3: Topeng Hantu

750 80 1
                                    

Zarfan melangkah tenang menuju kelasnya setelah melunaskan hajat di tandas. Baru hendak menjejak ke dalam kelas, tiba-tiba langkahnya terhenti di muka pintu. Matanya terpaku pada insan yang sedang berdiri dihadapan kelas sambil menulis sesuatu di papan putih.

Apa Cikgu Fatih buat di kelasnya?

"Silakan masuk, jangan malu-malu," tegur Cikgu Fatih. Dia baru perasan kehadiran Zarfan di muka pintu. Sebelah tangannya didepakan, menjemput Zarfan masuk ke dalam kelas itu.

"Tsk..." Zarfan berdecit perlahan.

Dengan kedua-dua tangan di dalam kocek seluar, dia melangkah masuk dan terus berlalu ke tempat duduknya. Tiada perkataan maaf dituturkan kepada guru itu kerana terlambat masuk ke kelas. Pandangan rakan sekelasnya yang lain turut tidak dihiraukan.

Peduli apa dia.

Cikgu Fatih memandang seluruh kelas. Sejenak, dia terpaku di tempat dia berdiri itu. Jantungnya seakan berhenti berdegup.

Deja-vu.

Pemandangan yang dia saksikan kini, sama seperti lapan tahun lalu.

Dekorasi kelas juga sama seperti zaman Batch Lagenda. Tiada langsir, tiada sebarang notis di papan kenyataan dan tiada jam dinding. Kosong.... tanpa sebarang hiasan.

Dia seakan dapat melihat bayangan Batch Lagenda yang sedang bermain dan melakukan hal sendiri ketika dia sedang mengajar di hadapan.

Bayangan arwah Umar.

"Cikgu nak mengajar atau mahu termenung!" kasar Zarfan menegur. 

Dalam duam, hatinya diselubungi kehairanan melihat cikgu itu tidak bergerak-gerak dari tadi. Hanya memandang lurus ke depan tanpa mengerdipkan mata. Lebih tepat lagi, cikgu itu memandang ke arahnya. Namun dia tahu, fokus cikgu itu bukan kepadanya.

Entah apa guru separuh abad itu fikirkan.

Cikgu Fatih terjaga dari imbauan masa lalunya. Dia memandang Zarfan yang duduk di baris tengah bahagian belakang sekali.

Pandangan mereka bertembung.

Berbeza dengan matanya yang lembut merenung Zarfan, mata Zarfan lebih tajam membalas renungannya.

Cikgu Fatih memalingkan kepala, sekaligus mematahkan pertarungan mata antara mereka. Bukan mengalah, tetapi malas hendak bergaduh dengan budak mentah seperti Zarfan.

"Maafkan cikgu kerana termenung. Cikgu hargai teguran kamu Zarfan. Terima kasih."

"Baiklah kelas, sila salin nota yang Cikgu Basir beri pada kalian ini. Selepas siap, kalian boleh buat kerja masing-masing," ujar Cikgu Fatih sambil tersenyum manis. 

"Salin sahaja? Kenapa? Cikgu tak mampu mengajar kami kah?" cabar Zarfan dengan lantang. Sengaja ingin cari pasal dengan guru tersebut.

"Boleh sahaja, tetapi mampukah kamu memahami apa yang cikgu ajar?" 

"Kamu nak cikgu ajar apa?"

"Matematik?"

"Kemahiran hidup?"

"Atau... Pendidikan Islam bab akhlak?"

"Almaklumlah... kamu ini tidak berakhlak orangnya." Dengan sinis cikgu Fatih membidas kembali.

Apa pemuda itu fikir bahawa dia dapat mengenakan dia selamanya? Batch Lagenda memberinya banyak pengalaman berdepan dengan pelajar-pelajar nakal.

Zarfan merengus. Dia memalingkan wajahnya memandang ke luar. Tiada ayat yang mampu disusun untuk membalas kata-kata guru itu.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now