58: Maafkan Abang

486 59 1
                                        

    Zarfan memandang Puan Maryam yang sedang membuka bekas makanan yang dibawanya. Dia baru sedarkan diri sejam yang lalu. Dan muka pertama yang dia lihat ialah Eusuf. Sedikit sebanyak dia terasa hampa. Abangnya lansung tidak menjenguknya di sini.

    "Mama..." panggil Zarfan perlahan.

    "Ya... Afan ada nak apa-apa ke? Mama boleh ambilkan," tanya wanita itu prihatin.

    Zarfan menggeleng. "Abang Umar mana mama...?"

    Puan Maryam mengambil pinggan plastik dari dalam bakul lalu diletakkan di atas meja. Pertanyaan Zarfan yang penuh mengharap itu tidak dijawab. Dia meneruskan kerjanya seakan soalan itu tidak pernah dituturkan Zarfan.

    "Mama..."

    Puan Maryam sedaya-upaya cuba untuk tidak memandang Zarfan. Tak mahu kalah apabila menatap muka Zarfan yang mengasihankan itu. Dia sudah berjanji dengan suaminya untul merahsiakan perihal Umar Haiqal yang demam.

    Tindak-tanduk Puan Maryam membuatkan Zarfan sedih. Mungkinkah abangnya memang tak mahu bertemu dengannya. Lihatlah, sampai sekarang abangnya masih tak memberi apa-apa khabar. Malah lansung tak menjenguknya di hospital. Sampai hati abangnya buat dia begini...

    Tiba-tiba pintu wad itu ditolak dari luar. Wajah Zarfan berubah teruja kerana menyangka Umar Haiqal yang datang. Namun, riaknya berubah muram melihat Nasir, Wafiy dan Hanani yang muncul. Dia merebahkan badannya ke katil semula.

    "Assalamualaikum mak cik," sapa Hanani sambil bersalaman dengan Puan Maryam. Kepalanya ditundukkan lalu dia mencium tangan wanita yang telah berusia separuh abad itu dengan penuh sopan.

    "Waalaikumussalam. Ini Hananikan? Yang hantar Afan ke hospital hari itukan?" tanya Puan Maryam dengan mesra. Dia ingat-ingat lupa wajah Hanani yang baru ditemuinya semalam.

    Hanani tersenyum manis. "Iya saya".

    Puan Maryam membalas senyuman Hanani. Dia mengambil kesempatan itu untuk melihat Hanani dengan lebih jelas. Semalam, dia terlalu risaukan keadaan Zarfan sehingga tak berkesempatan untuk mengenali lebih lanjut gadis itu.

    "Yang dua orang lagi ini siapa pula?" tanyanya lagi sambil memandang dua remaja di belakang Hanani. Dua remaja lelaki itu tampak rapat dengan Hanani membuatkan dia tertanya hubungan sebenar mereka dengan gadis itu.

    Nasir dan Wafiy serentak berpaling dari Zarfan lalu memandang Puan Maryam. Senyuman sopan digariskan bagi menghormati wanita itu. Hanani berganjak sedikit ke tepi untuk membenarkan Puan Maryam melihat mereka berdua dengan lebih jelas.

    "Ini abang saya, Wafiy. Ini pula sepupu saya, Nasir. Kami bertiga kawan Zarfan dari kecil". Hanani memperkenalkan mereka kepada Puan Maryam.

    "Aku kawan dengan Nasir sahaja. Yang korang dua orang penyibuk!" sampuk Zarfan dalam nada menyampah. Wajahnya kelihatan masam.

    Hanani mendengus geram sambil mengetap gigi memandang Zarfan.

    "Aku ingat kau tak akan anggap Nasir kawan," ujar Wafiy tenang.

    "Aku tak pernah anggap dia musuh pun". Zarfan mengerutkan dahi. Tetapi kerutannya terlindung di sebalik balutan di kepalanya.

    "Habis, aku dengan abang aku pula apa?" tanya Hanani menahan geram. Entah kenapa, dia dapat menduga jawapan Zarfan.

    "Orang yang tiada kepentingan dalam hidup aku. Dalam erti kata yang mudah, Nobody".

    "Afan..." kata Puan Maryam dalam nada perlahan tetapi berbaur dengan amaran.

Kelam SemalamTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang