20: Siapa Umar?

453 50 0
                                    

"Umar," panggil Zarfan memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. "Kita pernah kenal ke dahulu?" tanya Zarfan ingin tahu. Kini mereka berdua ada di dalam kereta Umar.

Baik hati pula Umar hari itu apabila dia menawarkan diri untuk menghantar Zarfan pulang.

Umar menjeling Zarfan yang sedang memandangnya. Pelik pula Zarfan tiba-tiba mengutarakan soalan yang lain dari kebiasaan itu. Selalunya Zarfan hanya memaksa dia mendedahkan identitinya.

Sopan pula budak ini hari ini.

"Kau rasa?" soalan Zarfan dibalas dengan soalan. Sengaja ingin mengelak dari menjawab soalan itu.

Zarfan merengus. Dia kembali memandang ke depan. Melihat jalan raya yang dipenuhi kenderaan pelbagai jenis. Mujurlah tidak sesak.

"Aku tak tanya kalau aku tahu," bidas Zarfan.

Umar tersenyum kecil. "Nanti kau tahulah. Sekarang giliran aku tanya kau, apa yang berlaku dua malam lepas?" Sebelum ini dia tak berpeluang mendapat penjelasan Zarfan mengenai hal itu. Teringat bagaimana terkejutnya dia saat anak buahnya memaklumkan hal itu kepadanya.

"Apa yang berlaku dua malam lepas?" tanya Zarfan keliru. Kepalanya digaru perlahan.

"Kau tak ingat atau buat-buat tak ingat?" duga Umar. Dia memberi isyarat sebelum memusingkan stereng kereta untuk masuk ke simpang perumahan Zarfan.

Zarfan mengerutkan dahi. Lama dia berfikir sebelum dia teringat kejadian itu. "Kes aku kena kejar dengan sekumpulan penyagak itu ke?" tanyanya inginkan kepastian.

Umar mengangguk.

Zarfan diam. Teringat betapa kalutnya perasaannya malam itu. Ketakutan yang pernah dia alami dahulu kembali muncul. Membuatkan seluruh tubuhnya mula menggeletar.

Keadaan Zarfan disedari oleh Umar walaupun lelaki itu kelihatan khusyuk memandu. Keluhan nipis terhembus dari mulutnya. Dia memandang sekilas wajah Zarfan yang jelas memucat itu. Umar memanjangkan tangan kirinya memeluk bahu Zarfan untuk menenangkan pemuda itu.

"Tenanglah. Aku ada. Dan paling penting, Allah ada. Kau tak perlu takut," pujuk Umar. Dia menghentikan keretanya di bahu jalan. Mereka sudah sampai ke rumah Zarfan.

Umar tahu, kepulangannya ke daerah ini adalah satu kesilapan. Dia mempunyai ramai musuh. Kerna kisah silamnya, ramai yang berdendam. Dan yang menjadi mangsa ialah Zarfan yang tidak tahu apa-apa.

Zarfan memejamkan matanya. Tipulah kalau dia kata dia tak takut. Dia manusia biasa. Tambah pula, kali ini ketakutan itu lebih kuat terasa dari ketakutan yang terhasil dari trauma lamanya.

Beberapa hari ini dia cuba berlagak kuat. Hidup seperti biasa walaupun hatinya dibaluti ketakutan yang bukan sedikit. Pertemuan dengan Qaseh sedikit sebanyak melegakan hatinya.

Namun, hanya dengan Umar sahaja dia mampu bernafas dengan tenang tanpa rasa sesak yang menghimpit jiwa. Ada sesuatu pada Umar yang mampu membuatkan dia rasa selamat.

Berdirinya Umar di sisinya ibarat perisai yang melindunginya dari segala bahaya dan ancaman musuh.

"Mar, kenapa kau nak tolong aku? Aku bukan siapa-siapa pun bagi kau. Keluarga bukan, kawan pun bukan," tanya Zarfan.

Umar pura-pura mengariskan senyuman manisnya. Rasa pedih yang menjalar ke dalam hatinya segera dicantas. Ingin sahaja dia berterus-terang dengan Zarfan tetapi sekarang bukan masanya.

"Aku ada sebab aku sendiri," jawab Umar sambil membuka kunci kereta.

Zarfan membuat wajah keliru. Dia menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu kereta tetapi dia tak turun. "Jangan cakap sebenarnya kau kenal aku? Sebab itu kau selalu ada di sisi aku walaupun aku tak kenal kau".

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now