haiqal. Amarah yang dirasa beransur berubah menjadi duka. Dia menangis teresak-esak dalam dakapan Johan. Sungguh, jiwanya benar-benar rapuh sekarang.

"Qal, ingat tak apa yang kau pernah cakap pada aku dahulu? Ujian itu rahmat. Tanda kasih Allah kepada kita. Kau kena ingat Qal, bukan kau tak akan berjumpa dengan mereka lagi. Cuma kau perlu usaha dan berdoa agar kau mampu bersama-sama mereka di syurga kelak. Ingat janji Allah, Qal. Allah tak pernah pernah meninggalkan hamba-hambaNya.”

"Terima kasih Jo," ujar Haiqal sambil meleraikan rangkulan Johan di bahunya. Dia menyambut sapu tangan yang dihulurkan oleh Johan lalu mengesat air matanya yang masih rancak mengalir.

"Sama-sama. Lagipun Qal, kau masih ada keluarga. Kau masih ada Zarfan," ujar Johan mengingatkan Haiqal kepada kenyataan itu.

Haiqal  baru teringatkan Zarfan selepas ditegur oleh Johan. Terus dia mendapatkan satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup itu. Dengan penuh berhati-hati, dia mengangkat tubuh kecil Zarfan untuk keluar dari tempat itu. Dia bertembung dengan orang-orang Tuan Yasir yang baru tiba.

Dia tak mempedulikan mereka. Begitu juga dengan kehadiran beberapa orang pengawai polis di tempat itu. Dia meneruskan perjalanan ke keretanya. Kelihatan Tuan Yasir dan Tuan Jamal sedia menunggunya di depan kereta.

"Mar..." tegur Tuan Yasir.

Teguran yang penuh dengan naluri kebapaan itu membuatkan mata Haiqal kembali berkaca. Dia berusaha menahan empangan air matanya dari pecah semula. Tubuh Zarfan diletakkan berhati-hati ke dalam kereta.

"Mar, mana ibu kamu dan Zaqwan?" tanya Tuan Jamal. Hati tuanya tertanya apabila tidak melihat kelibat mereka bersama Haiqal.

Haiqal tak menjawab. Hanya membisu seribu bahasa. Wajahnya kelihatan murung. Pertanyaan Tuan Jamal hanya terjawab apabila melihat dua mayat yang diusung keluar masuk ke dalam ambulan.

"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun," bisik Tuan Jamal dan Tuan Yasir serentak. Tak perlu dikhabarkan, mereka sudah tahu gerangan dua mayat tersebut berdasarkan reaksi Haiqal.

"Tuan, lebih baik tuan hantar Zarfan ke hospital dahulu. Yang lain-lain, biar kami semua uruskan," tegur Johan.

"Emm… ya..ya. Terima kasih Jo. Nanti kalau ada apa-apa, beritahu saya," pesan Tuan Yasir sebelum menaiki kereta. Begitu juga Tuan Jamal dan Haiqal.

Kelam SemalamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang