69: Kecoh

441 50 0
                                    

    Umar Haiqal meraup wajah seusai membaca doa selepas solat subuh. Dia tersenyum melihat kegelapan suasana awal pagi menerusi tingkap bilik yang sengaja dibuka.

    Angin pagi menceroboh masuk lalu membelai tubuhnya dengan kedinginan. Wajahnya yang masih lembab dengan wudhuk semakin segar. Dia memejamkan mata sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.

    Indahnya perasaan yang dirasakan saat itu. Wajah Qaseh terus terbayang di ruangan mata. Membuatkan senyuman kecil terbentuk sendiri di bibirnya. Sungguh dia terasa bagaikan masih bermimpi. Apa benar Qaseh telah menjadi miliknya?

    Terus memorinya mengulang tayang kejadian malam tadi. Senyumannya semakin melebar mengenangkan saat dia berjaya melafazkan akad nikah dan disahkan oleh beberapa orang tetamu yang hadir.

    Teringat senyuman manis Qaseh.

    Tepukan sahabat-sahabatnya yang berkongsi kegembiraan bersamanya.

    Ucapan tahniah dan nasihat dari Tuan Yasir dan puan Maryam.

    Pelukan Zarfan yang kelihatan amat bahagia mendapat ahli keluarga baru.

    Dan paling dia ingati, kata-kata  cikgu Fatih yang telah rasmi menjadi ayah mertuanya.

    "Sensei..." ungkap Umar Haiqal tatkala berhadapan dengan lelaki tua yang telah menjadi ayah mertuanya.

    Cikgu Fatih mengoyak senyuman manis. Wajah tuanya kelihatan berseri dengan kebahagiaan yang bukan sedikit. Tangannya didepakan lalu dia mendakap tubuh Umar Haiqal erat.

    "Abah. Panggil sensei, abah. Sekarang kamu ialah anak lelaki abah, wahai Umar Haiqal," ujar cikgu Fatih dalam nada lembut. Belakang Umar Haiqal ditepuk perlahan.

    Umar Haiqal tersendu bahagia. Air matanya mengalir tanpa sedar. Dengan kenaikan pangkat dari seorang guru kepada ayah mertua, membuatkan rasa kasih dan hormat kepada lelaki itu itu semakin menggunung.

    "Baik abah," akur Umar Haiqal. Lancar sahaja dia mengungkap perkataan suci itu tanpa gagap.

    Cikgu Fatih meleraikan dakapannya. Dia berdecit melihat tangisan menantunya itu. Dia berpaling memandang Batch Lagenda yang hadir.

    "Heh, tengok sahabat kamu ini. Tak sampai beberapa minit dia jadi pengantin baru tetapi sudah menangis. Apa sensei ini terlalu menakutkan ke?" guraunya.

    Pecah ketawa Batch Lagenda dan tetamu yang ada di situ. Suasana malam itu digamatkan dengan gelak ketawa mereka.

    Umar Haiqal hanya menggeleng sambil mengesat air matanya. Dia melirikkan mata ke arah Qaseh. Gadis itu tertawa tanpa suara melihat dia mengenyitkan mata.

     "Aip, jangan menggatal!"

    Tiba-tiba terasa kepalanya dibedal dari belakang. Umar Haiqal mengusap kepalanya. Dia memandang cikgu Fatih dengan muka berkerut menahan kesakitan.

    "Apa salah saya abah?"

    Cikgu Fatih mengukir senyuman dingin. "Saja. Nak meraikan ahli baru dalam keluarga abah".

    Umar Haiqal mencebik. Dia mengusap belakang kepala yang terasa sedikit membukit.

    "Umar..."

    Tanpa sedar, Umar Haiqal mengangkat kepala. Matanya membulat apabila menyedari cikgu Fatih yang memanggilnya tadi. Kelihatan wajah cikgu Fatih meredup.

    "Abah sudah jadi ahli keluarga kamukan. Jadi, boleh abah panggil kamu, Umar?"

    Umar Haiqal terkedu. Dia tak menyangka cikgu Fatih akan membuat permintaan sebegitu. Bukan sahaja dia, malah semua Batch Lagenda turut terdiam. Bagi Batch Lagenda dan cikgu Fatih, panggilan Umar itu khas buat arwah abang kembarnya, Umar Zaqwan. Bukan dia. Jadi, semua terkejut mendengar permintaan cikgu Fatih.

Kelam SemalamWhere stories live. Discover now