40: Hari Lahir Afan

380 53 0
                                    

Danial merenung gelas yang separuh berisikan jus tembikai diatas meja. Tingkah peliknya dipandang aneh oleh Eusuf, Kabir, Naufal dan Kauthar.

Kali ini, mereka hanya melepak berlima. Sengaja mereka memanjangkan cuti untuk meluangkan masa di daerah kelahiran mereka sambil mengenang detik-detik indah zaman persekolahan mereka dahulu.

"Dan! Kau ok?" tanya Eusuf sambil melambaikan tangannya didepan mata Danial.

Danial berdehem perlahan lalu menyandarkan tubuhnya dikerusi. "Aku teringatkan sesuatu. Jadi, aku sedang fikirkan cara untuk memastikan apa yang aku fikirkan itu betul. Korang ada caranya tak?"

Kauthar memberi pandangan bosan. "Kau bila cakap itu biar ada hujung pangkalnya, Dan. Apa yang kau fikir pun kami tak tahu, macam mana kami nak fikir cara nak tolong kau? Ingat kami boleh baca fikiran kau?" bidasnya.

Danial tersengih sambil mengusap belakang lehernya. "Hehehe, maaf".

"Apa yang kau fikir, Dan?" tanya Naufal ingin tahu. Telefon bimbit yang dimainnya sejak tadi diletakkan diatas meja. Dia memberi tumpuan kepada perbualan mereka.

"Tak ada apa-apa yang serius pun. Aku cuma teringat, hari lahir Afan esokkan?" jelas Danial. Dia memandang satu-persatu wajah sahabatnya. Mana tahu, ada di antara mereka yang tahu jawapannya.

Kabir menongkat dagunya. "Kau memang tak berubahkan Dan? Perkara macam itu pun kau boleh ingat. Sedangkan aku? Hari lahir kawan sendiri pun aku susah nak ingat, inikan pula hari lahir adik kawan aku".

"Kau memang nyanyuk dari dulu, Kabir. Tak mampu ditolong lagi dah," gurau Eusuf. Disambut dengan ketawa mereka termasuklah Kabir.

"Kau pun samalah, Suf. Kata dulang paku serpih! Aku ingat lagi kau pernah mamai datang sekolah pakai kain pelikat. Pelik si Asif yang kena jaga pintu pagar itu. Nasib baik kau datang awal. Sempatlah balik untuk tukar seluar selepas kena tegur". Kauthar mengungkit cerita lama. Semakin gamat mereka ketawa.

Eusuf berdecit. "Kau pasti ke esok hari lahir Afan, Dan?" tanyanya sambil memandang Danial.

"Tak pasti. Kalau betul, boleh kita buat kejutan untuk dia. Ajak sensei sekali," cadang Danial.

"Apa susah? Kita curi tengoklah tarikh lahir dia di kad pengenalan dia," cadang Kabir.

Danial mengukir senyum sinisnya. Dia memeluk tubuh. "Kau beritahu aku, dari mana kita nak dapat kad pengenalan dia? IC dia boleh jatuh dari langit?"

Kabir tersenyum nakal. "Minta tolong senseilah. Merekakan satu sekolah. Mesti sensei kenal guru kelas Zarfan. Boleh minta tolong sensei tanyakan," ujarnya membentangkan ideanya.

Kauthar menepuk dahinya. "Aishh, ingat sensei tak ada kerja lain ke? Lagipun, jenuhlah bila banyak sangat rangkaian. Nanti orang ini kata lain, orang itu dengar lain, lain pula yang disampaikan kepada kita".

Kabir mencebik. "Emm, iyalah. Aku gurau sahaja. Minta tolong sensei tanyakan Qasehlah. Qaseh dengan Afan dahulukan rapat macam kakak dan adik," cadangnya lagi.

Danial memetik jarinya menarik perhatian mereka. Dia menarik telefon bimbit Naufal diatas meja. "Bernas juga idea kau, Kabir. Fal, kau telefon anak sensei sekarang untuk minta tolong dia," arahnya. Telefon bimbit itu dihulur kepada Naufal.

Naufal membuat muka sambil menyambut telefonnya. Dia tahu Danial kedekut nak menghabiskan kredit telefonnya. Kerana itu dia yang disuruh.

"Kenapa tak suruh Eusuf sahaja? Suf, pergi tanya buah hati kau itu sekarang," arah Naufal. Malas dia nak berbicara dengan Qaseh.

"Haah kan. Kenapa aku tak teringat Qaseh itu buah hati kau? Eusuf, kaulah yang tanya. Kalau kami telefon nanti, dia pelik pula. Kalau kau, mesti dia layan sahaja," kata Danial lagi. Tersungging senyuman senget di bibirnya.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now